Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, July 12, 2011

Jamboree Hatyai 2011,,,

Entry Tertangguh,,,
2/6/2011

Agak lama tak menulis diblog ini,,,
mula nak menulis bila terasa kebosanan melampau,,,
ramai juga rakan-rakan yang bertanya,,,
blog hang ni laman sesawang ataupun bersawang,,,
hehehehe,,,

Bulan Jun 2011 yang lepas,,, seperti yang sedia maklum,,,
telah berlangsung Jamboree Hatyai Edisi ke 2,,,
pada 4 June 2011,,,
ramai juga peserta dari Malaysia kali ini,,,

Perjalanan teman bermula pada 2 June 2011,,,
masih bekerja pada hari tersebut,,, 
agak kelam kabut sedikit,,,
apabila perjalanan untuk mengambil isteri dan anak tergendala akibat kerosakan kereta,,,
siap dibaiki menjelang tengah malam,,,

3/6/2011

Dari Taiping bergegas balik ke Klang,,,
tiba di Klang jam pun dah menunjukan hampir pukul 4.30am,,,
mandi dulu untuk menyegarkan badan,,,
pukul 5.15am dah mula bergerak ke Bukit Kayu Hitam,,,
matlamat hendak berkonvoi bersama peserta dari Malaysia menuju ke Hatyai sambil diiringi kereta polis Thailand,,,

Sampai di Taiping dah hampir pukul 9.30am,,,
letak basikal atas kereta dan ambil pakaian lebih kurang,,,
teruskan perjalanan kembali,,,

Tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam agak lewat,,,
dan kereta bersusun nak masuk ke Dannok,,,
hampir 3 jam untuk segala urusan di kedua-dua sempadan,,,
kesesakan yang agak teruk pada hari tersebut,,,

Terlepas juga nak berkonvoi,,,
apa kan daya,,,

Masuk je ke Dannok,,,
perut dah mual berirama keroncong,,,
apa lagi cari kedai makan la jawapnya,,,
terus menuju ke kedai makan,,,


layanzzzz,,,



Bersama isteri tersayang,,,



Apie,,,
seronok kali ini,,,
tahun lepas tak berkayuh,,,
kali ini jadi peserta pula,,,



Minuman kegemaran,,,
Jus Pegaga,,,


Ketam Kari pecah telur,,,



Lidah goreng,,,


Tomyam seafood yang mengancam,,,



LICIN,,,
lapar betul,,,
hehehehe,,,


Selesai makan,,,
 kami sekeluarga bergerak ke hatyai,,,
Terus mencari JB hotel,,,

Setiba ke JB Hotel,,,
dah ramai peserta dari Malaysia,,,
mengambil goodies,,,

Sempat juga bertemu dengan 2 3 orang rakan,,,
sembang lebih kurang,,,
terus naik ke bilik,,,
mandi dulu,,, bagi segar sikit badan,,,
selepas itu,,, 
terus ke Hatyai,,,
untuk makan malam,,,
hasrat isteri nak pekena pulut mangga dan bihun sop tak kesampaian,,,
kami keluar agak awal,,,
kedai kegemaran belum dibuka lagi,,,


Mata pula dah agak layu,,,
maklumlah,,,
dah hampir 40 jam tak tidur,,,
ambil keputusan makan lebih kurang,,,
terus balik ke hotel,,,

Terus pengsannnn,,,  


4/6/2011


Sedar-sedar dah pukul 6.30am,,,
mengelupur mandi dan bersiap,,,
turun di loby hotel,,,
baru ada 2 3 orang peserta,,,
laaaaa,,,
lupa nak set kan jam,,,

hahahaha,,,

lawak,,, lawak



Tak de orang keluar bilik lagi,,,
hahahaha,,,
kami dah keluar dari bilik ke loby hotel,,,
waktu di Thailand lewat 1 jam dari Malaysia,,,
masa ini baru pukul 6.50am waktu Malaysia,,,
sendiri ingat laaaaa,,,

wakakakaka,,,


Bersama riders dari Taiping dan Kuala Lumpur,,,



Baru dapat goodies,,,

Dari Hotel kami berkayuh ke tempat permulaan,,,
sama seperti tahun lepas,,,


Rem, Dol, Teman, cikgu Adam, cikgu Adib dan Jamil,,,



Bersemangat Apie kali ini,,,


Bersama salah seorang penganjur dan juga kawan baik,,,
May rakan kongsi Teoh,,,
hehehehe,,,


Digarisan permulaan,,,



Rem dan Apie,,,



Geng Taiping,,,



Bermula agak lewat juga,,,
setelah selesai perasmian,,,
maka para pesrta dilepaskan,,,

bermula dengan jalan raya tarmac sebelum memasuki jalan offroad,,,
agak santai sebelum tiba di bottle neck yang pertama,,,


Sempat interframe,,,
dengan riders dari utara,,,
grop dari Kedah,,,


nak lepas dari jambatan nunnnn,,,
mujur disebelah sungai,,,
kalau tak,,, mau peserta dah mengelunsur turun reramai,,,
hehehehe,,,


Ambil nyawa sekejap,,,
Apie entah ke mana,,,
masa ini masih dengan cikgu Adib,,,

Selepas itu,,, 
kami teruskan kayuhan,,,
dipertengahan jalan jumpa dengan cikgu Adam,,,
terdampar kat dalam hutan,,,
cramp katanya,,,

temankan pula cikgu Adam,,,
kawan-kawan yang lain dah ke depan,,,
kayuh ikut rentak cikgu Adam,,,



Sampai di check point 4,,,
jumpa pula dengan grop dari Kedah,,,
ada rakan mengalami kerosakan basikal,,,






Dengan Putin TTG,,,




Tiba digarisan penamat bersama Pudin TTG dan Raja Arifudin,,,


Makan Malam dan Penyampaian Hadiah


Tahun 2011 ini bertuah bagi saya dan Apie,,,
dimana Apie dapat tempat ke 7 untuk kategori bawah 15 tahun,,,
bagi saya pula,,, ini merupakan Jamboree pertama yang saya memenangi hadiah cabutan yang merupakan Frame basikal,,,

Kiranya berbaloi juga jika dikira balik segala kos untk ke Jamboree Hatyai 2011 ini,,,
dengan nilai Frame Giant ATX 7 model 2011,,,
hehehehe,,,




Kategori bawah 15 tahun,,,
tempat ke 7,,,



No yang dapat adalah no saya,,,
Apie yang teruja,,,
terus berlari naik ke pentas untuk mengambil hadiah tersebut,,,


Selepas selesai majlis makan malam dan penyampaian hadiah,,,
kami sekeluarga ke Hatyai untuk meraikan kemenangan Apie,,,
dan juga untuk mejamu isteri dengan makanan kegemaran beliau di Hatyai,,,
Bihun sop dan juga pulut mangga,,,
hehehehe,,,






Tumpang sekaki,,,
hehehehe,,,


5/6/2011

Hari terakhir di Hatyai,,,
sudah sepakat dengan Rem, Dol dan rakan-rakan Taiping untuk ke Songkhla,,,
kami menuju ke Pantai Shamila,,,
makan tengahari yang sungguh lazat,,,
kami sekeluarga hanya lepak di pantai saja,,,

selepas itu menuju ke Hatyai kembali mengunakan jalan lain,,,
naik fery pula,,,

dan menuju ke Ta Lak Nam,,,
hajat saya nak bawa keluarga ke Floating Market tercapai juga,,,
kalau dulu hanya tengok gambar,,,
kali ini mereka menjejakan kaki pula,,,


Bergambar kenangan di depan hotel,,,



Naik tut-tut untuk sarapan pagi,,,


Mengabadikan kenangan di loby hotel,,,



Makan tengahari di Songkhla,,,



Naik ferry menuju ke Hatyai semula,,,




Kami sekeluarga dah sampai,,,
hehehehe,,,



Menjelang senja,,,


Ada rakan sampai kembung perut minum air,,,
semata-mata nak bawa balik cenderahati,,,
bekas air yang dibuat dari tanah liat,,,
hehehehe,,,




Suasana Floating market waktu malam,,,

Puas dan berbaloi-baloi,,,
hehehe,,,

Jumpa lagi di Jamboree Hatyai 2012,,,