Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, April 26, 2011

Kayuhan Bersama OZ1AA Radio Operator Dari Denmark,,,



From Taiping With Love,,,
24/4/2011


Pada hari Ahad yang lepas saya dan Jamil VZO pergi ke Gunung Semanggol pekena sate kambing yang sedap kat situ,,, selepas selesai makan-makan,,, terima panggilan mengatakan ada rakan radio amatur dari Denmark dengan callsign OZ1AA handle operator Mr Thomas Andersen ( Tom ) berkayuh menuju ke Taiping,,, 

Selesai makan,,, kami pun call Tom bertanya sudah sampai dimana,,, rupanya beliau sudah sampai ke Taiping,,, apa lagi,,, terus menuju ke Taiping,,, 

Kami terus menuju ke hotel penginapan Tom,,, then,,, bawa keluar minum,,, 
Tom sudah hampir 7 bulan berkayuh dari Denmark dan destinasi terakhir beliau adalah Australia,,,
Kami perkenalkan sate kepada Tom,,, sate ayam dan daging,,,

Kami juga bertanya hala tuju Tom esok hari,,, jadi beliau kata nak ke Pulau Pangkor sebelum menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura,,, pakat punya pakat,,, setuju nak berkayuh sekali ke Batu Hampar,,, sebab ada sorang lagi rider dari Holland yang akan bertemu Tom disana,,,
Jadi perancangan pun diatur,,,



9W2OCC Sham, OZ1AA Tom dan 9W2JTJ Jamil,,,

Cenderahati untuk Tom,,,
jersey Cycling Hams Malaysia,,,
rasa bangga pasal jersey ni akan dibawa ke pelbagai negara,,,
hehehehe,,,



OZ1AA Tom dan 9W2VZO Jamil,,,


Hari Kayuhan,,,
25/4/2011

Pagi pukul 8am kami dah berkumpul depan hotel,,, yang turut serta 9W2DMG Megat, 9W2VZO Jamil, 9W2OCC Sham serta 2 SWAL Azhar dan Zaidi,,,

Kami sarapan pagi dulu di kaki Bukit Larut,,, 
dan selepas itu menuju ke Taman Tasik Taiping,,,

layannnn,,,



9W2OCC,9W2DMG,OZ1AA,SWAL Azhar dan 9W2VZO,,,



Taman Tasik Taiping,,,
From Taiping With Love,,,


OZ1AA sedang QSO dengan 9M2YRS  di transnational repeater,,,





Bergambar kenangan sebelum memulakan kayuhan,,,


Kayuhan menuju ke Batu Hampar,,,
cuaca yang agak panas,,,


Berehat sebentar di Trong,,,
OZ1AA dan 9W2DMG sedang menari Tango,,,
hahahahaha,,,



Bila la pula dapat buat touring macam Tom,,,

Bila tiba di Batu Hampar hampir pukul 12pm,,,kawan Tom Dari Holland sudah menunggu di kedai makan simpang ke Pantai Remis,,,

Kami pun berhenti rehat dan menikmati makan tengahari bersama-sama,,,
yang lucu kat sini,,,
9W2DMG yang nakal nak pekena kan Tom dengan sambal belacan,,,
mujur rakan dia bagitau yang hat tu pedas,,, sempat jugak dia rasa sikit,,, kalau tak mau 1 sudu dia telan,,,
gerenti fasih bahasa melayu pastu,,,
wakakakaka,,,






Mengabadikan kenangan sebelum Tom dan rakan bergerak ke Pulau Pangkor,,,

Until we meet again Tom,,,
you told me that along your cycling trip to others country,,,
you only meet Hams friend without cycling,,,
but in Malaysia,,,
you will find a lots of Hams who love cycling very much,,,


RIDE SAFE AND ENJOY MALAYSIA SIDE SCENE,,, 


Setelah bersurai kami lepak lagi bagi menghilangkan penat dan nak mengelakan cuaca yang panas membara,,,
selepas zohor kami mulakan kayuhan balik ke Taiping,,,



Sementara menanti cuaca teduh sikit,,,
balun makan dan minum lagi,,,
pastu rasa malas dan ngantuk,,,
wakakakaka,,,


5 riders Taiping punya pukulan,,,
penuh 1 besen,,,
wakakakaka,,,


p/s
hari rabu Tom akan bergerak ke Sungai Besar,,,
rakan V24 harap dapat sambut rakan ini,,,
terima kasih,,,



Saturday, April 23, 2011

Chiru on Tour de Hatyai,,,


Lama tak layan touring,,,


Sempena AGM Astra yang diadakan di Putra Palace Kangar pada 16/4/2011 tempohari,,, teman ada ngajak rakan-rakan radio untuk berkayuh ke Hatyai,,, tapi tiada sambutan,,,

Jadi teman call Abg Ronn,,, tanya ada masa tak untuk layan teman berkayuh ke hatyai,,, beliau kata,,, no problem,,, so,,, teman angkut gerek teman ke Perlis,,,

Bukan apa,,, dah lama tak buat touring,,, terasa gian lak,,, lagi 1 sebab,,,
teman rasa bersalah kat abg ronn,,, last year janji nak ikut kayuh ke Golden Triangle,,, last minit,,, teman diserapkan ke projek division,,, tu yang teman nghilang 4, 5 bulan,,,

Kayuhan ini membuka ruang untuk buat touring yang akan datang,,,

kemana???

Tungguuuuuu,,,



Day 1,,,
17/4/2011


Tunggu abg Ronn selesaikan kerja beliau di Langkawi,,, teman tidur 1 malam di Kuala Perlis,,, pagi tu ambik Abg Ronn kat Jetty,,, sarapan kat hotel dulu,,, pastu terus ke rumah beliau,,, rupanya segala persiapan dah dibuat,,, apa lagi angkut basikal atas kereta terus ke Padang Besar,,,

Bermula agak lewat,,, dalam pukul 10.30am,,, cuaca pun agak panas hari itu,,,
selesai segala urusan di sempadan,,, terus ke Hatyai,,, guna jalan yang tak pernah teman lalu,,, ikut jalan kampung,,,

layannnnn,,,



B1N1 teman,,,
bersedia di Komplek Bebas Cukai Bkt Kayu Hitam,,,



Jentera Abg Ronn,,,


Syok jugak layan jalan kampung ni,,,
banyak pokok getah sepanjang jalan,,,
dan yang utama agak teduh,,,
hehehehe,,,

Sampai kat kampung ??? lupa lak,,,
kami berhenti rehat kat kedai rakan Abg Ronn,,,
dan dijamu dengan nasi dan lauk Kensom ikan keli,,,
bestttt,,,



Dengan muka yang tak tau malu,,,
teman belasah cukup-cukup,,,
bukan apa,,,
sebagai bekalan sepanjang kayuhan nanti,,,
hehehehe,,,



antara laluan yang diharungi,,,


Dah sampai ke Hatyai,,,


Terus ke hotel Rama Hatyai,,,
selepas membersihkan badan,,,
kawan Abg Ronn,,, May datang ke bilik dan mengajak ke Ta Lak Nam,,,
apa lagi ronda-ronda dengan pick up la pulak,,,


Dah sampai,,,
hehehehe,,,


Tempat ini dah 2, 3 kali teman sampai,,,
semua makanan yang dijual,,,
memang sedap,,,
lain dari yang lain,,,


Macam biasa,,,
urusan jual beli,,,
penjual dan pembeli,,,
hat ini favorate teman,,,
agar-agar,,, kat dalam ada inti kacang kuda,,,


Selepas itu,,,
May bawak pergi makan Restoren Muslim di Hatyai,,,
panjang lebar jugak perbualan kami malam itu,,,
selesai makan,,, kami balik ke bilik,,,

Kap kun Kap May,,,



Day 2,,,
18/4/2011


Malam hari pertama,,, ingat nak jalan-jalan,,,
tapi tak kesampaian,,,
Abg Ronn demam,,,

Teman sekadar turun ke loby hotel dok layan internet,,,
pastu naik ker bilik,,,
terus,,, zzzzzz

Alhamdulillah,,,
pagi hari kedua,,, Abg Ronn dah cergas balik,,,
terus berkayuh untuk cari sarapan pagi,,,



Tak de orang nak tolong tangkap gambar,,,
posing depan cermin ler jawapnya,,,,
wakakakaka,,,





Makan berdua aje,,,
licin habis kami melantak,,,
untuk tenaga tambahan,,,
hehehehe,,,


Selepas itu,,,
kami menuju ke kedai Sri Suwandi,,, jumpa dengan Teoh,,,
penganjur Jamboree Hatyai 2,,,

Teman terus daftar untuk ikut serta dalam Jamboree Hatyai ini,,,
tahun ini teman akan berkayuh dengan Apie,,,
hehehehe,,,


Abg Ronn dan Mr Teoh,,,


Selesai daftar dan booking hotel untuk bulan jun nanti,,,
kami teruskan kayuhan untuk balik ke Malaysia,,,


Pusing-pusing dulu kat Hatyai,,,


Dah tak berapa jauh dari sempadan,,,


Cuaca agak panas sekarang di Thailand,,,
tengok muka teman,,,
merah macam udang kena bakar,,,
hehehehe,,,



Berhenti rehat kat bus stop,,,



Sebelum masuk ke Malaysia,,,
isi perut dulu kat Padang Besar belah Siam,,,



Layan Sop Perut dengan kailan ikan masin jer,,,


Selepas itu,,,
terus ke rumah Abg Ronn,,,
ambil kereta teman,,,

Terus balik ke Klang,,,
sebab 19/4/2011 merupakan Public Holiday di Perak,,,
dapat jugak berehat dengan XYL di rumah,,,


Rumahku,,,Syurgaku,,,

hehehehe,,,

Tuesday, April 5, 2011

Kayuhan Puncak Alam-Bukit Ramlee

Nak Perkenal B1N1 baruuu,,,


Assalamualaikum,,,

Pada entry yang lepas,,, teman ada bercerita pasal B1N1 baru teman,,, laaa ni nak perkenalkan secara rasmi,,,ehhh,,, cam kenderaan rasmi pulak,,, hehehe,,,

Alhamdulillah ke hadrat Illahi,,,

dimurahkan rezeki,,,

Dapatlah teman meminang B1N1 yang baru,,,

Hasil bantuan rakan-rakan yang menabur racun paraquat dan ridsects,,,

hehehe,,,

Secara rasmi teman dah ride masa Malaysia Gold Jamboree di Bukit Merah tempohari,,,

masih belum dapat 'feel' kayuhan dengan B1N1 baru ni,,,

mungkin disebabkan hampir 5 bulan tak berkayuh,,,
bab ini teman akan buat 1 entry,,,

Pada minggu lepas,,, teman berpeluang berkayuh di Puncak Alam,,,

mula-mula rasa segan jugak,,, pasal ,,, tak kenal hampir 99% riders yang hadir,,, 21 riders semuanya termasuk sorang riders pompuan,,, dah ler teman tak berapa ada angin lg niii,,, kontrol macho beb,,, hehehehe

Alhamdulillah,,, semua riders very friendly,,, tarak sombong punya,,, ada riders dari SIRIM, Puncak Niaga dan riders lokalan Puncak Alam yang guide dan menunjuk jalan,,,

maka,,,

TERJALIN TALI SILATURAHIM,,,

dengan berbagai gelagat dan kerenah yang mencuit hati,,,

TAK KENAL MANA NAK MESRA,,,

yer tak,,,

Layanzzzz,,,





Inilah B1N1 baru teman,,,
mana nak cari tenaga tambahan,,,
teman ingat nak jer cabut pokok kat sebelah tu,,,
hehehehe,,,


Bujang teman,,,
bergaya dengan hadiah hari jadi,,,
beli jiwa sebenarnya,,,
hehehe,,,


Kayuhan bermula di Puncak Alam,,,
teman tak pernah ride kat trek ni,,,
macamana ler nnt,,,

lanjuttt,,,


masuk jer offroad,,,
pendakian pun bermula,,,
awal lg dah memacak,,,
tak dan nak panaskan keting kaki,,,
hehehehe,,,


Haaaaa,,,
tu lah penyeri kayuhan kali ini,,,
hehehehe,,,



tak terkejar teman dengan mamat keding niii,,,
hehehe,,,


menanti riders yang tertinggal dibelakang,,,
termasuklah teman,,,
hahahaha,,,


Dipuncak tertinggi Puncak Alam,,,


interframe no 1,,,
hehehe,,,





Bergambar reramai di Puncak tertinggi di Puncak Alam,,,

Pastu ambik upah yang agak lumayan jugak,,,
hehehe,,,

Layannnn,,,




Bestttt layan downhill,,,
maklumlah,,,
tak yah kayuh,,,
wakakakaka,,,


dua tiga kali gak terpaksa berhenti disebabkan 2 3 riders tayar pancit,,,
banyak dahan pokok kelapa sawit yang baru ditebang berada diatas trek,,,
kena bawak spare tube lain kali,,,

Teman dan Apie,,,
Alhamdulillah tiada sebarang bencana menimpa,,,


Berkumpul semula,,,
sebelum meneruskan kayuhan ke Bukit Ramlee,,,
time ni matahari dah terpacak atas kepala,,,
mental,,,mental,,,



argghhhh,,,
panassss beb,,,
mental betul lerrrr,,,
hehehehe,,,


belum sampai-sampai lg,,,
argghhhh,,,


Alhamdulillah semua riders selamat sampai ke puncak Bukit Ramlee,,,
dan upahnya,,,

air nenas fresh + cincau + cengkih,,,
perghhh,,,
tak ingat semua,,,
hehehe,,,


Sementara menunggu air sampai,,, tekak betul-betul kering dah,,,
ambik ais kosong,,, belasah air 100+ tak ingat dunia,,,
hehehehe,,,



Puas berkayuh,,,
kayuh perut lak ler,,,
hehehe,,,


Yang jersey oren tu bukan pengerusi majlis tau,,,
hehehehe,,,


Pergghhhhh,,,
cam rumah sendiri depa buat,,,
hehehe,,,


Selesai acara kayuh perut,,,
maka sessi bergambar kenangan pun bermula,,,
hehehe,,,




semua dah berat perut,,,
tak larat nak bangun,,,
tu pasal depa byk duduk jer,,,
hahahaha,,,


Maka setelah dipaksa,,,
maka terhasil lah gambar kenangan di puncak Bukit Ramlee,,,


Apa-apa pun,,, kayuhan ini memang enjoy,,,
diharap tali silaturrahim yang baru terjalin,,,
akan terus,,,

BERPANJANGAN,,,


Jumpa lagi diminggu depan,,,