Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, May 14, 2010

Malang Tak Berbau,,,



Teman rasa sungguh kecewa hari ini,,, esok dah nak turut serta dengan rakan-rakan dari Batu Gajah Riders untuk menduga laluan Tapah ke Cameroon Highland,,, sedangkan lutut teman masih bengkak,,, akibat terjatuh semalam ketika menuruni bukit belakang Kemta ,,, maklum lah teman ni tak sekuat mana pun berkayuh,,, so,,, ingat nak buat preparation sebelum ke Tapah esok,,, Malang tak berbau,,,

Semalam teman bersama rakan-rakan dari K-raitt seramai 9 riders cuba menduga sekali lagi laluan bukit tu,,, semasa mula berkayuh,,, hari dah mendung,,, cuma tak hujan lagi,,, cuaca diTaiping ni sukar diduga,,, mendung gila-gila,,, tapi tak hujan,,, kekadang panas semacam jer,,, tau-tau turun pulak hujan,,,

So,,, kami teruskan kayuhan menuju ke laluan tu,,, dah ada trek baru rupanya,,, semakin naik tinggi,,, nampak kat kawasan Taiping dah hujan,,, setelah sampai ke puncak,,, kawasan Kemunting pun nampak cam dah hujan,,, suasana kat atas dah berkabus,,, baru pukul 6.30pm,,, tapi dah macam pukul 7.30pm,,, so,,, ambik keputusan turun,,, layan downhill,,, tak sampai 5 minit layan downhill,,, hujan lebat menimpa,,, rupanya kat separuh trek dah limpahi hujan,,, maklum saja lah trek baru potong,,, tanah merah melekat kat tayar,,, brek pun tak berapa makan,,, sampai kat separuh perjalanan,,, ada macam bonggol,,, so melompat basikal teman,,, lepaskan basikal sambil menunggu apa yang akan terjadi,,, 2 3 riders jugak terkelebak kat situ,,,

Teman menyembah bumi,,, dengan size badan cam ... ,,,hangpa bayangkan sendiri la,,, lutut belah kiri teman bunyi meletup,,, mula rasa senggal kat lutut belah kiri tu,,, nak turun masih jauh,,, cuba juga turun dari trek tu,,, tahan saja lah,,, nak buat camana,,, akhirnya sampai jugak kat bawah,,, kayuh dengan mengunakan kaki kanan sambil kaki kiri cuma mengikut jer rentak padle,,, terpaksa digagahkan juga nak sampai rumah,,, dalam hujan lebat,,,

Sebelah malam teman turun ke Batu Kurau untuk berurut bersama rakan,,, lutut masih terasa senggal,,, teman cuba nak turun ke Tapah,,, bukan nak bagi alasan untuk tak pergi,,, teman akan tetap turun ke Tapah esok,,, kalau diizinkan Allah,,, teman akan tetap berkayuh sampai mana yang terdaya,,, teruja nak berkayuh ikut laluan Tapah ke Cameroon Highland tu,,, dan tengok dah lebih dari 20 orang riders akan turut serta,,, keadaan lutut kiri teman masih terasa senggal,,, nyeri tu masih terasa,,, harap esok akan beransur pulih,,,

JUMPA DI TAPAH,,,

No comments:

Post a Comment