Setia Bersama Misai Tanglooong

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Anak Buah Teman,,,


Bosan betul teman minggu ni,,, rakan sekerja dah dapat offer kerja lain,,, hari Jumaat minggu lepas hari terakhir beliau bertugas,,, setahun setengah ada rakan sekerja,,, sekarang ni teman keseorangan,,, dah rezeki dia,,, orangnya pun masih muda,,, jauh lagi perjalanan beliau,,,
Selamat bertugas di tempat baru Shareel,,, semoga persahabatan berpanjangan,,,

So,,, boring,,, capai laptop,,, layan gambar-gambar lama,,, tertarik pulak teman nenggok gambar anak buah teman,,, saja update entry untuk anak buah pulak,,, dalam keluarga teman,,, banyak lelaki,,, so,,, bila dapat anak buah pompuan ,,, best,,,

Anak buah teman la ni,,, ada 15 orang,,, bila-bila masa jer dalam minggu ni akan bertambah sorang lagi,,, paling besar,,, 16 tahun,,, paling kecik,,, setahun kut,,, mula-mula yang keluar ramai lelaki,,, pastu,,, baru la keluar yang pompuan,,, ada 6 orang semuanya,,,






Yang ni nama dia,,, Hani,,,
Mula-mula memang tak nak dengan semua orang kecuali mak bapak dia jer,,,
Sekarang dah ok dengan teman,,,



Hat ni pulak Cicha,,, adik kepada Hani,,,
masih malu-malu kucing dengan teman,,,
umur setahun lebih,,, minggu ni dapat adik pulak kut,,,



Yang ni pulak Nana,,,
pun sama,,, malu-malu kucing lagi,,,



Ada 3 orang lagi yang pompuan,,, gambar tak de dalam simpanan,,,
Darling,,, Farisha dan Farina,,,

Tuesday, December 1, 2009

Percutian Keluarga ke Genting Highlands,,,


Hari Sabtu kami sekeluarga bergerak menuju ke Genting Highlands setelah beberapa kali tertangguh kerana masing-masing sibuk dengan tugasan,,,



Antara gambar yang Apie ambik untuk kenangan beliau,,,

Sendiri posing,,,


Anak buah teman,,,


Amira dan Apie,,,


Baru sampai ke Station Skyway,,,




Dalam Skyway bersama keluarga,,,


Menuju puncak,,,


Manja beyul XYL teman,,, maklum la,,, jarang berjumpa,,,



Gambar ni pun Apie sendiri posing,,,


Sapa tak sayang B1N1 oooiii,,,

Posing,,, jangan tak posing,,,



Percutian teman terpaksa dipendekan kerana menerima berita pulangnya ke rahmatullah pakcik teman di Taiping,,, teman, XYL dan Apie bergegas balik ke Cheras unyuk mengambil Ayahnda teman untuk menziarahi keluarga diTaiping,,,



Semoga allahyarham Hj Ahmad Rafie dicucuri rahmat dan ditempatkan kedalam golongan orang yang soleh,,,

,,, amin

AL-FATIHAH

Monday, November 9, 2009

XTVT Hari Cuti Teman,,,

Ahad 8.11.2009

Walimatul Urus Di Banting,,,



Teman dan XYL ,,,


Mak Mentua teman dan Apie ,,,


My Sweet Family,,,


Sedang menjamu selera,,,


Bapa Mentua teman bersama tuan rumah,,,

Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kawin,,, kali ni bawa bapa dan mak mentua teman ke Banting untuk menghadiri satu lagi majlis Walimatul Urus,,, rakan lama bapa mentua teman yang dah berpindah ke Banting,,, kebetulan pula,,, abang kepada Tuan rumah merupakan Pegawai Pemerintah bapa mentua teman masa dalam tentera,,, bapa mentua teman dah pencen,,, last rank Pegawai Waran,,,

Kalau nak tau kenapa teman sentiasa berambut pendek dan botak,,, bapa mentua teman walaupun dah pencen tapi disiplin dalam tentera masih diamalkan,,, masa mula-mula nikah dulu,,, memang teman bela rambut agak panjang,,, pastu B1N1 teman bisik mengatakan Abah tak suka berapa suka Abang rambut panjang,,, hati panas punya pasal,,, dah hampir 13 tahun,,, teman botak,,, sekarang tak de bunyi-bunyi lagi dah,,, he,,, he,,, he,,,


-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu 7.11.2009

10.00pm Rumah ku Syurga ku


Pemandangan dari dalam rumah teman,,,
pernah teman transmitt guna handy antenna double ducky jer 5 w
sampai ke Labuhan Batu, Sumatra, Indonesia
lebih dari 300' dari aras bumi,,, he,,, he,,, he,,,


Apie merehatkan badan setelah penat berkayuh,,,


Jentera teman dan Apie,,,


Jentera XYL teman,,,


Pagi Sabtu ,,, teman dan Apie mengayuh kat Puncak Alam,,, teman bangun agak terlewat sikit,,, dah berjanji dengan GTR 5zal ,,, pukul 8.30am akan bertemu di Petronas Puncak Alam,,, masa mobile teman call 5zal ,,, nak bagitau yang teman akan lewat sikit,,, rupa-rupanya 5zal pun baru bangun tidur,,, malam tadi ada tugasan dan balik lewat ,,,

So,,, teman pun bagitau kat 5zal,,, tak pe ,,, teman dan Apie dah hampir sampai,,, jadi akan teruskan kayuhan tu,,, 5zal cakap,,, tunggu kat kedai tepi jalan kat Bukit Cerakah,,, nak cover tak dapat berkayuh ,,, jadi open table sarapan pagi,,,

Lebih kurang 20 minit 5zal and family muncul kat kedai tu,,, bersarapan sekali,,, sembang lebih kurang,,, dalam pukul 10.00 am teman pun mula berkayuh dari Petronas Puncak Alam bersama Apie,,, masuk kat Felda Bukit Cerakah kemudian keluar menuju ke arah Meru,,, sampai kat simpang Kampung Tengah,,, bermula la sessi mendaki,,,,

Jalan kat Kampung Tengah tu memang best,,, layan mendaki,,, kalau tak silap ada 7 ataupun 8 puncak untuk didaki,,, ada 3 puncak yang orang kata boleh tahan la,,, sebelum sampai ke simpang Kem Bina Semangat Meru,,, teman dan Apie berhenti melepaskan lelah,,,

Kalau ikutkan hati nak teruskan kayuhan melalui lebuhraya Attantuya,,, tapi memikirkan teman bawa Apie,,, dan jam pun dah menunjukan pukul 11.30am,,, dah tentu lebuhraya Attantuya banyak kenderaan berat/lori,,, teman batalkan hasrat tu,,, mikirkan keselamatan,,, teman dan Apie berpatah balik melalui jalan tadi untuk ke Puncak Alam,,,

Selalunya,,, teman rasa bukan teman je mikirkan demikian,,, kalau berkayuh melalui jalan yang sama ,,,, mesti tension,,, pasal kita dah tau laluan yang akan ditempohi,,, ahhh,,, harung jugak la,,, Apie masa jalan balik dah mula menunjukan keletihan,,, tapi ,,, teman salute,,, semua bukit dia tak tolak basikal,,, teman nak cari stamina,,, bila jumpa bukit teman henjut je,,, tinggalkan Apie dibelakang,,, bila teman sampai kat puncak,,, teman turun balik ke bawah,,, temankan Apie sambil ajar guna gearing yang betul,,,

Akhirnya dalam pukul 12.30pm sampai kembali kat Petronas Puncak Alam,,, selesai jugak kayuhan sejauh hampir 28 km,,, ophhhh,,, lupa pulak ,,, maaf gambar tak de,,, tertinggal kamera cap ayam teman tu masa kelam kabut nak bergerak ke Puncak Alam,,, Apie angin je,,, dah la penat berkayuh,,, gambar pulak tak de,,, janji dengan Apie minggu depan kita kayuh lagi kat sini,,,

Habis berkayuh pekena rojak dan cendol kat bulatan Ham Puncak Alam,,, hangpa tanya kat rakan-rakan Puncak Alam kenapa depa bagi nama tu,,, turut serta GTR 5zal, JIZ Iskandar , VIP Din dan ,,, Allah lupa pulak callsign Kamal,,,

Habis makan teman terus ke Setia Alam menguruskan urusan VZO,,, call JEN,,, lepak pulak kat Restoran Sri Melur Setia Alam,,, sembang kosong ,,, tapi yang tak bestnya,,, Apie pecah komplen kat JEN,,, Abah ni lepas kayuh jer,,, asik makan jer,,, mana nak kurus,,, perut makin buncit,,, Apie ni dia monitor blog teman,,, so,,, dia tau xtvt teman,,, hmmmm,,, harmonik pun tau mengata kat Abahnya,,,

Dalam pukul 4.50pm,,, teman bergerak balik menuju ke Klang,,, singgah rumah mak lang dan mak ucu teman kat Kampung Sungai Udang,,, jumpa pulak sepupu dan anak-anak sedara,,, panjang jadi cerita,,, lepas Maghrib teman sampai kat rumah,,,



-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis 5.11.2009

Eyeball Wan Seafood



Meraikan SPO yang akan berhijarah ke Kuala Lumpur,,,



Antara rakan-rakan yang hadir,,,




Tahniah teman ucapkan kat SPO,,, kerana kenaikan pangkat,,, yang tak best,,, SPO Saiful terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur,,, hilang sorang rakan berkayuh,,, rakan-rakan lokalan Taiping akan menganjurkan majlis perpisahan pada 12.11.09 di kaki Bukit Larut,,, dan khabarnya ada kambing panggang,,, pergghhh,,, favorate tu,,, siap ada karaoke lagi bro,,, so,,, rakan-rakan Sri Manjung dan Sri Iskandar yang membaca entry teman ,,, mai turun Taiping,,, meraikan SPO Saiful,,, Simplex Channel V20 145.250,,,

Tuesday, November 3, 2009

Cukur Jambul Dan Walimatul Urus


Majlis Cukur Jambul Di Tanjung Karang,,,



Majlis ni diadakan diTanjung Karang,,, rumah atuk B1N1 teman,,, pada malam minggu lepas,,, haa,,, untuk XTVT teman masa balik minggu ini,,,

Yang bestnya,,, juadah kenduri ni,,, ada Nasi Ambeng,,, dah 2 - 3 kali teman tenggok orang-orang dikawasan ini ,,, bila buat kenduri,,, mesti buat Nasi Ambeng ni,,, SEDAP,,, MEMANG SEDAP,,,

Masa dah selesai cukur jambul ni,,, Nasi Ambeng ni,,, dihidangkan,,, bersama air dan kuih-muih,,, kalau nak tau nasi ambeng ni dihidangkan dalam 1 talam untuk 4 orang,,,
Lupa nak ambik gambar,,, so,,, depa makan kuih-muih jer,,, nasi ambeng ni,,, depa belah 4 ,,, bungkus bawak balik umah,,, kalau dulu-dulu,,, mana ada plastik untuk buat bungkus,,, depa akan bungkus mengunakan daun pisang yang menjadi pelapik talam tu,,, sapa-sapa yang tak pandai nak bungkus guna daun pisang ni ,,, agak payah la sikit,,, teman pernah cuba buat,,, tapi TERBURAI balik nasi dan lauk-lauk tu,,, he,,,he,,,he,,, lawak ,,, lawak masa tu,,, Teringat teman kat majalah GILA-GILA,,, ada cerita pasal nasi ambeng ni,,,

Sekarang dah mudah,,, guna plastik jer bungkus,,,


-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Walimatul Urus Di Tanjung Malim,,,



Kumpulan Serambi ,,, kalau tak silap la,,, dari UiTM Shah Alam
Muzik depa,,, LAYANZZZZ


Kelainan yang ditampilkan,,, muzik etnik,,, memang best la,,,
Teman layan sungguh muzik depa ni,,,


Selamat Pengantin Baru ,,, Semoga Kekal Ke Akhir Hayat,,,



Sessi Wajib,,, Karaoke,,,


Berduet dengan adik no 5 teman,,,


BN1N1 teman yang cukup-cukup sporting,,,
,,, B1N1 World ,,,


Teman cam teringin dok atas pelamin tu,,,he,,,he,,,he,,,


Apie and Echa


Teman dah agak senang sekarang ni,,, bukan apa,,, bab tangkap gambo majlis ,,, dah boleh serah kat Apie,,, kalau B1N1 teman suruh ambik gambo jer,,, teman akan panggil Apie jer,,, eh,,, eh,,, Bukan teman dera Apie,,, dah dia minat,,, boleh dikatakan hampir semua gambar-gambar diatas Apie yang ambik,,,

Aduhai,,, kengkawan nak tolak 2oo tu,,, belum,,, belum,,, belum ada keupayaan teman lagi,,, tenggok la,,, ada rezeki nanti,,, akan teman sambor jugak,,, Apie dah minat pasal tangkap-tangkap gambor ni,,, tak nak nanti minat tu separuh jalan jer,,,


Monday, October 26, 2009

XTVY Hari Minggu


Walimatul Urus Anak Saudara


Dendangkan lagu khas buat pengantin
KEKASIH AWAL DAN AKHIR



Selamat Pengantin Baru
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT



Dah besar anak saudara teman,,, tapi masih manja dengan teman,,,
Kakak dan Adik


Syifa


Keluarga Pak Long teman,,,
Besor dah anak Kak Ani yang 2 orang tu,,,
duduk belah kiri,,,


---------------------------------------------------------------------------------

Hari Sukan Sekolah APIE



Apie dengan medal



Meraikan kemenangan



Penyampaian Hadiah



Apie bersama rakan-rakan rumah PLUTO


Apie,,, first of all,,, Abah nak minta maaf,,, pasal terlewat datang tengok majlis perbarisan dan lafaz ikrar sukan yang Apie lakukan,,, dengar cerita Apie ada sikit gigil masa memimpin lafaz ikrar tu,,, tak dapat Abah tengok keGIGILan Apie,,, he,,,he,,,he,,,

Ini merupakan Sukan Sekolah Rendah yang terakhir Apie sebelum melangkah ke Sekolah Menengah tahun depan,,, at least,,, Abah tengok Apie enjoy masa hari sukan tu,,, masuk banyak acara ,,, tapi tak menang,,,macam tahun lepas,,, dikhabarkan mengalami kecederaan kaki,,, tak pe,,, tahun depan boleh tunjuk bakat kat sekolah menengah pulak,,,

Tapi yang paling syok Abah tengok ,,, ramai aweks yang cun tegur Apie,,, he,,,he,,,he,,,
Cam Abah dulu-dulu lak,,, he,,,he,,,he,,,