Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, December 13, 2011

Kayuhan Tangan Koh Adang,,,


3 Hari 2 Malam dilanda Ribut,,,

Salam semua,,,
entry kali ini perihal kayuh tangan pulak,,,
asik kayuh kaki jer sesekali kena rehat sikit,,,
hehehehe

Program ini berlangsung pada bulan Oktober yang lalu,,,
atas ajakan raakan-rakan,,,
teman pun tanpa berfikir panjang,,, 
terus setuju jer nak ikut,,,
bukan apa,,, dah lama batang joran teman tersandar kat dinding,,,
siap pasang spotlight lagi,,,
hehehehe

Trip ini tak berapa menjadi,,,
disebabkan kami dilanda ribut,,,
boleh dikatakan dapat memancing dalam keadaan tenang hanya beberapa jam sahaja,,,
walaupun bermalam ditengah lautan selama 2 malam,,,
hari nak balik baru cuaca elok,,,


Ada diantara yang dapat mabuk free,,,
ada jugak yang minta,,, kalau ada bot yang nak balik ke darat,,,
depa nak tumpang sekali,,, pun ada sampai tahap begitu,,,
hehehehe,,,

Kecut jugak perut teman,,, dah ler teman pakar menyelam jer,,,
hehehe

Apa-apa pun layannnn,,,





Bot yang kami naiki,,,
Depa hantar ke tengah laut,,,


Wajah masih ceria,,,
hehehehe


Bersama tekong muda,,,
tak berani bila nak ajak ke Lok Kiau,,,
ombak tinggi katanya,,,


Suasana waktu senja ditengah lautan,,,
indah bumi ciptaan Allah,,,


Begini lah keadaan ribut dilaut,,,
dengan tiupan angin kencang,,,


  
Cuaca dihari kedua,,,
tak lama keadaan ini,,,
tak sampai 2 jam,,,
kami dilanda ribut lagi,,,


Menikmati sarapan pagi,,,
makan apa pun sedap dan menyelerakan,,,
kena pulak tiupan angin syahdu,,,
perghhhh,,,


Antara hasil pancingan,,,


Hasil pancingan apollo,,,




Interframe jer,,,
ikan orang lain yang dapat,,,
hehehehe


Turun saja dari bot,,,
kami bergegas pulang ke Taiping,,,
sebelum itu sempat juga singgah di Satun,,,
dirumah sahabat,,,
dapat juga mandi dan menikmati makan tengahari yang disediakan oleh isteri beliau,,,


Sepanjang perjalanan pulang,,,
dah ada kedengaran suara-suara yang nak repeat lagi trip memancing ke Koh Adang ini,,,
maklumlah,,,
ada yang tidur akibat mabuk 2 hari 2 malam,,,
dan waktu pancingan hanya di waktu laut tenang,,,
tak puas memancing dan juga tekong bot yang kurang pengalaman,,,



Setiba di Bagan Serai,,,
singgah dirumah rakan,,,
hasil pancingan dibahagi sama rata,,,





Insya Allah,,,
tahun 2012 grop kami akan kembali menganas di Koh Adang,,,
kena pilih waktu yang sesuai,,,
tekong bot yang tahu selok belok perairan sekitar Koh Adang dan Lok Kiau,,,
mungkin juga jika ada rezeki lebih,,,
ingin menduga perairan Burma Bank pulak,,,

Mana tau kan,,,
kita hanya merancang,,,

2 comments: