Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, May 20, 2011

Misi Menawan Hati Keluarga dan Gunung Brinchang,,,



Perjalanan Bermula,,,
14/5/2011


Bermula dengan ajak-ajak ayam,,, 
akhirnya menjadi kenyataan,,,
perbincangan pertama ketika bersantai di Tongkat warrant,,, 
asik dok pekena Teh 'O' Laici jer,,, 
dah lama tak pekena Teh Massala dan Teh strawberry,,,
itu ajer ayat pembuka bicara,,,

akhirnya,,,

Kata putus diberi,,, 
jom bawa family sekali,,,
asik kita jer dok seronok,,,
kali ini ajak sekali keluarga bersantai sekali,,,
kata putus di capai,,,
5 keluarga berstuju nak join,,,

Mula-mula agak cemas juga,,,
tak teringat 17/5/2011 adalah cuti umum,,,
dok call sana,,, dok call sini,,,
semua jawapan sama,,,

DAH ADA ORANG BOOKING,,,

Bertungkus lumus la juga Jamell Chiru dan Aziz ZIS,,,
mencari apartment untuk 5 keluarga,,,
akhirnya pada hari Jumaat,,,
owner apartment call,,,
ada orang cancel booking,,,
puhhhh,,,
legaaa,,,
Teman ler orang paling seronok,,,
pasal dah lama tak bawa keluarga jenjalan,,,
XYL dan Apie tak pernah sampai lagi ke Cameron Highlands,,,
bila diusulkan jer,,,
Tanpa,,,

Banyak bicara,,,
Terus setuju nak ikut,,,
hehehehe,,,



Bergerak agak lewat dari Klang pasal XYL kerja shift malam,,,
sampai kat rumah pun dah pukul 9.00am,,,
jadi perjalanan kami sekeluarga hanya bermula pada pukul 10.00am,,,
dapat juga teman berehat lebih sikit,,,
pasalnya teman sampai ke Klang dari Taiping hampir pukul 2.30am,,,



Teman masuk Highway PLUS terus ke Tapah,,,
sepanjang perjalanan bersembang dengan Apie,,,
ini lah jalan yang abah berkayuh dari Tapah menuju ke Cameron Highlands,,,
nak ker Apie kayuh dari Tapah  ke atas,,,
nanti dulu laaa abah,,, 
tak konfiden,,, kata Apie

hehehe,,,


 Sembang lak dengan XYL,,,
nak makan strawberry tak???
nak la,,,
 ok,,,
 nanti kita makan dulu strawberry sebelum sampai ke Cameron Highlands,,,
kat mana sayang,,, 

tunggu laaa,,,
nanti sampai abang bagi tau la,,,


Sampai kat sini,,,
jom turun sayang,,,
kita makan strawberry dulu,,,
kat mana sayang???
aiiii,,, dah depan mata pun tak nampak lagi ker???
makkkk aiiii,,,
besar nya strawberry,,,
hehehehe,,,

gotchaa,,,


Akhirnya kami sampai ke Desa Atterium Tanah Rata,,,
depa semua dah sampai awal,,,
apartment pun dah dapat kunci,,,
turunkan segala kazanah,,,
XYL dah mula rasa sejuk,,,
hehehehe,,,


Tiba Ke Destinasi,,,




Sempat lagi interframe,,,
hehehe,,,



Tempat pun selesa,,,
apa lagi,,,
kak Mila XYL Azis ZIS dah siapkan makan tengahari,,,
soru time,,,
hehehe,,,



Menu tengahari,,,
nasi ayam panggang,,,
bestttt,,,



minum petang,,,
sementara nak berkayuh ke Ringlet Bharat Tea,,,
rindu nak pekena Teh Massala,,,


XYL dah mula terasa kesejukan Cameron Highlands,,,
cuaca agak mendung dan mula hujan renyai-renyai,,,
jadi ke nak berkayuh petang ni,,,




Kayuhan Teh Massala,,,

Masa turun ke bawah,,, 
hujan masih belum berhenti,,,
sempat lagi interframe,,,

Hujan semakin lebat,,,
adussss,,,
semua dah tak sabar nak mulakan kayuhan,,,



4 Riders Team Chiru,,,


3 riders Team Giant,,,

Hujan masih lagi lebat,,,
Jamell Chiru dah mula bunyi,,,
aq dah lama tak main hujan ni,,,,
ingatkan beliau saja cakap jer,,,

Tiba-tiba,,,
dalam hujan yang agak lebat juga,,,
terus Jamell Chiru melakukan henjutan,,,
tengok Jamell dah mula berkayuh,,,

Tanpa sebarang arahan,,,
semua terus meredah hujan,,,
perghhhh,,,
sejuk sampai ke tulang tuuuu,,,

Untuk sampai ke Bharat Tea,,,
tak payah susah-susah,,,
semua downhill,,,

Kesian gak tengok Apie,,,
mengigil control basikal,,,
hehehehe,,,



Akhirnya terubat juga rindu nak pekena Teh massala,,,
Apie yang tak pernah merasai kesedapan teh massala,,,
sampai 2 , 3 cawan dibedalnya,,,
hehehehe,,,

tak tau la,,,
sedap ker atau nak bagi panas badan,,,




kontrol macho,,,
semua dah lencun,,,
sejuk lagi petang tu,,,


Sempat lagi berseloroh dengan Azis ZIS,,,
hehehehe,,,

Tunggu punya tunggu,,,
hujan masih tak berhenti,,,
dok renyai-renyai lagi,,,

Alang-alang dah basah,,,
ambil keputusan teruskan kayuhan,,,
takut nanti jalan gelap,,,,
semua tak bawa lampu,,,
yang ada lampu belakang jer,,,
hehehehe,,, 


Dalam hujan pun sempat interframe,,,
dihadapan Restoren Bharat Tea,,,
hehehehe,,,


Kat sign board pun nak posing juga,,,
hehehehe,,,


Pendakian sejauh hampir 10 km juga nak sampai ke tempat penginapan,,,
dalam keadaan hujan renyai-renyai,,,
hehehehe,,,





Akhir sampai juga ke tempat penginapan sebelum maghrib,,,
memang semua kesejukan,,,
terus suruh Apie  mandi air panas,,,
risau gak,,, 
dibuatnya demam esok,,,
tak dapat la nak tawan Gunung Brinchang,,,
target utama kami untuk program kali ini,,,

Malam BBQ,,,


Lega apabila hujan akhirnya reda,,,
selepas maghrib,,,
maka program untuk sebelah malam dapat dijalankan,,,
cuma,,,
keadaan yang agak sejuk,,,
tidak membenarkan anak-anak dan para-para isteri tercinta keluar dan turut serta dalam proses bakar membakar,,,
jadi kami berlima keluar menjalankan tugasan membakar,,,




Proses menghidupkan arang pun agak payah,,,
semua tempat basah,,,
dah lama tak main api,,,
berbagai cara digunakan,,,
janji arang menjadi bara,,,
hehehehe,,,











Misi Utama Gunung Brinchang,,,


Awal pagi semua dah bangun,,,
kaki pun dah terasa agak ringan,,,
dengan kayuhan pemanas badan semalam,,,

Alhamdulillah,,,
cuaca pagi itu,,,
sungguh sesuai untuk kayuhan menawan Puncak Brinchang,,,

Para isteri tercinta,,,
menyediakan sarapan pagi yang sungguh menyelerakan,,,
nasi lemak sambal udang,,,
dan juga baki ayam BBQ,,,
perghhhh,,,


Layanzzzzz,,,


Boleh dikatakan 80% kayuhan pagi itu,,,
mendaki  sahaja,,,
Dari Desa Atterium ke Puncak Brinchang dalam jarak 18-19km sahaja,,,




Jamell Chiru,,,
dengan gaya bersahaja,,,


Di ikuti oleh Tok Chiru, Apie, Yeop Chiru, Along dan teman,,,




Baru sampai ke simpang untuk ke Puncak Brinchang,,,
boleh tahan juga pendakian nya,,,


Interframe dulu laaa,,,
cam biasa,,,
hehehehe,,,






Berhenti rehat,,,
ambil nyawa balik,,,
hehehehe,,,







sampai kat sini,,,
masih boleh tahan lagi,,,
kadang-kadang terpaksa turun untuk MTB,,,
apa lagi,,,
Mai Tolak Basikal lerrrr,,,
hehehehe,,,


Ingat dah sampai kat sign board ini,,,
dah sampai Puncak tertinggi,,,
rupanya ada dalam 3-4 km lagi,,,
yang cukup memeritkan,,,
adusssss,,,




Akhirnya,,,
dalam kepayahan,,,
tenaga dah habis,,,
yang masih tinggal,,,
hanyalah semangat sahaja untuk menamatkan kayuhan,,,


hilang segala keperitan dan kepayahan pendakian,,,
bila saja ternampak deretan menara pencawang didepan mata,,,
Akhirnya,,,,

PUNCAK BRINCHANG BERJAYA DITAWAN,,,



Tahniah juga untuk Apie,,,



Wajah-wajah KEPUASAN,,,





Bertemu dengan 3 orang pengembara dari United Kingdom,,,
masih muda lagi depa ni,,,
dalam 20-23 tahun saja,,,

mereka treking dari bawah hingga sampai ke Puncak,,,






Tahniah semua,,,
dari kiri,,,
Apie, Teman, Aziz ZIS, Yeop Chiru, Tok Chiru , Along dan Jamell Chiru,,,




Sessi Bersama Keluarga,,,


Sampai ke tempat penginapan para isteri tercinta sudah menyiapkan makan tengahari,,,
semasa kami berkayuh,,, 
para isteri dan anak-anak sempat bersiar-siar ke ladang strawberry dan sayur,,,
depa seronok dengan cara mereka,,,(shopping)
kami seronok berkayuh,,,
jadi sama-sama enjoy,,,

betul tak???

Selepas check out,,,
bawak depa semua menikmati Teh Massala,,,
dan juga berjalan ke ladang Teh,,,
ada 2 3 tempat juga kami singgah,,,
antaranya Coklat mall,,,
lupa lak nama nya,,,





sapa tak sayang B1N1 weiiii,,,
hehehehe,,,





Bila tengok gambar ini,,,
nak gelak pun ada,,,
hehehe,,,


tak cukup tangan XYL nak memeluk teman,,,
teman berazam nak turunkan berat badan teman ini,,,
sekarang berat teman dalam 98kg,,,
dapat turunkan ke 75kg dah dikira berjaya ler teman,,,
harap dapat turunkan hujung tahun ini,,,




Anak dara sunti Tok Chiru,,,


Anak manja Jamell Chiru,,,
hat yang ini,,,
cukup suka pegang perut teman,,,
dari dulu lagi,,,
hehehehe,,,


Bujang teman dah tinggi melampai,,,
buat kawan bergaduh jer la ni,,,
hehehehe,,,


kalau nak tau,,,
teman sebelum kawin pinggang baru 27-28 ajer,,,
bila dah kawin,,,
bagai di pam-pam,,,
bulat,,,
hahahahaha,,,


Terima kasih sayang,,,
memahami minat abang,,,
dan tak banyak kerenah,,,



Teman ingat nak balik ke Klang ikut Tapah,,,
bila dah berkonvoi,,,
tak ingat semua itu,,,
akhirnya turun ikut Simpang Pulai,,,

Dalam perjalanan turun ke Simpang Pulai,,,
kami berkomunikasi melalui radio 2 hala (walkie talkie),,,
dapat juga mengimbau kenangan ketika kayuhan dari Simpang Pulai ke Tanah Rata,,,
waktu itu kami bertiga sahaja,,,

Teman, Jamell Chiru dan Tok Chiru,,,


13 jam yang memeritkan,,,
Terhambur lah gelak ketawa bila lalu di jalan yang meninggalkan banyak sejarah kami bertiga,,,
kutuk mengutuk,,, 
biasa lah,,, tahan dengan tak tahan jer telinga,,,
hehehehe,,,


Sampai di Simpang Pulai dah dekat nak Maghrib,,,
jadi kami singgah untuk mengisi perut dahulu,,,
Azis ZIS tak dapat bersama,,,
beliau meneruskan perjalanan balik ke Taiping sekeluarga,,,
mungkin disebabkan,,,

MALAM BELIAU BERLALU BEGITU SAHAJA,,,

hahahaha,,,


Pekena pulak Capati Simpang Pulai,,,
pergghhhhh,,,

baru ingat nak turunkan berat badan,,,
tambah lg 3 kg,,,

hehehehe,,,





Selepas makan,,,
kami berpisah,,,
Jamell Chiru dan Tok Chiru balik ke Taiping,,,
Yeop Chiru ke Lenggong,,,

dan teman balik ke Klang,,,

Puas dan enjoy dengan program kali ini,,,

Para isteri pulak dah mengatur program nak ke TuuuTTTT ,,,

tengok lah dulu,,,

bergantung pada cara pujukan dan .........,,,

baru penilaian diberi pertimbangan yang sewajarnya,,,

hehehehe,,,