Setia Bersama Misai Tanglooong

Monday, May 31, 2010

Kayuhan Merentas Sempadan 1,,,


Taiping - Bukit Kayu Hitam,,,
27.5.2010


Dalam pukul 8.30pm,,, teman mula bergerak ke utara,,, untuk mengikuti program kayuhan Bukit Kayu Hitam - Songkhla - Hatyai - Bukit Kayu Hitam,,, kali ini bergerak solo,,, kebanyakan rakan-rakan Taiping permit kena tarik,,, hehehe,,,

Setibanya di Gurun,,, teman dok gatal tangan,,, masuk kat repeater Gunung Keriang,,, apa lagi kena pukat dengan rakan amatur Alor Star,,, secara kebetulan juga rakan amatur dari Temerloh juga ada diAlor Star,,,

9W2HSE Saba,,, 9W2SIA Kak Lily,,, dan 9W2BDM Abg Mie,,, rakan dari Temerloh,,, Dari Alor Star 9W2BDS Abg Din,,, 9W2JTD Abg Mail,,, serta 9W2KRE Abg Bakry dari Perlis,,, dok bereyeball sampai hampir pukul 2.00am,,,

Abg Mie keluarkan rig Yeasu FT??? yang boleh simplex jauh,,, dengan kekuatan 5 w sahaja,,, tertarik dengan antenna ??? lupa nama pulak,,, Rig + antenna = hampir 4 k dia punya harga,,, teman boleh mandang jer la,,, cukup ler dengan rig Kenwood 271 teman,,,




9W2HSE, 9W2BDM dan XYL 9W2SIA,,,


Abg Mail dan Abg Din memeriahkan suasana pagi tu,,,


Ini la antena yang dimaksudkan,,,
auto tuning swr,,,


Ini pula,,,
Mobile Rig Yeasu,,,
all band all mode,,,


Setelah selesai bereyeball,,, teman meneruskan perjalanan ke Perlis bersama Abg Bakry,,, terima kasih bebanyak kat Abg Bakry yang menjemput teman tidor di rumah beliau,,, tapi teman terpaksa menolak,,, sebab yang pertama,,, malam jumaat tu,,, dan sebab yang kedua,,, rasa-rasanya rakan-rakan diTaiping sedia maklum kut,,, teman segan,,, bukan apa,,, takut rumah Abg Bakry bergegarrr,,, sebab,,,

LAGU DAN IRAMA YANG TAK BOLEH DIPISAHKAN,,,

wakakaka,,,




Akan Bersambung,,,

Kayuhan Merentas Sempadan 2,,,

Tunggguuu,,,

Monday, May 24, 2010

Kayuhan Terkandas Angkara Hujan,,,


Menara Tinjau Bukit Langat,,,
22.5.2010

Target nak kayuh ke Empangan Semenyih,,, baru nak sampai ke puncak Menara Tinjau Bukit Langat,,, hujan lebat turun mencurah-curah,,, berteduh dulu kat Bukit Langat,,, bila agak reda sikit,,, ajak Apie naik ke Menara Tinjau,,, dah jadi Restoren rupanya,,, mungkin depa niaga waktu malam jer,,, so,,, ajak Apie panjat menara,,, boleh tengok keadaan hujan sekitar Kuala Lumpur,,, tengok ke arah Hulu Langat,,, gelap juga,,, sah hujan juga ni,,, dekat-dekat 1 jam juga menunggu,,, kesian tengok Apie,,, baju basah,,, mengigil kesejukan,,, boleh tahan juga sejuk kat sini,,, kena pulak berangin,,,

Bila agak reda sikit hujan,,, ambil keputusan patah balik ke Kampung Cheras Baru,,, pasal ada jiran depan rumah buat kenduri,,, dah dijemput,,, orang kata musuh jangan dicari,,, rezeki jangan ditolak,,, muka tak hensem,,, pipi tersorong-sorong,,, ehhh,,, apa teman melalut ni,,,

So,,, dalam perjalanan balik tu,,, lalu kat kawasan Taman Bukit Permai,,, teringat masa dulu-dulu,,, dating dengan XYL kat situ,,, so ajak Apie,,, panjat keatas,,, saja nak tunjuk kat Apie pemandangan dari Taman Bukit Permai pulak,,, boleh nampak pemandangan sekitar Kuala Lumpur selepas hujan,,,

Selepas itu,,, terus kayuh balik ke rumah orang tua teman,,, sampai jer,,, tengok orang dah mula datang untuk tahlil dan kenduri tu,,, terus mandi dan salin baju,,, join sekali,,,

JIRAN SEPAKAT,,, MEMBAWA BERKAT,,,

layanzzz,,,



Masa mendaki,,,
kat sini dah mendung,,,
belum lagi sampai kat puncak,,,
hujan turun dengan lebat,,,


Pemandangan Kuala Lumpur semasa hujan,,,
Dari Puncak Menara Tinjau Bukit Langat,,,
Menara Kuala Lumpur pun tak kelihatan,,,



Menara tinjau ni dah jadi restoren,,,
setiap tingkat ada kerusi meja,,,
untuk yang sedang BERCINTA,,,
memang romantik,,,
tapi bila tengok menu dan harga,,,
naik juling mata,,,
he,,,he,,,he,,,


Pemandangan sekitar Gombak dan Setiawangsa,,,


pemandangan sekitar Ampang, Cheras dan Bandaraya Kuala Lumpur,,,


Di Taman Bukit Permai,,,
Kuala Lumpur selepas hujan,,,




Baru la nampak Twin Tower Petronas ,,,


Apie dan teman,,
hari tu kena tinggal masa kayuhan ke Cameron Highland,,,
ada rezeki nanti kita panjat berdua,,,
InsyaAllah,,,


Kuala Lumpur selepas hujan,,,
dari Taman Tasik Permai,,,


2 ekor kambing panggang yang menanti,,,
untuk menambahkan lemak,,,
he,,,he,,,he,,,


Kayuhan Puncak Alam-Dragon Trail-Attantunya-Puncak Alam,,,
23.5.2010


Pada hari Ahad,,, kalau ikut program,,, nak ikut riders dari Kg Delek,,, berkayuh dari Klang ke Morib,,, disebabkan mental down dan FRUST,,, lepak jer kat rumah sambil layan PS2,,, dalam pukul 3.30pm jiran teman Afiq call,,, ajak berkayuh,,, teman kalau dah bermalas-malas kat rumah,,, jarang nak keluar,,, tapi Afiq ni baru berkayuh dan semakin seronok berkayuh,,, ditambah pula tak puas berkayuh semalam,,, so,,, tanya Apie,,, nak kayuh tak??? Apie ikut abah jer,,, ok,,, siap,,, kita kayuh kat Puncak Alam,,,

Ini merupakan kali pertama Afiq kayuh kat laluan ini,,, saja tunjuk trek,,, bila dah banyak tempat nak berkayuh ,,, ada pilihan nak kayuh ke trek mana,,, parking kereta kat Petronas Puncak Alam,,, mulakan kayuhan dalam pukul 5.00pm,,,

Layan laluan Dragon Trail dulu,,, bila dah habis 7 bukit disepanjang laluan tu,,, tanya kat Afiq,,, macamana,,, nak patah balik or terus ke Highway Attantunya,,, Afiq kata masa awal lagi,,, so,,, terus berkayuh ke ke Highway Attantunya,,, so,,, buat satu pusingan besar sebelum berakhir diPetronas Puncak Alam,,, selesai kayuhan,,, tanya kat Afiq,,, camana,,, best laluan ni,,, katanya,,, ada masa nak repeat lagi dengan kawan-kawan,,, elok ler,,,



Tak ambik gambar kat laluan Dragon Trail,,,
tak der mood,,,
setelah selesai kayuhan,,,
berehat sebelum gantung basikal,,,
terus balik ke rumah,,,

Monday, May 17, 2010

Buat pe cucah-cucah,,, Cameron Highland,,,



Kayuhan Tapah ke Cameron Highland,,,


Syukur,,,

Alhamdulillah,,,

Walaupun dalam keadaan lutut teman yang belum sembuh sepenuhnya,,, dapat juga menawan laluan dari Tapah ke Cameron Highland,,, macamana teman nak gambarkan perasaan,,,
sakit,,, senggal,,, letih,,, syok,,, sejuk,,, panas,,, PUAS,,,

Pagi Sabtu hari tu,,, muncul lebih dari 30 riders yang kebanyakan bawa roadbike,,, ramai juga yang teman tak kenal,,, tapi kebanyakan ramah,,, bermula agak lewat,,, dalam 8.30am baru tayar bergolek,,,

Geng-geng MTB mulakan kayuhan,,, sambil geng roadbike masih bersantai menikmati sarapan pagi,,, teman cuba ikut phase rakan-rakan lain,,, tapi,,, disebabkan lutut masih terasa sakit,,, layan jer setakat mana yang boleh,,, tertinggal agak jauh juga,,, semakin lama,,, lutut dah terasa senggal pulak,,, teruskan juga kayuhan sampai ke satu tahap,,, lutut dah tak rasa apa-apa dah,,, tapi masih mengekalkan rentak sendiri,,, tak nak push lebih-lebih,,, takut nanti menyusahkan rakan pulak dengan hal teman,,,

Ada cerita disebalik tajuk entry ini,,, ketika berehat kat pondok orang asli,,, depa ada bertanya pada sorang rakan,,,

Orang Asli (OA) : ramai-ramai ni nak kemana???
Riders : nak ke Cameron,,,
OA : naik beskal sampai atas???
Riders : ha ahh,,,
OA : ishhh,,, buat pe cucah-cucah,,, naik bas kan cenang,,,
Riders : @#$$%%^^&**,,, benggang,,,


Siapa yang terkena,,, biarlah RAHSIA,,,
he,,,he,,,he,,,
hanya yang ikut kayuhan ni saja mengetahui,,,

Dalam kayuhan ini juga teman dapat bertemu kali kedua dengan Abang Isa,,, riders yang berusia dalam 60 tahun,,, kali pertama bertemu semasa kayuhan Rakan Cop ,,, di Sri Iskandar tahun lepas,,, rakan-rakan Kulim mesti ingat,,, pasal riders yang bertuah semasa cabutan bertuah dapat kambing sekor dari Kulim,,,
he,,,he,,,he,,,

Apa yang menariknya dengan abang Isa ni,,, beliau merupakan bekas pesakit STROKE,,, tapi kini Alhamdulillah,,, hampir pulih,,, beliau menceritakan bagaimana keadaan beliau semasa menjalani fisioterapi,,, dan doktor mengalakan beliau bersenam,,, dari cerita Abang Isa,,, beliau cuba berkayuh disekeliling kawasan rumah pada mulanya,,, selepas mendapati ada perubahan yang agak ketara,,, beliau meneruskan kayuhan berbasikal ini,,,
sehingga kini,,,

Teman pun ada juga cerita disebalik XTVT berkayuh ni,,, dulu teman ada penyakit lelah,,, rakan-rakan diTaiping tau ler masalah teman ni,,, mula-mula berkayuh,,, memang agak sukar,,, kali pertama layan offroad terpaksa bawa inhaler,,, takut tumbang dalam hutan,,, menyusahkan rakan-rakan,,, dan kini,,,
Alhamdulillah,,,
jarang,,, jarang,,, lelah lagi,,,

9W2JTJ Jamil Jamnapari,,, dah mula berkayuh,,, beliau juga ada penyakit lelah ni,,, dan teman nak tabik spring kat beliau,,, baru 4 hari didera coach Abg Vic,,, dah berani menerima cabaran kayuhan ke Cameron Highland,,, sampai kat Ladang Bharat Teh,,, tanpa berlaku lelah,,, tapi persediaan ubat-ubatan masih dibawa,,,
JUST IN CASE,,,
he,,,he,,,he,,,

Panjang pulak teman membebel,,, layan gambar la pulak,,,

LAYANZZZ,,,


Tempat permulaan,,,


DMG,,, JTJ,,, ONK,,,
dok setting basikal,,,


Antara terawal sampai,,,


Kayuh sorang-sorang,,,
kena tinggal jauh,,,
tangkap gambar B1N1 pun,,, jadila,,,


B1N1 tanpa rider,,,
he,,,he,,,he,,,


Masa ni pun,,,
masih sendiri,,,


Repeat balik,,,
thx to Abg Vic,,,


Teman,,, ONK,,, VZO,,, JTJ,,,
Ongah, Abg Vic n Jamil,,,
layan orang baru sampai,,,
he,,,he,,,he,,,


Jamil JTJ bangga bergambar dengan Abg Vic,,,
aka COACH,,,


Sepanjang pendakian,,,
akan bertemu dengan perkampungan Orang Asli,,,


Dah mula terasa sejuk,,,
tapi,,, teman,,,
peluh tak henti-henti mengalir,,,


Tak percaya ker,,,
riders lain dah sampai,,,
teman,,, terkemut-kemut berkayuh,,,
he,,,he,,,he,,,


Tak tahan tengok pelampung kat depan tu,,,
he,,,he,,,he,,,
Bila la mau hilang,,,


Mengabadikan kenangan,,,
ONK, Abg Isa, DFA, JTJ, ???, ???, teman dan Toki Manjung,,,
maaf teman lupa nama 2 riders tu,,,


Banyak punca air yang boleh diminum,,,
sejuk dan segar,,,
macam baru keluar peti ais,,,


Selamat melintasi sempadan Perak-Pahang,,,


Tak tau bila boleh sampai kat sini lagi,,,
berkayuh ler,,,
bukan naik Bas,,,
cam Orang Asli tu cakap,,,
he,,,he,,,he,,,


Inilah buah strawberry terbesar yang pernah teman lihat,,,
ada berani,,,
kokak sorang sikit,,,
he,,,he,,,he,,,


Jamil JTJ,,,
KEPUASAN yang Tak terhingga,,,
Tahniah Jamil,,,


Bukti dah sampai kat sini,,,
maaf,,, bukan naik Hilux tu yer,,,


Teman dan Abang Isa yang teman ceritakan tadi,,,
tahniah juga kepada beliau,,,


Apa lagi,,,
soruuu time,,,
betul-betul kebuloq,,,


Dapat makan,,,
semua ceria,,,
he,,,he,,,he,,,


Bersantai kat Petronas Ringlet,,,


Teruskan kayuhan untuk sampai ke Ladang Bharat Teh,,,


Nampak tak teman tengah mendaki tuuu,,,
perghhh,,, hanya tuhan jer yang tau,,,
apa perasaan anda kalau kayuh sorang-sorang,,,


Dah tak jauh ke tempat yang dituju,,,


Ni dia,,,
semata-mata nak pekena teh tarik,,,
kalau naik BAS,,, tak sedap Teh ni,,,
kena berkayuh ,,,
baru dapat merasai KENIKMATAN nya,,,
he,,,he,,,he,,,


Sampai ke tempat tujuan,,,
menikmati teh tarik,,,
fresh dari ladang,,,
he,,,he,,,he,,,


Ladang Bharat Teh,,,


Mengabadikan kenangan,,,
Ada nampak SURUT ker itu PELAMPUNG,,,
he,,,he,,,he,,,


Selepas puas menikmati teh tarik dan pemandangan yang indah,,, ehem,,, ehem,,, teman dan rakan-rakan terus turun ke Tapah tanpa henti,,, tang turun tu yang best,,, naik jer hampir 9 jam termasuk makan dan berehat,,, tapi masa turun,,, layan tak ingat,,, 1 jam jer,,, dah sampai ke tempat permulaan,,,

PUAS,,, memang Puas,,, dari Tapah sudah,,, dari Simpang Pulai juga sudah berjaya ditawan,,, boleh baca disini ,,, rasanya selepas ini,,, akan survey dari Kuala Medang ke Cameron Highland pulak kut,,, Abg Vic mau CUBA ker???



Kepuasan tak TERHINGGA,,,
ada berani,,,
Kuala Medang- Cameron Highland,,,
akan teman tawan pulak,,,

Kalau ada riders dari Pahang,,,
mungkin boleh bantu survey laluan tersebut,,,
nak tau jugak jarak dan tahap kesukaran,,,
supaya mudah nak buat persediaan,,,



Gambar dicilok dari DFA dan Abg Vic,,,