Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, July 17, 2009

Kayuhan ke Pulau Pangkor

Esok pagi dalam pkl 7.00 am rakan-rakan taiping akan mulakan kayuhan ke Pulau Pangkor bermula dari Taiping Bandar Warisan... Tujuan...nak longgar-longgar lutut untuk event yang lebih besar iaitu Jamboree Jitra pada 1 Ogos 2009 ni... Rakan yang dah comfirm kayuh esok... DMG and family ( XYL jadi pengiring berkereta ) ... VZO,SWAL JUREN dan teman dari Taiping... dari kawasan tenggah akan diketuai oleh 9M2JEN dan rakan-rakan... dikhabarkan ada 4 orang rider jugak...

Program yang dirancang...akan bermalam di Pulau Pangkor serta bereyeball bersama 9W2YZU kak Yong Zu yang bertugas disana... Hari Ahad akan berkayuh mengelilingi Pulau Pangkor... selepas itu balik ke Sri Manjung dan terus balik ke Taiping...

Diharap program yang dirancang ini...suksess serta dilindungi dari malapetaka...
AMIN YA RABAL A'LAMIN

Tuesday, July 14, 2009

Hari Minggu di Bandar Melaka

DiMenara Taming Sari


Apie dan Liza


Sebelum menikmati pandangan Bandar Hilir dari menara setinggi 80 mtr

Bersama XYL tersayang


Apie dan mama





Pandangan dari atas Menara Taming Sari

Hari Sabtu dan Ahad lepas...teman berpeluang bersama keluarga ke Melaka...berkonvoi 3 cenopy...bersama beras-beras teman dan juga...mak dan bapa mentua...sempena adik ipar teman yang tamat belajar diYayasan Melaka...dah lama tak berpeluang bercuti bersama keluarga ni...

Malam minggu...teman sempat bereyeball dengan rakan-rakan Melaka... pekena asam pedas... teman dok rasa asam pedas telur ikan yang dipesan olh 9w2mcx...sedap jugak... tak pe... ada kesempatan turun Melaka lagi...teman nak melantak asam pedas telur ikan pulak...

Terima Kasih kepada rakan-rakan Melaka yang sudi melayan kerenah teman yang kuat melantak....

Eyeball Asam Pedas


Menikmati hidangan asam pedas daging tetel...dipagi hari...



Licin...kuah pun dihirup...menepati citarasa



ASAM PEDAS DAGING TETEL



swal shahrin...9w2usm...9w2mcx klau tak silap...


Align CenterTerima kasih abg Mus dan rakan-rakan sudi bertenggo-tenggo