Setia Bersama Misai Tanglooong

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Majlis Perpisahan 9W2SPO,,,


Menu malam tadi,,, Kambing dan ayam BBQ,,,



Ayam BBQ,,,


Kambing BBQ,,,


Hampir siap,,, round pertama,,, THX Rotscott,,,
Hang punya resepi marinate memang MARVELOUSE,,,


Antara orang dapur yang bertugas,,, teman dan XPT,,,


Rakan-rakan yang menempel,,,
ABV, JTT, KRX,


Dari kiri,,, ABV, JTT, DLG, ROT dan GTA,,,

OHM, SPO dan Teman,,,


OHM, SPO, OCC, JTT


DLG, SPO, XPT, ABV


Acara wajib setelah selesai sessi bakar membakar,,,


Teman dan BPT,,,


Malam tadi rakan-rakan lokalan Taiping V20 Kampungku mengadakan Jamuan Perpisahan untuk 9W2SPO Saiful yang akan berpindah ke Kuala Lumpur,,, ramai rakan yang hadir,,, diawal majlis agak sentimental sikit,,, dengan ucapan dari 9W2SPO yang mengenang kembali diawal kehadiran beliau di Taiping,,, dan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang sudah dianggap seperti saudara sendiri,,,

Bagi teman pulak,,, teman akan merasa kehilangan kerana beliau antara rakan yang mula berkayuh,,, sama-sama memulakan hobi berkayuh ni,,, rakan dan sahabat yang sama-sama merantau,,, kerap membantu teman,,, kalau makan malam kerap bersama,,, almaklum lah,,, kami berdua terpaksa meninggalkan keluarga,,, demi mencari rezeki,,, setiap hari jumaat teman akan balik ke Klang,,, Saiful pulak akan balik ke Sungai Petani,,,

Semoga anda lebih berjaya dikemudian hari,,, rezeki anda memang murah Saiful,,,
Jangan lupa rakan-rakan diTaiping ,,,

Thursday, November 12, 2009

Meraikan Rakan,,,



Teman dapat 1 panggilan telephone dari sorang sahabat lama,,, mengatakan beliau berada di Bukit Mertajam,,, dalam perjalanan ke Sri Manjung,,, sebelum balik ke Kuala Lumpur,,, Macam biasa la rakan teman ni kalau lalu disekitar Taiping mesti singgah untuk menikmati makanan kegemaran beliau,,,

Hang tolong order macam biasa,,, opsss,,, lupa nak perkenalkan rakan tu,,, Ahmad Safrin,,, yang teman anggap macam abg teman sendiri,,, merupakan adik kepada 9W2LLH Pak Long,,, memang kenal dari kecik dan sekampung,,, di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur,,, teman di Bukit A dan beliau di Bukit C ,,, untuk info,,, Kampung teman ni agak istemewa sikit,,, satu kampung tapi berlainan negeri... teman dibawah Wilayah Persekutuan,,, dan Ahmad Safrin dibawah Selangor DE,,,

Berbalik kepada cerita,,, teman bertanya kepada beliau,,, agak-agak pukul berapa sampai kat Taiping dan berapa orang,,, kita orang bertiga,,, sampai lebih kurang pukul 10.00 pm,,, jam baru menunjukan pukul 8.30pm,,, teman call kat VZO,,, tanya free tak,,, Nape,,, Jom temankan ke Matang Gelugor pekena Gulai Semilang,,, hang ambik aku kat rumah,,, ok,,,

Sambil mobile ke Kampung Boy_ _ ,,, teman call dulu kat makcik gerai tu,,, order apa yang patut,,, kalau tak nanti lambat sampai order pulak,,, untuk info,,, ikan semilang tu masih hidup lagi,,, depa tangkap/pancing dan letak dalam tangki air,,, bila orang order jer,,, baru dimasak,,, fresh Bro,,, wa cakap lu,,,

Teman pergi bertiga jugak,,, bersama VZO dan DLG,,, sambil menanti hidangan sampai,,, sembang-sembang dulu,,, lebih kurang pukul 10.10pm,,, Abg Mat sampai kat tempat yang dijanjikan,,,

Apa lagi santapan pun bermula,,, he,,,he,,,he,,,


Menu yang biasa teman order,,,


Ketam Nipah masak sos tiram,,,


Gulai Semilang,,, kepala buat gulai,,, ekor goreng kunyit garing,,,


Dari kiri,,, Akram , Abg Mat, allah lupa nama yang baju biru tu ,,, kali pertama bertemu,,, baju putih tu DLG Pak Kecik,,, tiada dalam gambar VZO dan teman ler,,,

Mereka bertiga ni merupakan ahli jemaah Surau Puncak Jalil,,, Akram,,, Siak,,, Abg Mat,,, Imam ,,, yang baju biru tu,,, Bilal,,,



Menu tadi,,,

1) Gulai Semilang 5 Ekor (Besar)
2) Semilang Goreng
3) Ketam Nipah 8 Ekor (sederhana)
4) Telur Dadar 4 biji
5) Sayur Goreng 2 pinggan
6) Ulam dan Sambal Belacan


Friday, October 23, 2009

9W2BTU di Taiping



Inilah wajah 9W2BTU ( Bini Tok Uban ) Kak Miah yang portable 2 hari di Taiping
pada 19/20.10.09,,, Sarapan pagi bersama teman dan Abu Pelamin 9W2ABV,,,
tergelak Kak Miah menceritakan kejadian diawal pagi he,,, he,,, he,,,




Kak Miah bersama dengan DMGarry menikmati makan tengahari di Restoren Chili Padi




Antara rakan Taiping yang hadir JTJ, GTA, VZO, ONK, DMGarry, OCC



Jamil Tok Janggut, Akmal, Abg Victor, Ongah, Dato' Megat, Kak Miah dan Teman
Meriah jugak eyeball ni,,, tak kering gusi dengan keramahan Kak Miah



Pada 16.10.09 teman menerima sms dari Kak Miah ( Kuala Rompin ) mengatakan beliau akan turun ke Taiping menemani kekanda beliau untuk menghadiri Perbarisan Tamat Latihan anak buah beliau di Pusat Latihan Penjara Taiping,,, kebetulan teman baru pulang dari Padang Indonesia,,, dan nak ke HS9 untuk program KPLR 09,,, teman bertanya kepada Kak Miah ,,, bila nak datang??? Kak Miah kata hari Isnin 19.10.09,,,

Teman agak teruja jugak nak menemui Kak Miah ni,,, maklum lah dah lebih 3 tahun berQSO diruang udara jer,,, tak pernah bertentang mata,,, Jadi teman bertanya 9W2TOU Tok Uban tak turun sekali ker,,, Kak Miah kata Tok Uban tak dapat datang kerana ada tugasan,,, agak hampa jugak,,, asal dapat bertemu dengan Kak Miah pun jadi ler,,,

19.10.09 Pukul 4 am terima panggilan dari Kak Miah mengatakan beliau Dot,,, Dot,,, Dot,,, sapa-sapa nak tau,,, jumpa didaratan nanti teman cerita,,, dalam mamai-mamai dan kepenatan selepas kayuhan ke Hatyai,,, terus teman gelak sorang-sorang,,, he,,, he,,,he,,, Kak Miah ,,, Kak Miah,,, camana la boleh jadi camtu,,, walau macamana pun Kak Miah selamat tiba ke Taiping pukul 9.30 am,,,

Teman dan Abu Pelamin 9W2ABV menjemput Kak Miah kat Kemunting Raya,,, terus bawak sarapan pagi di Selera Malam,,, dok sembang kejadian diawal pagi,,, ngekek teman dan Abu pelamin,,, lepas sarapan mintak tolong Abu Pelamin check in Kak Miah kat Hotel Panorama di Bandar Warisan,,, Teman kena lari masuk bertugas kembali,,,

Tengahari teman terima panggilan dari DMGarry ajak makan tengahari bersama Kak Miah di Restoren Chili Padi,,, sampai kat sana tenggok dah ramai rakan-rakan Taiping tiba,,, memang meriah tengahari tu,,, Kak Miah pun ramah,,, kena lak dengan keletah DMGarry, Ongah, Jamil Tok Janggut, Akmal, Abg Victor dan teman,,, kecoh dibuatnya kat Restoren tu,,,

Selesai makan DMGarry bawak Kak Miah ke PULAPEN untuk bertemu dengan anak buah Kak Miah,,, teman dan rakan-rakan sambung tugasan,,, maklum la tengah Saltmine,,, lari dari tugas,,, he,,,he,,,he,,,

20.10.09 Teman agak sibuk dengan tugasan,,, dalam pukul 3.30 pm baru teringat nak call Kak Miah,,, nak tanya dah selesai ker,,, Perbarisan Tamat Latihan anak buah,,, Kak Miah cakap la ni,,, dah dalam bas,,, tak kesampaian nak menemankan Kak Miah pusing-pusing Taiping,,, walau camana pun teman ucapkan selamat dalam perjalanan ke Kuala Rompin kat Kak Miah,,, dan tak lupa sampaikan salam teman kat Tok Uban,,,




Monday, June 29, 2009

kawin...kawin...kawin...nikah dan kawin

Sahabat saltmine menamatkan zaman bujang



9W2RMK Khairul menamatkan zaman bujang


Bersama VNS,APH dan TZE dirumah 9W2RMK



27.06.2009

Balik ke Klang minggu ni ada 3 jemputan kawin yang teman terima... Hari sabtu kat umah 9W2MDY Pak Madi yang menyambut menantu di Sek.24 Shah Alam... Maaf gambar kat sana tiada...ramai rakan Ham yang hadir...duduk satu meja dengan teman 9W2YR,9W2ZHK,9W2XLT,9W2BHL,9W2AJL...teman pun tak ingat...pasal ramai yang come and go...cuma nama diatas je yang tunggu sampai pukul 4...sebelum bersurai...

Lepas majlis tu...Apie ajak tengok wayang...sebenarnya XYL teman yang nak nenggok...saja umpan anak...

28.06.2009

Bersama keluarga dari Klang menuju ke Dewan Datuk Ahmad Razali di Ampang untuk menghadiri majlis persandingan sahabat sekerja...Segak rakan teman tu...selalu selekeh... he...he...he...ia la time keroja... Tapi yang teman tak tahan tu...selalu suara dia je yang kuat ... dimajlis tu... bila nak mengucapkan terima kasih pada rakan yang hadir...halus lak suara dia... macam tak keluar suara pun ada...Praktis nak mengayat...kut... he...he...he...

Selesai jer majlis di Ampang ...teman terus bergerak ke Jeram Selangor pulak... menghadiri satu lagi majlis...rakan radio amatur...9W2RMK yang juga menamatkan zaman bujang...
Sampai agak lewat...TZE call tanya pegi ke rumah Khairul ke??? Teman pun masa tu On The Way...ajak pegi sekali...sembang di simplex masuk pulak APH...suruh tunggu...nak join jugak...
Sampai dirumah pengantin lebih kurang pukul 6... Pengantin nak potong kek... Sedap pekena nasi beriani gam...sampai dua kali tambah...

Dekat satu jam jugak lepak kat sana...dekat pukul 7 keluar dari Jeram... teman menuju ke Tanjung Karang untuk menghantar Apie balik... setelah melepaskan lelah dan mandi... teman bergerak menuju ke Taiping...agak awal dari kebiasaan... sebabnya...linking transnasional terputus...teman kalau tak tekan PTT sambil mobile...ngantuk...

Sampai di Taiping dalam pukul 12.30am...dengar kat simplex v20...rakan-rakan bereyeball diWan Seafood...bersama 9M2JEN...teman pun join...Sampai dalam kem dekat-dekat pukul 2.00am...Terus bongkang...keletihan...he...he...he...


p/s Kepada semua pasangan yang melangsungkan perkahwinan
TEORI MANDI JUNUB DAH BELAJAR....
SEKARANG LAH MASANYA UNTUK
MEMPRAKTIKANNYA...he...he...he...