Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, February 12, 2010

XPDC Berakit RPS Betau ke Kuala Medang,,,

BoldMengimbau Kenangan Lalu 1,,,

N3 kali ini merupakan salah satu XTVT teman dimasa lalu,,, sekadar nak berkongsi info,,, maklum ler,,, dulu tak der blog,,, tu yang nak masukan juga gambar-gambar kenangan lama teman,,, Xtvt berakit ni dari tahun 1998 teman dah meneroka kawasan RPS Betau ni,,, kalau dulu nak masuk kawasan ini,,, memang teruk,,, dari Sungai Koyan terpaksa menaiki kenderaan pacuan 4 roda baru boleh sampai,,, tapi sekarang dah mudah,,, ada highway yang merentasi kawasan ini,,, jadi mudah untuk ke sana,,,

XTVT ini dah dekat 5-6 tahun juga teman tinggalkan,,, ialah,,, kekangan masa dan pekerjaan yang membatasi teman untuk meneruskan XTVT lasak ini,,, kalau dulu,,, XTVT outdoor merupakan kegiatan biasa teman,,, sekarang beralih ke XTVT kayuhan pulak,,,

Dibawah ini teman rasa tahun 2005 kut,,, terlaksana,,, so kepada,,, grop buah-buahan iaitu pisang,manggis,nangka dan lain-lain yang membaca N3 ini,,, lu orang memang marvelouse,,,
mereka ini merupakan anggota kelab rekriasi Maybank KL,,, ada masa boleh kita repeat balik XTVT berakit ni lagi,,, dan satu lagi gambar korang kat uncak Kinabalu bergambar pakai baju Kebaya and Baju Melayu tu,,, kalau boleh email kat teman,,, satu kelainan and teman tabik spring 3 X untuk korang wehhh,,,






Berkumpul sebelum menuju ke RPS Betau,,,
Chiko, Nangka, Kancil, Manggis dan Pisang,,,


Sedikit taklimat sebelum bergerak,,,
Rashid, Latif, Sha, Teman,Tony dan Roy,,,


Anak Tok Batin RPS Betau,,,
masa tahun 1998 dulu,,, dia ni masih kecil,,,
lari bogel keliling kampung,,,he,,,he,,,he,,,


Teman kat rumah sewang,,,
nampak jer camtu,,, 40 orang naik tak runtuh bro,,,
masa menari sewang lagi tak ingat,,,


Alunan muzik Orang Kita,,, mengasyikan,,,


Yang teman ingat dalam gambar ni,,,
Black, Sha dan Ramli,,,


Menunggu masa nak bersewang,,,
bukan berewang hahhh,,, he,,,he,,,he,,,


Lupa la pulak,,, yang teman ingat Chiko jer,,,
pasal sama-sama sampai ke Puncak Kinabalu,,,




Chiko dok layan irama lagu traditional,,,


Baru nak mulakan XPDC Berakit,,,


Semua happy jer,,


Teman kena pakai 2 baju life jaket,,,
Kalau pakai 1,,, jawapnya,,, tengelam timbul ler,,,


Ni pintu masuk ke canopy hutan,,,


Berehat ditenggah belantara,,,


Inilah canopy hutan yang teman bagitau tadi,,,
lebih kurang 70 meter jugak la panjangnya,,,
laluan seperti melalui gua,,,
pokok dari tebing ke tebing bercantum membentuk laluan yan sungguh cantik,,,


Cantik tak,,,laluan ni,,,
Roy, Chiko dan Amin,,,

Ni dah tak jauh lagi nak sampai ke Kuala Medang,,,


Naik lori menuju ke Dewan Orang Ramai Sungai Koyan,,,
Nangka,Pisang,Manggis,Kancil,,,

Lupa pulak nak bagitau,,, masa XPDC ni dijalankan,,,
adalah program sempena Menyambut Kemerdekaan,,,
So,,, malam tu setelah selesai Menyambut Kemerdekaan bersama orang Sungai Koyan,,,
XTVT karaoke la pulak,,,
Teman dan Kancil tengah melalak,,, mana lah siKancil ni,,,
lama tak dengar cerita,,,

Masa dalam bas menuju ke Kuala Lumpur,,,
XTVT main colek,,, sapa kalah kena sapu bedak kat muka,,,
kecoh kitaorang masa ni,,,
Dengar cerita Pisang dah bertunang,,, jemput la Abg Bo nanti ye,,,


Bergambar kenangan dengan orang Sungai Koyan,,,

Ada satu cerita yang melucukan masa pagi tu,,, grop orang pompuan buat senam robik kat dalam dewan,,, berlatarkan muzik,,, zzzz,,,,grohhh,,, zzzz,,, auwwwmmm,,,
Depa dok cari dari mana datang bunyi tu,,,

Rupa-rupanya teman tengah tidor kat dalam Rostrum,,,
ala,,, tempat orang berucap tu la,,,
kepala kat dalam rostrum,,, jawapnya,,,
jadi macam loud speaker ler,,,

he,,,he,,,he,,,


Jadi,,, Tidor ler kamu sebelum Teman tidor,,,

Kembali Kerahmatullah,,,


Hari ini,,, teman agak sibuk dengan tugasan,,, sampai terlewat nak makan tengahari,,, masa nak order makanan kat kantin dalam pukul 2.30pm,,, teman dapat panggilan talipon dari XYL,,, ada berita yang membuatkan teman terus hilang selera nak makan,,,

Abg,,, wan dah sampai hukum,,,

innalillahiwainalillahirajiun,,,

terus teman jumpa dengan PYB,,, bagitau teman terpaksa balik ke Tanjung Karang,,,

Setelah berkemas lebih kurang,,, dalam pukul 3.00pm,,, teman terus drive balik ikut jalan pantai,,, ingat nak besit,,, tapi bila tengok ada kereta bagi lampu high beam,,, baru teman teringat,,, OPS SIKAP dah bermula,,, terasa lambat perjalanan teman,,,

Sampai di Sungai Terap dalam pukul 6.45pm,,, jenazah telah selamat disemadikan,,,



Gambar diambil masa Hari Raya Aidil Adha,,,

Semasa hayat neneknda,,, teman,,, suka nyakat beliau,,, selama 15 thn teman bersama XYL,,, selama itu jugak la,,, teman mengenali neneknda,,, suka berjenaka,,, baik,,, ahhh,,, terngiang-ngiang jeritan neneknda memarahi teman,,, bila disakat,,,

Ya Allah Ya Tuhanku,,,
Kau tempatkanlah Allahyarhamah Hajah Jamiah Binti Arifin,,,
kedalam golongan orang-orang yang soleh dan beriman,,,
Ampunkan segala dosa-dosanya,,,

Kepada rakan-rakan yang membaca N3 ini,,, diharap dapat menyedekahkan AlFatihah kepada neneknda teman dan orang-orang yang telah mendahului kita,,,

AL-FATIHAH,,,

Tuesday, February 9, 2010

Kenangan Di One Phanthom Bank,,,

Mengimbau Kenangan Lalu,,,

2, 3 hari ini agak sibuk dengan tugasan,,, balik pun dalam pukul 7.30-8.00 pm,,, jadi XTVT kayuhan tak dapat dilakukan,,, Balik ke Klang tempohari ,,, ingat nak berkayuh dengan Apie,,, dah dia kena demam campak,,, terpaksa melepak jer kat rumah,,,

So,,, dalam mengemas barang-barang personal teman,,, terjumpa gambar-gambar lama,,, termasuklah gambar untuk N3 ini,,, bukan apa teruja tengok geng CHEKEDONDON aka Unipro Fishing Club dok meraih hasil pancingan yang lumayan masa trip ke Pulau Jarak,,, dan juga 1 blog JOM MEMANCING yang mengusik kenangan teman semasa aktif dengan XTVT memancing disekitar perairan Port Klang,,,

Selat Kering, Selat Mat Zain, Sarang Helang, Laluan Bot, Sangkar Pulau Ketam dan West Port adalah antara tempat permainan teman untuk memancing,,, TAPI,,, disebabkan kekangan masa dan tempat bertugas yang jauh ni,,, XTVT memancing ditukar ke XTVY berkayuh untuk menjaga kesihatan pulak,,, XTVT memancing masih tersemat disanubari teman,,, mana boleh lupa XTVT yang menenangkan jiwa dan perasaan,,, seumpama bersatu dengan alam,,, kena pulak masa matahari nak menerbitkan diri disubuh yang hening,,, sungguh indah,,, ehhh,,, bersastera pulak teman,,,

Salah satu tempat favourate teman,,, ONE PHANTHOM BANK,,, kalau rakan-rakan dikawasan Port Klang mesti tau tempat ni,,, laluan kapal dan terletak diperairan antarabangsa bersempadan dengan negara jiran,,, Indonesia,,,

Kalau tak salah teman,,, 2 kali jugak teman sampai kat tempat ini,,, itupun,,, ikut syarikat kawan teman yang dapat kontrak servise Air-Cond di Rumah Api One Phanthom Bank,,, depa dok buat kerja,,, teman layan memancing ler,,, biasanya,,, dapatlah layan mancing sehari semalam,,, kunjungan pertama dapat ikan jenahak 2, 3 ekor dan yang banyak ikan pot-pot, tamban dan selangat,,, layan Apollo la,,,

Kenangan semasa kali pertama yang tak dapat teman lupakan,,, masa tengah layan tarikan dari Sang Jenahak,,, syok layan,,, tiba-tiba rasa cam ikan tu dok junam diri untuk last kopek punya power,,, pastu,,, rasa kosong jer,,, ingat dah terlepas ker,,, tarik rasa berat ada lagi,,, naik jer semua yang ada dok gelak,,, tinggal kepala jer,,, badan dah kena rembat dengan Alu-Alu,,,
jadi la ,,, malam tu kami buat kari kepala ikan jenahak,,,he,,,he,,,he,,,

Alu-alu kat sini memang besar-besar,,, hulur ikan tamban hidup,,, lalu depan muka jer,,, jeling pun tak,,, panas jer hati,,,

Kunjungan kedua,,, kawan teman ada bawak kamera,,, jadi dapatlah bergambar kenangan ditempat larangan ini,,, dan hasil yang memberangsangkan,,, selain dari main Apollo,,, dapat rekod peribadi,,, 2 ekor Talang,,, sekor dalam 5 kg dan sekor lagi dalam 8 kg,,, anggaran sahaja sebab tak ada penimbang,,, jadi ,,,

LAYANZXZZZ,,,




Man, Mat Tarmizi dan teman,,,
semasa dalam perjalanan ke One Phanthom Bank,,,
Sewa bot naik kat Jeti Port Klang,,,


Hasil hari pertama,,, Talang 5 kg,,,
kat belakang tu,,, Rumah Api,,, Canggih tempat ni,,
nak cerita lebih-lebih tak boleh,,,
termasuk dalam O.S.A,,,

Lepak sambil memancing atas jeti Rumah Api,,,


Rezeki dipagi hari kedua,,, Talang 8 kg,,,

Semasa bergerak balik ke Jeti Port Klang,,,
masa ni naik kapal Polis Marin,,,
KD apatah,,, lupa teman,,,


Ada 2 Rumah Api kat belakang teman,,,
Yang belah kiri tu,,, umah Api Lama,,, tak digunakan lagi,,,
Disebelah kanan tu,,, yang baru punya,,, nak cerita,,, tapi ,,,
takut kena tangkap pulak,,,


Dapat merasa naik kapal Polis Marin ni pun pasal ombak kuat masa ni,,, kapal/ bot kecik tak boleh rapat ke jeti,,, pernah terjadi bot pecah dipukul ombak masa nak rapat ke jeti,,,

OMBAK PUNYA PASAL,,,

DAPAT LA TEMAN MERASA NAIK KAPAL NI,,,


he,,,he,,,he,,,