Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, April 27, 2010

XTVY Hujung Minggu,,,


Majlis Cukur Jambul,,,
24.4.2010

Hari Sabtu,,, teman dari Tanjung Karang,,, bergerak ke Puncak Alam,,, menghantar kuih sumbangan untuk majlis Eyeball Rakan Ham dan Tahlil yang berlangsung selepas Maghrib sama waktu dan tarikh dengan Majlis Cukur Jambul anak adik teman yang diadakan di Seremban,,, jadi teman agak sibuk sikit,,,

Selepas diPuncak Alam,,, teman bergegas ke Kampong Cheras Baru untuk mengambil ayahnda teman,,, almaklumlah,,, hari Sabtu,,, keadaan lalulintas agak sibuk,,, kena pulak kat Jalan Loke Yew yang tak pernah lekang dengan traffic jammed nya,,, sebab itulah bila teman dapat tawaran untuk ditransfer ke Taiping,,, dengan lapang hati teman menerimanya,,, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga,,,

Bila dikenangkan masalah kesesakan jalanraya ni,,, dari zaman sekolah sampai la ni,,, tak pernah berkurangan,,, dari jalan kecik sampai dah macam highway,,, kesesakan masih berlaku,,,
dah melalut pulak teman,,, sambung balik ke topik asal,,, kalau ambik SPM Bahasa Malaysia buat karangan mesti dah difailkan,,, lari Tajuk,,, he,,,he,,,he,,,

Teman dan Ayahnda serta B1N1 bergerak ke Seremban dalam pukul 5.00pm,,, Apie tak dapat ikut pasal ada Kelas tambahan dan juga latihan bola,,, so kami bertiga sampai kat Seremban dalam pukul 6.15pm,,, lepak kat Ampangan pekena roti canai,,, sembang dengan Ayahnda,,, lama tak pekena kambing kat Jalan Peel,,, kata Ayahnda,,, tak pe la,,, minggu depan teman balik boleh pekena bersama,,,

Selepas minum,,, kami bergerak kerumah mentua adik teman di Taman Koperasi Guru,,, berhampiran dengan Taman Rasidah Utama,,, tajuk lagu kumpulan WINGS,,, rupanya majlis tu diadakan diSurau berhampiran,,, selepas solat Magrib majlis pun dimulakan,,,



Inilah cucu ke 16 Ayahnda,,,


Bapa mentua adik teman,,,


Inilah Ayahnda teman,,,


Adik no 3 teman bersama anak ke 5 beliau,,,

Selesai majlis,,, diadakan jamuan,,, dihidangkan dengan Nasi hujan panas serta kari kambing,,, pucuk dicita,,, kari kambing mendatang,,, apalagi,,, teman nenggok Ayahnda punya la berselera,,,
tapi masih kontrol jugak makan tu,,, dapat jugak apa yang dihajati,,,

Selepas selesai,,, teman bergegas menghantar Ayahnda balik ke Kampong Cheras Baru,,, selepas itu teman dan B1N1 bergerak ke Puncak Alam kembali,,, setiba disana,,, masih ramai lagi rakan-rakan Ham,,, ada yang tengah DXing,,, yang berborak,,, ramai rakan yang dah lama tak berjumpa hadir kat majlis tersebut,,, THX to 9W2JIZ Iskandar dan 9M2GTR 5zal,,,

Teman dan B1N1 tak lama diPuncak Alam,,, terpaksa beransur ke Tanjung Karang untuk mengambil Apie,,, bujang teman tu,,, nak ikut ke Seremban,,, tapi teman suruh ke sekolah,,, teman tak nak Apie,,, ponteng,,, sekali dah syok monteng nanti,,, nak selalu pulak,,,

Urusan teman selesai apabila sampai diKlang pada pukul 4.00am,,,



Kayuhan Offroad Tak Jadi,,,
25.4.2010

Hari Ahad,,, Rakan Kampong Delek ajak berkayuh pada sebelah pagi,,, disebabkan sampai kat Klang diawal pagi,,, maka program kayuhan diadakan kat katil sahaja,,, he,,,he,,,he,,, sebelum tu dah berjanji dengan jiran teman,,, Afiq untuk layan kayuhan offroad di Bukit Kemandol pada sebelah petang,,, tengahari tu,,, hujan punyalah lebat,,, kalau layan offroad jugak,,, jawapnya,,, layan lecah jer la,,,sayang basikal bro,,, baru beli minggu lepas,,, jadi,,, beliau mengajak berkayuh kat Sijangkang,,, layan jalan kampung,,, pergh,,, lama tak masuk kat situ,,, pemandangan petang tu,,, cun,,, banyak bunga berkembang,,, he,,,he,,,he,,,

Kayuhan bersama rakan-rakan baru,,, yang tak bestnya,,, sampai kat Sijangkang pun ada orang kenal dengan Abg Vic,,, rupa-rupanya rakan forum di Elegance Club,,, sekurang-kurangnya ada juga modal untuk dibualkan,,, kayuhan petang tu dalam 20km saja,,, sampai kat Jeti,,, lupa lak nama tempat tu,,, dah dekat dengan Pulau Carey,,,


Abg Rahim, Afiq, teman dan ???,,,
maaf terlupa pulak,,,
dah pagi ni,,, jadi pelupa lak,,,
he,,,he,,,he,,,



p/s
semua gambar diambil mengunakan
handphone sahaja,,, tertinggal camera
cap ayam teman kat Taiping,,,

No comments:

Post a Comment