Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, December 16, 2011

Kayuhan Fraser-Raub-Fraser,,,


Day 1,,, 25/11/2011

Kayuhan 1 Loop Fraser- Gap-Fraser,,,


Bermula dari Taiping,,, 
selepas habis kerja pada hari Rabu,,, teman bergerak balik ke Klang untuk mengambil apie dan XYL teman,,,
kemudian bergegas balik ke Taiping semula,,, sebab hari Khamis teman masih bekerja,,, 
segala persiapan dan perancangan telah dibuat,,, terutama malam minggu nanti,,, nak diadakan xtvt apa agar keluarga yang mengikut sekali tidak kebosanan,,, 

Hari Jumaat teman bergerak selepas solat Jumaat,,,
Jamil bergerak awal kerana telah berjanji dengan Mejar Mazlan ( Ongah ) untuk bertemu di Tanjung Malim,,,
Khairul ( ROT ) pula bergerak agak lewat,,,

Perjalanan teman Alhamdulillah,,,
 disepanjang highway utara selatan menuju ke Fraser Hill,,, 
cuaca cantik tak hujan,,,

Tiba di Tanjung Malim,,,
teman sekeluarga singgah makan dan pekena Pau Yik Mun yang popular di Tanjung Malim,,,
setelah itu kami sekeluarga bergerak menuju ke Kuala Kubu Baru,,,
hampir 15 tahun teman tak mengunakan laluan Kuala Kubu Baru - Raub ini,,,
tak banyak perubahan,,, yang ketara,,, dah ada Empangan tadahan hujan,,,
selain itu boleh dikatakan masih kekal dengan kehijauan nya,,,


Layanzzzz,,,







Persiapan sebelum bergerak ke Fraser Hill,,,
Portable Station teman di Taiping,,,
juga masih kekal dengan kehijauan,,,
dan terletak dibawah dagu Bukit Larut,,,


Setibanya di puncak Fraser Hill,,,
Jamil dan Ongah dah bersiap nak berkayuh,,,
mana boleh tahan,,, minta Jamil dan Ongah tunggu teman dan Apie bersiap,,,
check in di Shahzan Inn,,, letak barang-barang jer,,,
teman dan Apie terus bersiap,,,
hehehehe



Rupanya di Gap tak payah lagi nak tunggu untuk naik ke Fraser Hill,,,
dah ada jalan yang khas untuk turun ke Gap,,,
kalau dulu jam genap,,, khas untuk kenderaan naik ke puncak,,,
jam ganjil,,, khas untuk turun ke Gap,,,
ehhh,,, betul ke ni,,,
hehehehe


Azrul (anak Jamil) , teman, Jamil dan Apie,,,



Masa kayuhan ini hujan renyai-renyai,,,
kayuhan bermila pun hampir pukul 6.00pm,,,
agak berkabus sikit,,,
kata Ongah macam kat kampung dia di Scotland jer,,,
hik,,,hik,,,hik,,,



Self potret,,,
kami berlima saja petang tu,,,
best dan layan,,,
hehehe



Jamil, Azrul dan Ongah,,,


Teman dan Apie mengabadikan kenangan,,,
memang betul kata Ongah,,,
umpama di Scotland je suasana petang tu,,,
hehehehe





Interframe jer,,,
hehehehe


Kayuhan bersambung dalam keadaan hujan yang agak lebat diselang seli dengan renyai-renyai,,,
teman agak lama tak berkayuh,,,
 ketinggalan dibelakang,,,
 hehehehe

Jamil dan Azrul ambil masa dalam 40 minit,,,
Apie dan Ongah dalam 50 minit,,,
Teman buat 1 loop dari Fraser Hil- Gap- Fraser Hill,dalam masa 1 jam 15 minit,,,
yang paling last sekali,,,
bukan apa,,, dah lama tak sampai kat Fraser ni,,,
jadi teman menghayati keindahan dan kehijauan dalam gelap sepanjang kayuhan tu,,,
hahahahaha,,,





Apie di mercu tanda Fraser Hill,,,

Azrul juga mengambil kesempatan yang sama,,,


Jamil dan Ongah,,,


cuba tengok gambar Apie, Azrul, Jamil dan Ongah,,,
suasana masih cerah lagi,,,
teman punya gambar ni dah gelap,,,
bayangkan teman kayuh sorang-sorang dari Gap ke Puncak,,,
dalam keadaan gelap dalam hutan tu,,,
agak menyeramkan juga,,,
hehehehe


Setelah selesai kayuhan hari pertama,,,
kami balik ke tempat penginapan,,,
ROT pun dah sampai bersama keluarga ketika itu,,,
selesai mandi dalam pukul 8.30pm,,,
kami semua mencari tempat untuk mengisi perut,,,



Ongah dan XYL,,,
bawak anak dara sorang,,,


Teman dan XYL,,,


Jamil dan XYL,,,
bawa anak dara dan bujang,,,


ROT dan XYL,,,
bawa 2 anak bujang dan 2 anak dara,,,
hehehehe




Azrul dan Apie,,,


Ongah menceriakan suasana yang sejuk dengan lawaknya yang membuatkan semua nak pecah perut ketawa,,, maklum lah,,, teman dan Jamil dah kerap bawa keluarga bersama,,,
jadi ini kali pertama Ongah dan ROT ikut bersama keluarga,,,
selain kami yang memang dah kenal rapat,,,
dapat juga lah XYL-XYL kami mengenali keluarga yang lain,,,

bukan apa,,, 

senang nak dapat permit lain kali kalau nak berkayuh ke mana-mana,,,
hehehehe



Day 2,,,

Kayuhan Ikan Patin,,,


Seawal 6.15am semua sudah bangun dan bersiap untuk memulakan kayuhan utama kami,,,
Kayuhan Fraser Hill-Raub-Fraser Hill,,,
Kalau naik kereta teman dah biasa guna laluan tu,,,
ini kali pertama teman nak berkayuh pula,,,
jadi teman dah dapat bayangkan laluan tersebut,,,
hehehehe


Sempat interframe sebelum bersarapan,,,
hehehe




Sumber inspirasi teman dan Apie,,,
yang tak pernah menghalang minat kami berdua,,,
thx sayang,,,


inilah riders-riders yang akan mengharungi cabaran hari ini,,,
akan turut serta Pak Yop yang menunggu di Gap dengan basikal baring nya,,,
hehehehe






Persiapan terakhir sebelum memulakan kayuhan,,,




Kayuhan bermula dengan cuaca yang baik,,,
agak sejuk juga masa menuruni bukit sepanjang jalan,,,
semalam ROT tak berpeluang bergambar di sini,,,
jadi teman layan ROT hari ini,,,
hehehehe,,,


Nyaman dan menyegarkan,,,




Sempat interframe,,,
lagi pun bukan nak kejar apa,,,
sekadar nak menguji ketahanan diri,,,
persoalan nya,,,
boleh ke teman habiskan kayuhan ini???


Sampai di Gap,,,
kami menunggu Pak Yop yang belum tiba lagi,,,
lebih kurang 15 minit baru PakYop muncul,,,
sambil tolong menurunkan basikal Pak Yop,,,
Ongah dan Azrul teruja nak mencuba basikal baring ni,,,
hehehehehe,,,





Teman dah cuba mengunakan basikal baring ini,,,
tapi tak berapa pandai dan kurang selesa dengan kayuhan sambil baring ini,,,
takut terlelap jer masa berkayuh nanti,,,
hehehehe

Sepanjang kayuhan menuju ke Raub,,,
memang best,,, bukan apa semua menuruni bukit,,,
kira dapat upah awal,,, dalam pada itu,,,
teman bersembang dengan ROT,,, 
ini dah dapat upah awal,,,
camana lah masa nak balik ke Fraser Hill nanti,,,
hahahaha



Mengabadikan kenangan di Raub,,,
agak-agak ada sesiapa yang berani mencuba basikal baring Pak Yop tu,,,
turun bukit dan flat road memang laju,,,
naik bukit agak merangkak sikit,,,
hehehehe,,,




Teman dan Apie sempat juga interframe,,,
hehehe


Selepas bergambar,,,
kami meneruskan kayuhan mencari kedai makan,,,
maklum lah,,, dah tengahari,,,
 perut pun dah berbunyi,,, minta di isi,,,
hehehe

Selepas Pekan Raub menghala ke         sampai lah kami di kedai yang dituju,,,
untuk makan tengahari,,,
jangan terliur sudah ler,,,
hehehe



Ikan Patin masak tempoyak,,,
sedap memang sedap,,,
tak hanyir dan rasa lumpur,,,
pandai makcik tu masak,,,
hehehehe


Semua ambil sorang seketul ikan patin tu,,,
hehehehe

Selesai makan,,, sambil menunggu matahari redup sikit,,,
terima panggilan dari XYL,,,
mengatakan dah hampir sampai ke Raub,,,
memang dah planning suruh dorang turun ke Raub kalau nak merasa keenakan dan kesedapan ikan patin masak tempoyak ini,,,

Sambil kami berkayuh,,, dapat juga keluarga ikut serta dengan xtvt mereka,,,
baru lah beriadah bersama keluarga,,,
hehehehe

Para XYL dan harmonic pun nak juga merasa keenakan ikan patin masak tempoyak,,,
sanggup turun dari Fraser Hill ke Raub semata-mata nak makan bersama para suami tercinta,,,
hahahaha

Selesai makan,,,
dan suasana agak teduh,,, kami memulakan kayuhan untuk balik ke Fraser Hill,,,
disini cabaran bermula,,,



Interframe didepan kedai ikan patin,,,
hehehehe



Gambar terakhir sebelum masing-masing melayan phase kayuhan sendiri,,,
teman macam biasa ler,,,
hahahaha,,,

Perghhhh,,,
dari simpang Raub ke Teranum,,,
jalan nya masih boleh dikatakan rideable,,,
dengan terik matahari dan juga perut yang penuh,,,
hanya kekuatan mental je yang masih bertahan,,,

Selepas Teranum hingga ke Gap,,,
mendaki dan terus mandaki dan terus mendaki,,,
dan terus mendaki dan terus mendaki dan terus mendaki,,,
hingga lah jumpa dengan Jamil , Ongah, Pak yop dan lain-lain,,,
depa dok tunggu teman,,,

Bila teman sampai,,, tengok ada pulak Air bukit,,,
terus teman buka baju,,, 
apa lagi,,, bagi sejuk badan laaa,,,
hehehehe

Tenggok teman syok melayan air bukit tu,,,
yang lain-lain pun tak boleh tahan,,,
semua ikut mandi sejukan badan kecuali Apie, Ongah dan Pak Yop,,,



hehehehehe,,,



Lega sikit badan dapat mandi,,,
hehehehe





Selepas itu kami semua meneruskan kayuhan,,,
sekejap aje bersama selepas itu semua ikut phase masing-masing,,,
yang laju didahulukan,,,
yang perlahan dibelakangkan,,,
hahahaha

Tiga suku perjalanan sebelum sampai ke Gap,,,
nampak ROT dan Pak Yop berhenti ditepi jalan,,,
tengok ROT mengeletar,,,
aku lapar dan habis tenaga dah,,,
tenaga ikan patin tempoyak tadi dah habis ni,,,
teman pun sama juga,,,
mungkin disebabkan mandi tadi agak sejuk air bukit nya,,,
membuatkan kami rasa lapar,,,

mujur lah teman ni kalau berkayuh mesti nak ada keselesaan,,,
penuh kat poket belakang dengan roti krim, air 100 plus dan power bar,,,
roti dan 100 plus dah habis teman belasah,,,
yang tinggal power bar,,,
potong 3 la jawapnya,,,bagi sorang sikit,,,,
hehehehe

Selepas berehat dalam  15 minit,,,
kami teruskan kayuhan,,, lagi 10 km nak sampai ke Gap,,,
hujan lebat dengan angin yang agak kuat turun tak henti-henti,,,

Bunyi pokok buluh bergeser di pukul angin bermain di telinga teman sepanjang kayuhan,,,
tak sampai 10 minit berkayuh teman nampak ROT tolak basikal,,,
gearbox pecah katanya,,, ( punggong melecet ) dan kehabisan tenaga,,,
yang tinggal hanya semangat untuk menghabiskan kayuhan sahaja,,,
hehehehe

Teman dan ROT sampai di Gap masih dalam hujan lebat,,,
dengan keadaan tanah tinggi yang sememangnya sejuk ditambah pula dengan hujan dan angin,,,
maka bertambah-tambah sejuk dan itu membuatkan perut teman berirama keroncong dan diselang seli dengan irama rock dan heavy metal,,, 
hahahaha

Setiba di Gap,,,
nampak Jamil, Ongah, Azrul, Apie dan Pak Yop sedang mengisi perut dan berteduh di sebuah warung,,,
apa lagi setibanya teman dan ROT terus order kopi O panas,,,
dorang memang tak patut,,,
habis semua makanan kat warung tu habis di bedal,,,
yang tinggal Maggi jer,,,
maggi pun maggi lahhhhh,,, janji boleh kenyang dan panaskan badan,,,


Setelah hujan reda,,, kami pun berpisah dengan PakYop,,,
beliau balik ke Kuala Lumpur,,, datang ke Fraser Hill semata-mata nak layan kayuh dengan kami,,,
ribuan terima kasih Pak Yop,,, 
hehehehe

Seterusnya tinggal kami berenam yang terpaksa menghabiskan kayuhan dari Gap ke Fraser,,,
tak jauh pun,,, dalam 10 km saja lagi,,,
macam biasa lah,,,
teman merupakan orang terakhir sampai ke puncak Fraser,,,
dorang semua dah sampai awal 30 minit,,,
sama macam semalam,,, teman kayuh juga sorang-sorang,,, 


Buktinya tengok gambar di bawah,,,
dari Gap dalam pukul 6.15pm,,,
teman sampai di mercu tanda Frsaer hampir pukul 7.30pm,,,
hahahaha




Selesai mandi dan berehat lebih kurang,,,
semua keluar dari bilik,,,
acara BBQ akan bermula,,,
perut masing-masing pun memang lapar,,,
hehehehe

Bagi anak-anak dan XYL makan dulu sampai senak perut,,,
hehehehe

Sambil bakar membakar tu,,,
macam-macam cerita yang keluar,,,
kutuk mengutuk tak ingat,,,
hahahaha

Masing-masing puas hati dengan kayuhann dan BBQ,,,
semua enjoy,,,




Mamat yang tengah-tengah tu,,,
tiba-tiba muncul bersama keluarga,,,
langkah kanan,,,
menu BBQ malam tu Kambing dan ayam aje,,,
yang di marinate oleh ROT,,, terbaekkkk 
hahahahaha










Selesai melayan kerenah anak-anak,,,
XYL semua berbunyi ajak jalan-jalan dan nak mengabadikan kenangan di mercu tanda Fraser Hill,,,
layan je laaa,,,
hehehehe




Bersama pasangan masing-masing,,,


Dengan gerombolan tentera-tentera,,,
hahahaha


Yang penting dorang seronok dan enjoy,,,
hehehehe



Nak juga interframe,,,
hahahaha




Semua puas hati dan enjoy malam tersebut,,,
yang penting matlamat kayuhan dan beriadah bersama keluarga,,,
TERCAPAI,,,



Day 3,,,

XTVT Riadah Bersama Keluarga,,,


Pagi hari ke tiga teman dan ROT tak berkayuh keliling Fraser Hill,,,
dua- dua gearbox pecah,,,
hahahahaha,,,





Apie dan mama sebelum berkayuh pusing-pusing Fraser,,,




Bagi depa kayuh jer,,,
teman layan XYL jer,,
hik,,,hik,,,hik,,,

Layan  jer laaaa,,,
teman tak ikut kayuhan ini,,,
jadi tak tau kemana dan dimana tempat dan cerita ceriti nya,,,
hahahaha
















Selepas habis kayuhan pusing-pusing Fraser,,,
yang mengambil masa kurang dari 1 jam,,,
kami pun bersiap nak bawa keluarga masing-masing ke Air Terjun Jeriau,,,




Tunggu hujan renyai-renyai berhenti,,,




dengan tok chiru,,,
hahahaha




Kami anak beranak ler,,,





Keseluruhan program ini teman rasakan berjaya,,,
kerana semua puas hati dari hari pertama hingga hari terakhir kami di puncak Fraser Hill,,,
dan juga kos yang boleh dikatakan murah dan memenuhi budget semua,,,

Insya Allah program riadah dan kayuhan bersama keluarga akan diteruskan,,,
selain dapat merapatkan silaturrahim diantara kami para riders,,,
dapat juga mengenali hati budi keluarga masing-masing,,,


Minggu depan sepatutnya akan ada program touring ke Thailand bersama Apie,,,
tapi kita hanya merancang,,,
Allah yang menentukan,,,





Apie dimasukan ke Hospital pada 14/12/2011 kerana sakit dada,,,
hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru-paru,,,
doktor nasihatkan agar berehat selama 1 bulan,,,

Harap rakan-rakan dapat mendoakan agar Apie sembuh seperti sediakala,,,

No comments:

Post a Comment