Setia Bersama Misai Tanglooong

Thursday, September 17, 2009

Mengimbau Persiapan Menyambut Syawal


Lagi 3 hari umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1430,,, entah ngapa disubuh yang bening ni,,, teman terasa begitu syahdu jer,,, sambil melayan lagu-lagu hari raya yang berkumandang di corong radio,,, mungkin melayan perasaan rindu yang teramat sangat,,, dikala ni,,,

Biasa nya dimasa-masa ni la,,, di rumah teman tengah sibuk,,, dengan Bonda dan adik-adik membantu buat kuih raya,,, selalunya 8 hari terakhir la Bonda dah mula mengarahkan tentera-tenteranya yang seramai 8 orang membantu beliau,,, dari menjemur tepung hingga menyediakan segala peralatan untuk membuat kuih raya,,,

8 orang tentera beliau maka 8 jenis kuih raya la yang akan Bonda sediakan,,, dari kuih samperit, peanut butter, kuih ros, kuih bangkit, kuih mazola, kuih quiker oat, kuih tempeyek dan kacang botak,,, tu la jenis-jenis kuih yang biasa terhidang diatas meja jepun untuk dihidangkan kepada tetamu,,, tu juga la jenis kuih yang disukai oleh tentera Bonda sebenarnya,,,

Bonda tidak akan menghampakan tentera nya,,, yang seronok ,,, tentera yang membantu adalah 6 tentera lelaki,,, sementara 2 anggota wataniah lebih kepada mengemas rumah dan membasuh segala peralatan setelah selesai,,, maka kecoh la Bonda bila tentera lelaki ni lebih banyak cengkelatnya,,, suruh pukul telur sampai kembang,,, dulu mana ada mesin pengacau telur,,, semua dilakukan secara manual,,, sukatan pakai cawan jer,,, mana ada mesin timbang timbang ni,,, kemudian masukan tepung,gula,buttercup,,, kacau lagi,,, yang paling best masa menguli tepung bagi rata/mesra,,, pastu masukan tepung tadi dalam acuan,,, main tekan-tekan pulak,,, dah siap susun atas tudung periuk,,, kemudian dibakar,,, ingat lagi teman oven brand Butterfly warna hitam,,, kat depan tu ada cermin untuk tengok kuih yang dibakar tu,,,

Siap dibakar susun pulak dalam tin,,, bab tin ni,,, tak kira la tin milo ke tin susu dumex ke,,, semua tu dah siap basuh dan dilap kering-kering,,, baru dimasukan dalam tin,,, tapi lebih banyak yang masuk kat dalam mulut dari tin,,, mula la Bonda membebel ,,, ni kuih raya,,, kalau nak makan masa raya la,,,lagi satu ,,, bonda selalu pesan,,, kalau buat kuih ni hati kena ikhlas tak merungut,,, baru la kuih tu jadi sedap,,, dan jadinya pun cantik,,, nak buat apa-apa pun kena baca BISMILLAH dulu,,, Bonda turunkan ilmunya,,, susun pulak ada caranya,,, kena hati-hati,,, kalau tak kuih tu hancur jadi tepung balik,,, yang pecah tu pun masuk dalam mulut la jawapnya,,,
Membebel la lagi Bonda,,,

Lagi hampir nak raya lagi sibuk la Bonda mengarahkan 2 anggota wataniah,,, cuci karpet,,, tukar sarung kerusi,,, lap tingkap,,, lap dinding,,, tukar langsir,,, yang teman respect kat Bonda,,, langsir dan baju melayu serta baju kurung semua Bonda akan jahit sendiri,,, masa ambik ukuran 8 tentera beliau memang kecoh,,, suruh berdiri tegak,,, ukur kat leher,,, ukur panjang lengan,,, ukur pinggang,,, ukur panjang seluar,,, walaupun tentera Bonda banyak ngada-ngada,,, tapi Bonda tak pernah sentap-sentap atau berkasar,,, Bonda lakukan dengan lemah lembut,,, senantiasa senyum sambil berkata,,, setiap tahun mak ukur badan korang ni,,, dah semakin besar anak-anak mak,,,

Malam raya adalah malam yang paling sibuk,,, biasa nya Bonda akan agih-agihkan kerja,,, 2 orang rebus ketupat,,, 2 orang buat nasi himpit,,, 2 orang masak rendang,,, Bonda akan pusing-pusing tengok kitaorang buat kerja,,, yang teman rasa susah masa buat nasi himpit,,, korang tau kenapa dipanggil nasi himpit,,, sekarang ni mudah,,, rebus je yang dalam plastik tu,,, jadi la nasi himpit,,, patut dah tak boleh panggil nasi himpit,,, nasi rebus ,,, ye tak??? Cara buat nasi himpit ni,,, cam buat bubur,,, bila dah masak,,, kena siapkan kain putih,,, selalunya kain bedung baby digunakan,,, nasi yang dah masak tu memang panas,,, kena hati-hati bila tuangkan kat kain tu,,, pastu dibungkus dan dilipat kain tersebut sambil ditepuk-tepuk supaya tak de ruang udara dan jadi mampat,,, setelah puas hati,,, dihimpitkan nasi tadi,,, biasanya guna batu giling,,, tu pasal dipanggil nasi himpit,,,

Tapi itu hanya lah secebis kenangan bersama Bonda,,, yang masih terpahat disanubari teman,,, dan tak mungkin dapat diulang kembali saat-saat manis tersebut,,, dah 5 tahun Bonda meninggalkan kami,,, dah 5 tahun juga la kami tak dapat mencium tangan dan memohon kemaafan dari Bonda di 1 Syawal,,, kini,,, hanya dapat menziarahi pusara Bonda dan menghadiahkan bacaan Yassin dan Tahlil sahaja di pagi Syawal,,,

Alfatihah buat aruah Bonda ku Hjh Rapeah binti Lassim,,,
aku mohon dihalalkan air susu mu Bonda,,,
Semoga Bonda tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh


------------------------------------------------------------------------------------------------


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kepada pengunjung blog teman,,, rakan-rakan Radio Amatur dan semua yang mengenali diri Teman,,,

Ribuan Ampun Dan Maaf teman pohon jika ada sebarang kekhilafan, tersinggung perasaan, terguris hati, tak sehaluan dan sebagainya,,, teman dengan rendah diri,,, menyusun 10 jari agar dimaafkan segala kesalahan samada disedari maupun tak,,, terutama kepada Rakan Radio Amatur diseluruh pelusok Malaysia,,,

Sekali lagi teman ingatkan kepada rakan-rakan,,, berhati-hati memandu

UTAMAKAN KESELAMATAN DARI KECEPATAN




Wednesday, September 16, 2009

ADAKAH ANDA BERJAYA...



Selamat Menyambut Hari Lembaran... HARI KEMENANGAN... dalam melawan hawa nafsu... samada tercapai atau tidak ...

TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI...


ADAKAH ANDA BERJAYA ...

Adakah bulan Ramadhan yang mulia ini... MASA anda lebih kepada TERLEBIH tidoq... masa membeli juadah berbuka... semua yang berada didepan mata ingin diBELI... masa anda bershopping... membeli barang yang tak perlu ... tapi beli jugak... semata-mata ingin memuaskan NAFSU... syaitan dan iblis laknatullah telah dirantai ... hanya anda dan diri anda sahaja...

BERJAYAKAH ANDA ???

Merebut keberkatan dan amal ibadat dibulan yang mulia ini...


Kepada semua rakan yang follow blog teman ... terima kasih... Kepada rakan Radio Amatur ... juga terima kasih... Kepada rakan sekerja... berbanyak terima kasih... Harap diampunkan segala kesalahan,kesilapan,perbuatan,tutur kata dan segalanya... jika ada diantara anda rakan-rakan teman yang sangat teman kasihi terguris hati dan perasaan ketika kita bergurau senda... kutuk mengutuk... samada disedari maupun tidak...

ADAKAH selepas bercuti hari raya ni... dapat kita bertemu lagi... ADAKAH anda telah mengambil segala langkah keselamatan ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing...sama-sama lah kita ingat mengingati


UTAMAKAN KESELAMATAN DARI

KECEPATAN




Tak dapat nak upload video ni,,, tak tau kenapa,,,
adakah kerana size nya mencapai 330 MB
tak pe teman ganti dengan yang ini pulak

Align Center

Video diatas khas buat rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus setiap hari menyediakan juadah bubur lambuk selama sebulan Ramadhan... Hari ini hari terakhir menyiapkan juadah tersebut ... sebelum BERCUTI panjang...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN


SEMOGA BERTEMU LAGI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK


SELAMAT DATANG 1 SYAWAL





Wednesday, September 9, 2009

Jagalah Buah Pinggang Anda

Apa yang berlaku pada buah pinggang anda disebabkan diabetes
Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat. Ini boleh menyebabkan membren dan struktur buah pinggang menjadi tebal dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula berkumpul di dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes bermula. Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya.

Dialisis buah pinggang
Diabetes mellitus, terutama jika disertakan dengan tekanan darah tinggi dan juga menghisap rokok, adalah sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) di kebanyakan negara. Di Malaysia sebanyak 51% kes-kes baru yang diterima untuk dialisis pada tahun 2004 adalah dikalangan pesakit diabetes.

Dialisis adalah satu rawatan perubatan untuk mengeluarkan bahan sisa buangan badan secara terus dari darah bagi mereka yang gagal fungsi buah pinggang. Dialisis akan akan hanya dapat menggantikan sebahagian daripada fungsi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi. Terdapat 2 jenis dialisis; iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis.

Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah. Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan di alirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.

Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan tiga sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.

Membuat perubahan dengan penjagaan diabetes yang baik

Anda boleh mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes dengan:









  • Mengawal tahap glukosa darah anda.Anda harus pastikan sebaik mungkin tahap glukosa darah anda berada di tahap yang disyorkan iaitu antara 3.8 hingga 6.1 mmol/L semasa berpuasa dan tidak lebih dari 7.8 mmol/L selepas makan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang baik dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ataupun sekurang-kurangnya mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, adalah amat baik jika anda mula berusaha untuk memakan secara sederhana dan teratur, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Penjagan diabetes yang baik juga termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut peraturan (sekiranya dipreskripsi oleh doktor), memantau tahap glukosa darah setiap hari di rumah dan kerap berjumpa dengan doktor anda.









  • Mengawal tekanan darah anda. Adalah disarankan bahawa pesakit-pesakit diabetes mestilah sentiasa mengekal tekanan darah mereka di bawah tahap 130 mmHg sistolik (bahagian atas) dan rendah daripada 80 mmHg diastolik (bahagian bawah) . Ini mungkin agak sukar untuk dicapai dan anda mungkin memerlukan lebih daripada satu ubat tekanan darah. Adalah penting untuk tekanan darah anda dikawal secara ketatnya. Tekanan darah pada paras yang tinggi boleh mempercepatkan terjadinya penyakit buah pinggang diabetes anda dan (jika ianya telah wujud) akan mengakibatkannya menjadi lebih teruk.









  • Pengesanan awal untuk penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang, protein darah mungkin akan tertumpah ke dalam urin. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Tetapi pengesanan untuk protein yang sedikit di dalam urin (mikroalbumin) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes- memerlukan ujian yang khas. Kehadiran mikroalbumin atau protein dalam urin menunjukkan buah pinggang anda telah rosak. Ini akan memberi amaran kepada doktor anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anda daripada menjadi lebih teruk.









  • Mengambil ubat-ubatan anda mengikut peraturan. Tambahan kepada pengambilan ubat untuk mengawal diabetes (dan mungkin juga untuk tahap lipid anda), anda juga perlu mengambil ubat anti-hipertensi untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah tahap 130/80 mmHg. Ubat-ubat daripada kumpulan Perencat Enzim Penukar Angiotensin (ACEI) ataupun Penghalang Reseptor Angiotensin (ARB) bukan sahaja dapat merendahkan tekanan darah anda, tetapi juga dapat melindungi buah pinggang anda dengan merendahkan tekanan didalam glomeruli. Oleh demikian, ia akan membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan nefropati diabetes dan juga dapat mengurangkan keperluan untuk dialisis ataupun pemindahan buah pinggang.









  • Berhenti merokok. Merokok adalah membahayakan untuk apa jua keadaan sekalipun. Merokok akan mempercepatkan proses pembentukan penyakit buah pinggang dan oleh sebab itu adalah lebih baik jika anda tidak merokok. Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda. Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes.

    Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
    Pakar Runding Kanan Nefrologi

    Artikel diatas teman jumpa [LINK] masa google search untuk penyakit buah pinggang ... ayahnda teman kondisi terkini dah terbaring saja... nak cari info agar mudah dalam menangani isu pasal makan...penjagaan...rawatan yang akan dilakukan...dan macam-macam la...

    Ayahnda teman tak de kencing manis or darah tinggi... yang teman tau ... ayahnda cuma ada ghout jer... memang ghout tu related dgn kidney..sebab punca ghout ni daripada URIC ASID ... yang banyak sangat dalam body kita... Punca banyak uric acid ni dari sumber protien yg kita makan, di cernakan jadi uric acid... so bila dah banyak sangat, dia jadi keras mcm kristal & melekat kat sendi-sendi badan... sebab rasa nye amat sakit menyucuk sekali..

    Di sebabkan terlampau banyak uric acid, maka kidney pun kene keje keras sebab nak buang uric acid tadi untuk jadi urine air kencing... sebab tu kidney ayahnda punya performance makin kurang...

    So... untuk mengelakkan jadi makin teruk... elok kurangkan ambil:

    1. Makanan yang kurang protien seperti kurangkan makan ikan, daging, sardin,
    2. Amalkan makanan yang boleh mengurangkan uric acid yang sedia ada dalam badan seperti Vitamin C, daun seleri
    3. Amalkan minum air yang cukup
    4. Bersenam... peluh yang keluar tu merupakan toksin dari dalam badan kita...


    Kalau rakan-rakan ada pengalaman menjaga pesakit buah pinggang ni ... boleh berkongsi pengalaman tu... dapat juga rakan yang membaca entry ni bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di kemudian hari...