Setia Bersama Misai Tanglooong

Monday, November 9, 2009

XTVT Hari Cuti Teman,,,

Ahad 8.11.2009

Walimatul Urus Di Banting,,,



Teman dan XYL ,,,


Mak Mentua teman dan Apie ,,,


My Sweet Family,,,


Sedang menjamu selera,,,


Bapa Mentua teman bersama tuan rumah,,,

Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kawin,,, kali ni bawa bapa dan mak mentua teman ke Banting untuk menghadiri satu lagi majlis Walimatul Urus,,, rakan lama bapa mentua teman yang dah berpindah ke Banting,,, kebetulan pula,,, abang kepada Tuan rumah merupakan Pegawai Pemerintah bapa mentua teman masa dalam tentera,,, bapa mentua teman dah pencen,,, last rank Pegawai Waran,,,

Kalau nak tau kenapa teman sentiasa berambut pendek dan botak,,, bapa mentua teman walaupun dah pencen tapi disiplin dalam tentera masih diamalkan,,, masa mula-mula nikah dulu,,, memang teman bela rambut agak panjang,,, pastu B1N1 teman bisik mengatakan Abah tak suka berapa suka Abang rambut panjang,,, hati panas punya pasal,,, dah hampir 13 tahun,,, teman botak,,, sekarang tak de bunyi-bunyi lagi dah,,, he,,, he,,, he,,,


-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu 7.11.2009

10.00pm Rumah ku Syurga ku


Pemandangan dari dalam rumah teman,,,
pernah teman transmitt guna handy antenna double ducky jer 5 w
sampai ke Labuhan Batu, Sumatra, Indonesia
lebih dari 300' dari aras bumi,,, he,,, he,,, he,,,


Apie merehatkan badan setelah penat berkayuh,,,


Jentera teman dan Apie,,,


Jentera XYL teman,,,


Pagi Sabtu ,,, teman dan Apie mengayuh kat Puncak Alam,,, teman bangun agak terlewat sikit,,, dah berjanji dengan GTR 5zal ,,, pukul 8.30am akan bertemu di Petronas Puncak Alam,,, masa mobile teman call 5zal ,,, nak bagitau yang teman akan lewat sikit,,, rupa-rupanya 5zal pun baru bangun tidur,,, malam tadi ada tugasan dan balik lewat ,,,

So,,, teman pun bagitau kat 5zal,,, tak pe ,,, teman dan Apie dah hampir sampai,,, jadi akan teruskan kayuhan tu,,, 5zal cakap,,, tunggu kat kedai tepi jalan kat Bukit Cerakah,,, nak cover tak dapat berkayuh ,,, jadi open table sarapan pagi,,,

Lebih kurang 20 minit 5zal and family muncul kat kedai tu,,, bersarapan sekali,,, sembang lebih kurang,,, dalam pukul 10.00 am teman pun mula berkayuh dari Petronas Puncak Alam bersama Apie,,, masuk kat Felda Bukit Cerakah kemudian keluar menuju ke arah Meru,,, sampai kat simpang Kampung Tengah,,, bermula la sessi mendaki,,,,

Jalan kat Kampung Tengah tu memang best,,, layan mendaki,,, kalau tak silap ada 7 ataupun 8 puncak untuk didaki,,, ada 3 puncak yang orang kata boleh tahan la,,, sebelum sampai ke simpang Kem Bina Semangat Meru,,, teman dan Apie berhenti melepaskan lelah,,,

Kalau ikutkan hati nak teruskan kayuhan melalui lebuhraya Attantuya,,, tapi memikirkan teman bawa Apie,,, dan jam pun dah menunjukan pukul 11.30am,,, dah tentu lebuhraya Attantuya banyak kenderaan berat/lori,,, teman batalkan hasrat tu,,, mikirkan keselamatan,,, teman dan Apie berpatah balik melalui jalan tadi untuk ke Puncak Alam,,,

Selalunya,,, teman rasa bukan teman je mikirkan demikian,,, kalau berkayuh melalui jalan yang sama ,,,, mesti tension,,, pasal kita dah tau laluan yang akan ditempohi,,, ahhh,,, harung jugak la,,, Apie masa jalan balik dah mula menunjukan keletihan,,, tapi ,,, teman salute,,, semua bukit dia tak tolak basikal,,, teman nak cari stamina,,, bila jumpa bukit teman henjut je,,, tinggalkan Apie dibelakang,,, bila teman sampai kat puncak,,, teman turun balik ke bawah,,, temankan Apie sambil ajar guna gearing yang betul,,,

Akhirnya dalam pukul 12.30pm sampai kembali kat Petronas Puncak Alam,,, selesai jugak kayuhan sejauh hampir 28 km,,, ophhhh,,, lupa pulak ,,, maaf gambar tak de,,, tertinggal kamera cap ayam teman tu masa kelam kabut nak bergerak ke Puncak Alam,,, Apie angin je,,, dah la penat berkayuh,,, gambar pulak tak de,,, janji dengan Apie minggu depan kita kayuh lagi kat sini,,,

Habis berkayuh pekena rojak dan cendol kat bulatan Ham Puncak Alam,,, hangpa tanya kat rakan-rakan Puncak Alam kenapa depa bagi nama tu,,, turut serta GTR 5zal, JIZ Iskandar , VIP Din dan ,,, Allah lupa pulak callsign Kamal,,,

Habis makan teman terus ke Setia Alam menguruskan urusan VZO,,, call JEN,,, lepak pulak kat Restoran Sri Melur Setia Alam,,, sembang kosong ,,, tapi yang tak bestnya,,, Apie pecah komplen kat JEN,,, Abah ni lepas kayuh jer,,, asik makan jer,,, mana nak kurus,,, perut makin buncit,,, Apie ni dia monitor blog teman,,, so,,, dia tau xtvt teman,,, hmmmm,,, harmonik pun tau mengata kat Abahnya,,,

Dalam pukul 4.50pm,,, teman bergerak balik menuju ke Klang,,, singgah rumah mak lang dan mak ucu teman kat Kampung Sungai Udang,,, jumpa pulak sepupu dan anak-anak sedara,,, panjang jadi cerita,,, lepas Maghrib teman sampai kat rumah,,,



-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis 5.11.2009

Eyeball Wan Seafood



Meraikan SPO yang akan berhijarah ke Kuala Lumpur,,,



Antara rakan-rakan yang hadir,,,




Tahniah teman ucapkan kat SPO,,, kerana kenaikan pangkat,,, yang tak best,,, SPO Saiful terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur,,, hilang sorang rakan berkayuh,,, rakan-rakan lokalan Taiping akan menganjurkan majlis perpisahan pada 12.11.09 di kaki Bukit Larut,,, dan khabarnya ada kambing panggang,,, pergghhh,,, favorate tu,,, siap ada karaoke lagi bro,,, so,,, rakan-rakan Sri Manjung dan Sri Iskandar yang membaca entry teman ,,, mai turun Taiping,,, meraikan SPO Saiful,,, Simplex Channel V20 145.250,,,

No comments:

Post a Comment