Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, February 9, 2010

Kenangan Di One Phanthom Bank,,,

Mengimbau Kenangan Lalu,,,

2, 3 hari ini agak sibuk dengan tugasan,,, balik pun dalam pukul 7.30-8.00 pm,,, jadi XTVT kayuhan tak dapat dilakukan,,, Balik ke Klang tempohari ,,, ingat nak berkayuh dengan Apie,,, dah dia kena demam campak,,, terpaksa melepak jer kat rumah,,,

So,,, dalam mengemas barang-barang personal teman,,, terjumpa gambar-gambar lama,,, termasuklah gambar untuk N3 ini,,, bukan apa teruja tengok geng CHEKEDONDON aka Unipro Fishing Club dok meraih hasil pancingan yang lumayan masa trip ke Pulau Jarak,,, dan juga 1 blog JOM MEMANCING yang mengusik kenangan teman semasa aktif dengan XTVT memancing disekitar perairan Port Klang,,,

Selat Kering, Selat Mat Zain, Sarang Helang, Laluan Bot, Sangkar Pulau Ketam dan West Port adalah antara tempat permainan teman untuk memancing,,, TAPI,,, disebabkan kekangan masa dan tempat bertugas yang jauh ni,,, XTVT memancing ditukar ke XTVY berkayuh untuk menjaga kesihatan pulak,,, XTVT memancing masih tersemat disanubari teman,,, mana boleh lupa XTVT yang menenangkan jiwa dan perasaan,,, seumpama bersatu dengan alam,,, kena pulak masa matahari nak menerbitkan diri disubuh yang hening,,, sungguh indah,,, ehhh,,, bersastera pulak teman,,,

Salah satu tempat favourate teman,,, ONE PHANTHOM BANK,,, kalau rakan-rakan dikawasan Port Klang mesti tau tempat ni,,, laluan kapal dan terletak diperairan antarabangsa bersempadan dengan negara jiran,,, Indonesia,,,

Kalau tak salah teman,,, 2 kali jugak teman sampai kat tempat ini,,, itupun,,, ikut syarikat kawan teman yang dapat kontrak servise Air-Cond di Rumah Api One Phanthom Bank,,, depa dok buat kerja,,, teman layan memancing ler,,, biasanya,,, dapatlah layan mancing sehari semalam,,, kunjungan pertama dapat ikan jenahak 2, 3 ekor dan yang banyak ikan pot-pot, tamban dan selangat,,, layan Apollo la,,,

Kenangan semasa kali pertama yang tak dapat teman lupakan,,, masa tengah layan tarikan dari Sang Jenahak,,, syok layan,,, tiba-tiba rasa cam ikan tu dok junam diri untuk last kopek punya power,,, pastu,,, rasa kosong jer,,, ingat dah terlepas ker,,, tarik rasa berat ada lagi,,, naik jer semua yang ada dok gelak,,, tinggal kepala jer,,, badan dah kena rembat dengan Alu-Alu,,,
jadi la ,,, malam tu kami buat kari kepala ikan jenahak,,,he,,,he,,,he,,,

Alu-alu kat sini memang besar-besar,,, hulur ikan tamban hidup,,, lalu depan muka jer,,, jeling pun tak,,, panas jer hati,,,

Kunjungan kedua,,, kawan teman ada bawak kamera,,, jadi dapatlah bergambar kenangan ditempat larangan ini,,, dan hasil yang memberangsangkan,,, selain dari main Apollo,,, dapat rekod peribadi,,, 2 ekor Talang,,, sekor dalam 5 kg dan sekor lagi dalam 8 kg,,, anggaran sahaja sebab tak ada penimbang,,, jadi ,,,

LAYANZXZZZ,,,




Man, Mat Tarmizi dan teman,,,
semasa dalam perjalanan ke One Phanthom Bank,,,
Sewa bot naik kat Jeti Port Klang,,,


Hasil hari pertama,,, Talang 5 kg,,,
kat belakang tu,,, Rumah Api,,, Canggih tempat ni,,
nak cerita lebih-lebih tak boleh,,,
termasuk dalam O.S.A,,,

Lepak sambil memancing atas jeti Rumah Api,,,


Rezeki dipagi hari kedua,,, Talang 8 kg,,,

Semasa bergerak balik ke Jeti Port Klang,,,
masa ni naik kapal Polis Marin,,,
KD apatah,,, lupa teman,,,


Ada 2 Rumah Api kat belakang teman,,,
Yang belah kiri tu,,, umah Api Lama,,, tak digunakan lagi,,,
Disebelah kanan tu,,, yang baru punya,,, nak cerita,,, tapi ,,,
takut kena tangkap pulak,,,


Dapat merasa naik kapal Polis Marin ni pun pasal ombak kuat masa ni,,, kapal/ bot kecik tak boleh rapat ke jeti,,, pernah terjadi bot pecah dipukul ombak masa nak rapat ke jeti,,,

OMBAK PUNYA PASAL,,,

DAPAT LA TEMAN MERASA NAIK KAPAL NI,,,


he,,,he,,,he,,,




No comments:

Post a Comment