Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, November 13, 2009

Majlis Perpisahan 9W2SPO,,,


Menu malam tadi,,, Kambing dan ayam BBQ,,,



Ayam BBQ,,,


Kambing BBQ,,,


Hampir siap,,, round pertama,,, THX Rotscott,,,
Hang punya resepi marinate memang MARVELOUSE,,,


Antara orang dapur yang bertugas,,, teman dan XPT,,,


Rakan-rakan yang menempel,,,
ABV, JTT, KRX,


Dari kiri,,, ABV, JTT, DLG, ROT dan GTA,,,

OHM, SPO dan Teman,,,


OHM, SPO, OCC, JTT


DLG, SPO, XPT, ABV


Acara wajib setelah selesai sessi bakar membakar,,,


Teman dan BPT,,,


Malam tadi rakan-rakan lokalan Taiping V20 Kampungku mengadakan Jamuan Perpisahan untuk 9W2SPO Saiful yang akan berpindah ke Kuala Lumpur,,, ramai rakan yang hadir,,, diawal majlis agak sentimental sikit,,, dengan ucapan dari 9W2SPO yang mengenang kembali diawal kehadiran beliau di Taiping,,, dan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang sudah dianggap seperti saudara sendiri,,,

Bagi teman pulak,,, teman akan merasa kehilangan kerana beliau antara rakan yang mula berkayuh,,, sama-sama memulakan hobi berkayuh ni,,, rakan dan sahabat yang sama-sama merantau,,, kerap membantu teman,,, kalau makan malam kerap bersama,,, almaklum lah,,, kami berdua terpaksa meninggalkan keluarga,,, demi mencari rezeki,,, setiap hari jumaat teman akan balik ke Klang,,, Saiful pulak akan balik ke Sungai Petani,,,

Semoga anda lebih berjaya dikemudian hari,,, rezeki anda memang murah Saiful,,,
Jangan lupa rakan-rakan diTaiping ,,,

Thursday, November 12, 2009

Meraikan Rakan,,,



Teman dapat 1 panggilan telephone dari sorang sahabat lama,,, mengatakan beliau berada di Bukit Mertajam,,, dalam perjalanan ke Sri Manjung,,, sebelum balik ke Kuala Lumpur,,, Macam biasa la rakan teman ni kalau lalu disekitar Taiping mesti singgah untuk menikmati makanan kegemaran beliau,,,

Hang tolong order macam biasa,,, opsss,,, lupa nak perkenalkan rakan tu,,, Ahmad Safrin,,, yang teman anggap macam abg teman sendiri,,, merupakan adik kepada 9W2LLH Pak Long,,, memang kenal dari kecik dan sekampung,,, di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur,,, teman di Bukit A dan beliau di Bukit C ,,, untuk info,,, Kampung teman ni agak istemewa sikit,,, satu kampung tapi berlainan negeri... teman dibawah Wilayah Persekutuan,,, dan Ahmad Safrin dibawah Selangor DE,,,

Berbalik kepada cerita,,, teman bertanya kepada beliau,,, agak-agak pukul berapa sampai kat Taiping dan berapa orang,,, kita orang bertiga,,, sampai lebih kurang pukul 10.00 pm,,, jam baru menunjukan pukul 8.30pm,,, teman call kat VZO,,, tanya free tak,,, Nape,,, Jom temankan ke Matang Gelugor pekena Gulai Semilang,,, hang ambik aku kat rumah,,, ok,,,

Sambil mobile ke Kampung Boy_ _ ,,, teman call dulu kat makcik gerai tu,,, order apa yang patut,,, kalau tak nanti lambat sampai order pulak,,, untuk info,,, ikan semilang tu masih hidup lagi,,, depa tangkap/pancing dan letak dalam tangki air,,, bila orang order jer,,, baru dimasak,,, fresh Bro,,, wa cakap lu,,,

Teman pergi bertiga jugak,,, bersama VZO dan DLG,,, sambil menanti hidangan sampai,,, sembang-sembang dulu,,, lebih kurang pukul 10.10pm,,, Abg Mat sampai kat tempat yang dijanjikan,,,

Apa lagi santapan pun bermula,,, he,,,he,,,he,,,


Menu yang biasa teman order,,,


Ketam Nipah masak sos tiram,,,


Gulai Semilang,,, kepala buat gulai,,, ekor goreng kunyit garing,,,


Dari kiri,,, Akram , Abg Mat, allah lupa nama yang baju biru tu ,,, kali pertama bertemu,,, baju putih tu DLG Pak Kecik,,, tiada dalam gambar VZO dan teman ler,,,

Mereka bertiga ni merupakan ahli jemaah Surau Puncak Jalil,,, Akram,,, Siak,,, Abg Mat,,, Imam ,,, yang baju biru tu,,, Bilal,,,



Menu tadi,,,

1) Gulai Semilang 5 Ekor (Besar)
2) Semilang Goreng
3) Ketam Nipah 8 Ekor (sederhana)
4) Telur Dadar 4 biji
5) Sayur Goreng 2 pinggan
6) Ulam dan Sambal Belacan


Monday, November 9, 2009

XTVT Hari Cuti Teman,,,

Ahad 8.11.2009

Walimatul Urus Di Banting,,,



Teman dan XYL ,,,


Mak Mentua teman dan Apie ,,,


My Sweet Family,,,


Sedang menjamu selera,,,


Bapa Mentua teman bersama tuan rumah,,,

Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kawin,,, kali ni bawa bapa dan mak mentua teman ke Banting untuk menghadiri satu lagi majlis Walimatul Urus,,, rakan lama bapa mentua teman yang dah berpindah ke Banting,,, kebetulan pula,,, abang kepada Tuan rumah merupakan Pegawai Pemerintah bapa mentua teman masa dalam tentera,,, bapa mentua teman dah pencen,,, last rank Pegawai Waran,,,

Kalau nak tau kenapa teman sentiasa berambut pendek dan botak,,, bapa mentua teman walaupun dah pencen tapi disiplin dalam tentera masih diamalkan,,, masa mula-mula nikah dulu,,, memang teman bela rambut agak panjang,,, pastu B1N1 teman bisik mengatakan Abah tak suka berapa suka Abang rambut panjang,,, hati panas punya pasal,,, dah hampir 13 tahun,,, teman botak,,, sekarang tak de bunyi-bunyi lagi dah,,, he,,, he,,, he,,,


-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu 7.11.2009

10.00pm Rumah ku Syurga ku


Pemandangan dari dalam rumah teman,,,
pernah teman transmitt guna handy antenna double ducky jer 5 w
sampai ke Labuhan Batu, Sumatra, Indonesia
lebih dari 300' dari aras bumi,,, he,,, he,,, he,,,


Apie merehatkan badan setelah penat berkayuh,,,


Jentera teman dan Apie,,,


Jentera XYL teman,,,


Pagi Sabtu ,,, teman dan Apie mengayuh kat Puncak Alam,,, teman bangun agak terlewat sikit,,, dah berjanji dengan GTR 5zal ,,, pukul 8.30am akan bertemu di Petronas Puncak Alam,,, masa mobile teman call 5zal ,,, nak bagitau yang teman akan lewat sikit,,, rupa-rupanya 5zal pun baru bangun tidur,,, malam tadi ada tugasan dan balik lewat ,,,

So,,, teman pun bagitau kat 5zal,,, tak pe ,,, teman dan Apie dah hampir sampai,,, jadi akan teruskan kayuhan tu,,, 5zal cakap,,, tunggu kat kedai tepi jalan kat Bukit Cerakah,,, nak cover tak dapat berkayuh ,,, jadi open table sarapan pagi,,,

Lebih kurang 20 minit 5zal and family muncul kat kedai tu,,, bersarapan sekali,,, sembang lebih kurang,,, dalam pukul 10.00 am teman pun mula berkayuh dari Petronas Puncak Alam bersama Apie,,, masuk kat Felda Bukit Cerakah kemudian keluar menuju ke arah Meru,,, sampai kat simpang Kampung Tengah,,, bermula la sessi mendaki,,,,

Jalan kat Kampung Tengah tu memang best,,, layan mendaki,,, kalau tak silap ada 7 ataupun 8 puncak untuk didaki,,, ada 3 puncak yang orang kata boleh tahan la,,, sebelum sampai ke simpang Kem Bina Semangat Meru,,, teman dan Apie berhenti melepaskan lelah,,,

Kalau ikutkan hati nak teruskan kayuhan melalui lebuhraya Attantuya,,, tapi memikirkan teman bawa Apie,,, dan jam pun dah menunjukan pukul 11.30am,,, dah tentu lebuhraya Attantuya banyak kenderaan berat/lori,,, teman batalkan hasrat tu,,, mikirkan keselamatan,,, teman dan Apie berpatah balik melalui jalan tadi untuk ke Puncak Alam,,,

Selalunya,,, teman rasa bukan teman je mikirkan demikian,,, kalau berkayuh melalui jalan yang sama ,,,, mesti tension,,, pasal kita dah tau laluan yang akan ditempohi,,, ahhh,,, harung jugak la,,, Apie masa jalan balik dah mula menunjukan keletihan,,, tapi ,,, teman salute,,, semua bukit dia tak tolak basikal,,, teman nak cari stamina,,, bila jumpa bukit teman henjut je,,, tinggalkan Apie dibelakang,,, bila teman sampai kat puncak,,, teman turun balik ke bawah,,, temankan Apie sambil ajar guna gearing yang betul,,,

Akhirnya dalam pukul 12.30pm sampai kembali kat Petronas Puncak Alam,,, selesai jugak kayuhan sejauh hampir 28 km,,, ophhhh,,, lupa pulak ,,, maaf gambar tak de,,, tertinggal kamera cap ayam teman tu masa kelam kabut nak bergerak ke Puncak Alam,,, Apie angin je,,, dah la penat berkayuh,,, gambar pulak tak de,,, janji dengan Apie minggu depan kita kayuh lagi kat sini,,,

Habis berkayuh pekena rojak dan cendol kat bulatan Ham Puncak Alam,,, hangpa tanya kat rakan-rakan Puncak Alam kenapa depa bagi nama tu,,, turut serta GTR 5zal, JIZ Iskandar , VIP Din dan ,,, Allah lupa pulak callsign Kamal,,,

Habis makan teman terus ke Setia Alam menguruskan urusan VZO,,, call JEN,,, lepak pulak kat Restoran Sri Melur Setia Alam,,, sembang kosong ,,, tapi yang tak bestnya,,, Apie pecah komplen kat JEN,,, Abah ni lepas kayuh jer,,, asik makan jer,,, mana nak kurus,,, perut makin buncit,,, Apie ni dia monitor blog teman,,, so,,, dia tau xtvt teman,,, hmmmm,,, harmonik pun tau mengata kat Abahnya,,,

Dalam pukul 4.50pm,,, teman bergerak balik menuju ke Klang,,, singgah rumah mak lang dan mak ucu teman kat Kampung Sungai Udang,,, jumpa pulak sepupu dan anak-anak sedara,,, panjang jadi cerita,,, lepas Maghrib teman sampai kat rumah,,,



-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis 5.11.2009

Eyeball Wan Seafood



Meraikan SPO yang akan berhijarah ke Kuala Lumpur,,,



Antara rakan-rakan yang hadir,,,




Tahniah teman ucapkan kat SPO,,, kerana kenaikan pangkat,,, yang tak best,,, SPO Saiful terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur,,, hilang sorang rakan berkayuh,,, rakan-rakan lokalan Taiping akan menganjurkan majlis perpisahan pada 12.11.09 di kaki Bukit Larut,,, dan khabarnya ada kambing panggang,,, pergghhh,,, favorate tu,,, siap ada karaoke lagi bro,,, so,,, rakan-rakan Sri Manjung dan Sri Iskandar yang membaca entry teman ,,, mai turun Taiping,,, meraikan SPO Saiful,,, Simplex Channel V20 145.250,,,