Setia Bersama Misai Tanglooong

Thursday, February 25, 2010

Kisah Dulu,,, Duuuluuu,,,


Mengimbau Kenangan Lama 2


Kisah zaman ROCK KAPAK,,, masa jadi Body Guard Artis,,, banyak gambar tak sampai kat tangan teman,,, maklumla,,, pakai kamera orang,,, mana yang ada teman uploadkan,,,
Merata berjalan,,, konsert sana,,, konsert sini,,, konsert situ,,,


Ada macam abang adik ker,,,
he,,,he,,,he,,,


Hat ni,,, geng chekedondon mesti hangat hati ni,,,
yaaa,,, gelek bang,,, gelek baaannnggg,,,


Kumpulan Exist,,,


Yang ni,,, kecik molek jer orangnya,,,


Tak tau kumpulan ni masih wujud,,, or,,,


Bersama rakan baik teman,,,
9W2OZZ Sha,,,

Trexia,,,
nanti teman balik Klang or Kg Cheras Baru,,,
nak selongkar gambar zaman sekolah dan zaman ROCK KAPAK pulak,,,

Tuesday, February 23, 2010

Sri Iskandar Jamboree,,,


Jamboree Pertama Apie,,,

Pada 21/2/2010 telah berlangsung Jamboree Sri Iskandar,,, teman bersama Apie turut serta menyerikan acara tersebut,,, trek secara keseluruhan memang tough,,, kata rakan-rakan yang menghabiskan ke lima-lima checkpoint,,, teman dan Apie hanya merasa cabaran sehingga ke check point ke 3 saja,,, kali pertama Apie masuk offroad,,, teman tengok naik hijau muka dia,,,
macam kejutan bagi Apie,,, selalu kayuh on road jer,,, masa nak masuk ke jalan check point 4,,, teman dah berkira-kira,,, kalau diteruskan juga,,, takut apa-apa hal nanti,,, tak de chicken loop dah,,, pastu kalau masuk juga,,, comform sampai masa orang dah runtuhkan khemah,,, jadi ambil keputusan cukup lah untuk Apie sampai check point 3 saja,,,

InsyaAllah masuk Jamboree lain nanti,,, mungkin Apie dapat habiskan keseluruhan trek pulak,,,
Apa pun memang tak banyak gambar,,, Abg Vic dan Emiza dah jauh kehadapan,,, Tahniah untuk Emiza dapat no 13,,, kalau tak pasal tayar pancit,,, comform no 5 dalam tangan,,, juga untuk Abg Vic,,, tahniah habiskan 5 check point,,, teman tak nak bagi alasan pasal Apie,,, nanti hangpa tembak teman jugak,,, tak bagi alasan pun kena tembak,,,

Janji tak naik LORI,,,

he,,,he,,,he,,,





Digarisan permulaan,,,


Apie dan Emiza,,,


Masa ni Apie cergas lagi,,,
sebelum check point 2,,,


Ambil angin sebelum panjat bukit,,,
Acara Mai Tolak Basikal,,,
BERMULA,,, he,,,he,,,he,,,


Berehat lagi,,,


Terserempak dengan 9W2RMT Rahmat,,,
bersama team beliau,,,
dalam banyak-banyak tempat,,,
kat dalam hutan sawit kita bersua muka,,,
he,,,he,,,he,,,


Check point 2,,,


Bagi kata-kata semangat sebelum ke check point 3,,,


Apie cram sebelum sampai ke check point 3,,,


Bertemu dengan 9W2NDB Lizam dan 9W2RKM Kimi,,,


Kat check point 3,,,
downhill,,, pastu ada jumpa chicken loop sebelum check point 4,,,
keluar ikut jalan raya,,,


Digarisan penamat,,,


Tahniah untuk Apie,,,
Sampai juga Check point 3,,,
ramai juga yang chicken loop kat check point 2,,,


Teman dan Abg Vic,,,


Apie tunggu cabutan bertuah,,,


Apie, Kimi, teman dan Kaswan,,,


Teman, Kaswan dan Abg Vic,,,


Thx kat Abg Vic atas tunjuk ajar unyuk edit gambar diatas,,,

Jumpa di PERLIS RUN10 nanti,,,

Saturday, February 20, 2010

Kayuhan Longgar Kepala Lutut,,,

18/2/2010

Menara Lake View Dan Bukit Scot,,,


Dah hampir 3 minggu tak berkayuh,,, kayuhan terakhir diLangkawi tempohari,,, sesak jugak nafas kayuhan hari ini,,, untuk longgarkan kepala lutut,,, takut nanti tersangkut kat Jamboree Sri Iskandar pada 21/2/2010,,, yang mengujakan teman,,, jamboree kali ini akan turut disertai oleh Apie,,, bujang teman,,, kira jamboree yang pertama bagi Apie la,,,

So,,, Apie pun dah lama tak berkayuh dan juga baru sembuh dari demam campak,,, kayuhan santai jer petang tadi,,, tarmax jer,,, naik ke menara Lake View dan juga Bukit Scot,,, betul ker ni,,, Ayahcho,,, kalau salah eja Bukit Scot tolong perbetulkan yer,,,



Apie kat Menara,,,


Puncak Bukit Scot,,,


Berlatarbelakangkan Pekan Kamunting,,,


Berlatarbelakangkan Pekan Taiping,,,


Menuruni Menara diLake View,,,



16/2/2010

Kayuhan Bukit Ma Ka Tiong,,,


Patutlah ramai riders dok maki Jamboree Taiping tempohari,,, teman dan VZO Jamil sebelum buat kayuhan ke Pak Bara, Satun,,, ada cuba trek yang kat menara Lake View jer,,, rupanya cabaran kat Bukit Ma Ka Tiong lagi HAMPEHHH,,,

Masalahnya nak turun ke Bukit Burmese tu,,, tak de trek yang sesuai,,, tu yang kena heret basikal masa downhill,,, tak der upah langsung,,, teman cuba nak rasa kembali macamana keperitan riders masa Jamboree tu,,,

Bersama VZO Jamil, ONK Ongah, DMG Megat, Along ( anak Jamil ) dan Apie mula berkayuh dalam pukul 5.30pm,,, mula panjat Bukit Ma Ka Tiong dalam pukul 6.00pm,,, dah panjat separuh,,, Megat dok gatal turun balik nak beli roti dan air bagai,,, tunggu tak sampai-sampai,,, baru nak berkayuh lagi,,, terdengar suara Megat dan Ongah dah sampai,,, jadi teruskan kayuhan ke sempadan pokok getah,,, selepas itu adegan menyeret basikal bermula,,, hari pulak semakin gelap,,, lampu pun tak bawak,,,

Kalau semua riders dewasa,,, teman tak kisah,,, tapi bawak budak,,, kat dalam hutan dan suasana semakin gelap,,, membuatkan teman risau,,, dah la anak sorang je,,, akhirnya setelah menempuh kesukaran,,, berjaya keluar ke Bukit Burmese dalam pukul 8.30pm,,, Alhamdulillah,,, semua selamat dengan 4 rider bercalar lengan dan lutut akibat terjatuh,,,



Along, Apie dan Jamil,,,

Jamil dan Apie,,,


Along, Jamil dan Apie,,,


Tengok perut teman,,,
3 minggu jer tak kayuh,,,
semakin membesar,,, he,,,he,,,he,,,


Megat kat dalam hutan dok menyumpah ,,,


Kesabaran dan ketahanan mental penting,,,

Wednesday, February 17, 2010

Eyeball, Walimatul Urus dan,,,

13/2/2010

Eyeball Di Kerayong

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak bertemu dengan 9M2MZR dan 9M2FRD serta rakan-rakan lokalan Kerayong,,, pada 13/2/2010 yang lalu,,, itu pun kerana sepupu teman dapat orang Kerayong,,, he,,,he,,,he,,, kalu tak entah bila lah dapat bersama mereka,,, kalau dah jodoh bertemu jua,,,

Terlebih dahulu ribuan terima kasih teman ucapkan untuk 9W2JOP Cikgu Joe kerana mencarikan homestay untuk keluarga teman,,, dan tak lupa juga untuk 9W2PLG Pak Lang kerana membantu kereta sepupu teman yang mengalami kerosakan sebelum tiba ke Kerayong,,,

Setelah selesai membaiki kereta sepupu teman,,, kami dok minum kat De Green Cafe yang juga rakan radio amatur,,, kemudian muncul rakan-rakan lokalan Kerayong satu persatu,,, lupa pulak teman,,, petang semasa teman sampai ke Kerayong,,, teman disambut oleh Mazru, Firdaus, Azam ( 9M2AZM ) Maza ( 9W2AZA ) dan Pak Lang,,, terharu ler kejap,,, dapat berpelukan dengan Mazru dan Firdaus,,,

Malam tu pulak tak sangka dapat bertemu dengan 9W2MEZ dan 9W2REJ Rudy,,, ramai la jugak yang sudi bereyeball dengan teman,,, antaranya 9M2AZM Azam, 9W2EHM Didi, 9W2TWH Saidin dan Tokey kedai PR GRC Arif,,,



Ayahnda teman, Firdaus, Mieza,Rudy dan Teman,,,


Pak Lang, Azam, Didi, Saidin,,,
kat depan tu sepupu teman,,,


Mazru, Apie dan Firdaus,,,
seronok Apie dapat jumpa dengan Mazru,,,

14/2/2010

Majlis Walimatul Urus

Pada sebelah pagi,,, teman dan keluarga sempat bersarapan di kedai Bonda Rudy,,, kat sini pulak teman berpeluang bertemu dengan 9W2RBY Kak Ruby Bonda kepada Mazru, Maza dan Firdaus,,, juga 9W2YBC Kak Ani,,, sedap nasi lemak dan roti canai kat kedai tu,,, terima kasih kerana membayarkan sarapan pagi teman sekeluarga,,,

Selepas itu,,, majlis Akad Nikah pun dijalankan,,, sepupu teman Shahir dan juga rakan kayuhan,,, selamat diijabkabulkan dengan dara pinggitan Kerayong,,, Alhamdulillah sekali lafaz jer,,,
termetri sudah ikatan zahir dan batin,,, semoga kekal hingga ke akhir hayat,,,


Majlis Akad Nikah,,,


Teman, Firdaus, Apie dan Didi,,,


Apie, Firdaus, teman dan Pak Lang,,,


Cumi, Shahir, isteri dan teman,,,


Teman sekeluarga dan pasangan Pengantin,,,


Sebelum bergerak balik ke Taiping,,, sempat singgah di Kerayong/Bera Water Front,,, untuk mengabadikan kenangan di Kerayong,,, bak kata Firdaus,,, kalau tak singgah kat sini,,, belum sampai kat Kerayong lagi lah,,,

Apie dan Mama,,,


Abah dan Mama,,,


Waris Walak teman,,,


Teman sekelurga,,,


Tenang dan damai Sungai Pahang,,,


Semasa kat Lebuhraya Pantai Timur,,, Apie nampak awan seperti orang sedang sujud,,, apa lagi,,, teman suruh ambik gambar lah,,, bukan senang dapat tengok tanda-tanda kebesaran Allah,,,


Nampak tak,,,


Teman suruh Apie ambik gambar Close up,,,
baru nampak jelas,,,

Selepas hantar Ayahnda teman ke Kg Cheras Baru kuala Lumpur,,, teman bergerak ke Klang,,, ambik baju yang dah dicuci dan mandi,,, teman sekeluarga bergerak ke Taiping,,, pkul 6.30 am baru sampai kata Taiping,,,
lena sampai tengahari,,,