Setia Bersama Misai Tanglooong

Thursday, November 26, 2009

Kayuhan Gulai Semilang,,,



Pukul 4:30 petang abah telefon apie tanya nak kayuh ke BUKIT MERAH ke gulai semilang? Apie cakap kayuh ke gulai semilang. Apie dah lama tak makan .. Tengok blog abah ada macam-macam jenis makanan. Tu yang ajak kesana ….. Pukul 5 petang abah balik dari kerja . Kira-kira pukul 5:20 petang bergerak ke rumah Pakcik Jamil.
Sampai kat rumah Pakcik Jamil pukul 5:50 petang. Kami jumpa Pak Kecik (DLG). Pakcik Jamil tengah bersembang dengan Pak Kecik. Pukul 6 petang kami mula berkayuh ke gulai semilang. Mula-mula kami melalui Kampong Boyan,, menuju ke simpang, Sampai traffic light Taman Kaya. Tiba-tiba tayar abah pancit,,, Pakcik Jamil cakap nanti berhenti kat kedai basikal kat depan tu. Abah dan Pakcik Jamil nampak ada buah Rambutan kat dalam plastic putih. Mereka ambil sebijik buah rambutan dan rasa. Abah dan Pakcik Jamil cakap buah ni manis macam buah Laici. Abah tak berhenti makan.
Kira-kira 20 minit kami berhenti,,, kami meneruskan kayuhan Matang Gelugok . Abah menelefon kedai semilang untuk order hidangan yang selalu abah pesan. Pakcik Jamil dan Abah semakin laju,,, apie kejar mereka. Mereka tak boleh tinggal kan apie. Kelajuan masa tu 35 km/h. Kira-kira pukul 7 malam kami sampai ke gulai semilang. Kami duduk dan berehat sehingga menunggu hidangan sampai. Kira-kira 15 minit kami berehat ,,, Pakcik Jamil nampak kereta pesona yang ada ekor pari di belakang kereta. Rupanya ,,, Cikgu Bob(BPT) dan Cikgu Mizan(XPT).
Kira-kira 20 minit kami bersembang ,,, hidangan pun sampai… Kami baca doa makan dulu baru makan. Selesai saja makan kami berehat untuk menurun kan nasi,,, kalau kami terus berkayuh nanti muntah sebab kami makan banyak masa tu. Pukul 8:20 malam bersalam dengan Cikgu Bob dan Cikgu Mizan sebelum mula berkayuh. Sebelum kami berkayuh pulang ke rumah,,,, kami membaca bismilah dulu sebelum mula berkayuh.
Kami berkayuh dengan jalan yang sama. Kali ni kami berkayuh dengan kelajuan 27 km/h. Kira-kira 35 minit berkayuh,,, saya dan Pakcik Jamil berlumba siapa sampai dulu ke rumah Pakcik Jamil. Memang dah terbukti Pakcik Jamil memang makan muntah. Kami berehat dulu di rumah Pakcik Jamil. Abah hendak betul kan basikal dan tukar RD yang baru. Jadi abah tinggal kan basikal di rumah Pakcik Jamil. Apie dan abah pulang kerumah menaiki kereta. Masa kat dalam kereta apie dah pengsan dah waktu tu. He,,,he,,,he. Jarak kayuhan kami kali ni ialah 30 km.
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Apie petang ni dah balik ke klang,,,, tak tahu bila nak datang sini lagi. Insyallah nanti apie datang lagi tapi tak tahu la bila. Pada Pakcik Jamil terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkayuh dengan Apie dan memberi tunjuk ajar pada Apie teknik berkayuh dengan betul. Kayuhan semalam memang seronok.



Cikgu Bob BPT dan Pakcik Jamil VZO


Apie dan Cikgu Mizan XPT


Basikal Abah dan Apie


Cantik kedai tu. betul-betul tepi sungai


Gambar kenangan Apie


Makanan yang Abah order


Pakcik Jamil VZO


Hasil Nukilan Apie

Tuesday, November 24, 2009

KAYUHAN BERSAMA PAKCIK JAMIL(VZO)



Kali nie ApiE nak cerita PengAlaman berKayuh ngan pakcik jamil vzo yang dah lama Apie keNal tapi baRu pErtama kali berkayuh bersama beliau. Apie dengan Abah kayuH dari KAMUNTING paDa PuKul 5:20 ptg . Kami meLalui bukit DOREAMON,,,, Apie raSa maCam tAk daPat stamina naik bukit tu… Kira-kiRa 30 miNit berKayuh Apie dAn Abah jUmpa pAkcik JaMil kat sEratas. Kami berKyuh ke BUKIT BURMESE.
Kira-kiRa 20 miNit berKayuH sAmpai kAt kAki bUkit ,,,ada sungai ,, Apie nAmpak ada orang mAndi Apie rasa mAcam nak TerJun sEkali,,, pErGh…. tinGgi bEnoR bUkit ni. Masa mEndaki Pakcik Jamil ajar caRa yang bEtul sEmasa hEndak naik buKit. Masa naik bUkit Apie Nampak banyak poKok durian. Jalan nak naik bukit tu keCik saja,,cukup sAtu baSikal je. Sampai kat teNgah-tengah jumpa sAtu jamBatan besi dAn ada sUngai kat baWahnya. Tempatnya suNgguh caNtik . Air sunGainya saNgat jerNih dAn deRas. Kami berEhat seBentar .
Kami mula beRkayuh saMpai deKat keBun mAnggis. Pakcik Jamil deKat dePan tunGgu Apie dan Abah . Apie sampai kat pakcik Jamil je Pakcik Jamil ajAk paTah balik,, lePaS tu tuRun bUkit lajunya yang amat,, baSikal Apie brake tAk berApa mAkan. Rasa takut juGak la. Sampai kat jAmbatAn beSi kami berhenti . kami aMbil gamBar unTuk kenangan. Selesai je seSi bergambar kami berKayuh sampai kat kaki bukit.
Kami beRkayuh melalui taman TASIK TAIPING maSa ni Abah dan Pakcik Jamil teNgah berLumba Apie teNgok lajunya diorang kayuh tak terkejar Apie. Kalau Pakcik JEN caKap Abah paKai suSuk Apie rAsa pakcik Jamil lagi kuat mAcam MAKAN MUNTAH _._._._._ Je. Kuat seMacam je kalah Abah mAsa berLumBa tu. Kami tEruS kAyUh ke KeDai bAsiKal. Masa kAt kedAi tu Apie cAkap kAt pakcik Jamil pAkcik mAkan mUntah ye. Pakcik Jamil cakap baru kau tahu Apie. Nasib bAik PakCik mAkan muntAh kaLau pakCik mAkan hang mAcam mane..???
Selepas tu kaMi pErgi MinUm.. nak basahkan tEkak. Selepas tu kAmi berKayuh menUju ke RumaH PakCik Jamil untuk beTulkan dAn setting baLik bAsiKal Apie. Sambil tu Apie dAn Abah mAin dEngan kuCing PakCik Jamil. Geram Apie teNgok kUcing Tu. SelEpas siAp baSikal,,,, Apie dAn Abah beRkaYuh Balik ke ruMah. Apie rasa seroNok berKayuh DenGan PakCik Jamil. Jarak kaYuhan kaMi 28 km. PakCik Jamil cAkap KalAu Tak hUjan EsoK NAk berKayuh ke bUkit MeRah PulAk.
TerIma kaSih PakCik Jamil KerAna beri tuNjuk aJar Teknik untuk meNdaki buKit Yang beTul.

Hasil nukilan Apie



Turun dari kebun manggis,,,


VZO,,, test basikal baru,,, MERIDA OLDSCHOOL,,,


Sapa mau,,, mau tolak RM250,,, contact VZO,,, he,,,he,,,he,,,


Kat jambatan besi,,, Bukit Burmese,,,


Menarik ooo tempat ni,,, nasib baik dah lewat,,, kalau tak,,, mau jugak berendam,,,



Tengok jalan kat belakang Apie tu,,, mencanak je,,,


----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------


Geramnya,,,



Dah masuk 8 or 9 bulan umur dia,,,


Tak tahan nenggok,,, manja semacam,,,


Gebunyaaaaaa,,,

Tengah gaduh dengan tuan dia,,,


Lain macam cara dia duduk,,, macam-macam fesyen je,,,

Monday, November 23, 2009

Kayuhan ke Empangan Semenyih,,,

Kali ni,,, teman nak bagi peluang kat Apie untuk menceritakan sendiri pengalaman berkayuh,,,


PENGALAMAN BERKAYUH BERSAMA ABAH DAN RAKAN HAM
21.11.2009 HARI SABTU

PUKUL 6.00 PAGI, SAYA DAN ABAH BERSIAP UNTUK BERKAYUH DI BUKIT LANGAT,KIRA-KIRA PUKAL 6.20 PAGI KAMI BERTOLAK KE KAMPONG CHERAS BHARU, KAMI SAMPAI DALAM PUKUL 7.00 PAGI. SAYA DAN ABAH MENURUNKAN BASIKAL DAN BERSIAP UNTUK MEMULAKAN KAYUHAN KAMI.

RAKAN-RAKAN HAM MEMULAKAN KAYUHAN DARI BATU 11 DAN KAMI MEMULAKAN DARI KAMPONG CHERAS BHARU. KIRA-KIRA PUKUL 7.30 PAGI KAMI BERMULA KAYUHAN KE BUKIT LANGAT. SEBELUM KAMI SAMPAI KE BUKIT LANGAT,KAMI MELALUI BUKIT C,,,,TAMAN SERAYA,,,, KAMI BERKAYUH DALAM 20 MINIT DAN BERHENTI DI PETRONAS TAMAN MUDA UNTUK BELI AIR YANG SELALU KAMI BELI KETIKA BERKAYUH,, TANPANYA KAMI TAKDE TENAGA UNTUK BERKAYUH,, AIR YANG DI MAKSUD KAN IALAH 100 PLUS.

SELEPAS MEMBELI AIR 100 PLUS KAMI MULA KAN KAYUHAN,, KIRA-KIRA 40 MINIT KAMI BERKAYUH,,CABARAN PUN BERMULA MENDAKI BUKIT LANGAT…. SAMPAI SAJA BUKIT KE 4,,, ABAH MULA BATUK,,,`KHOK….KHOK….KHOK…. APIE TANYA KAT ABAH `ABAH,,ABAH KANAPA?` SAKIT TEKAK ABAH NTAH NAPA? APIE BERITAHU KAT ABAH`TULAH HISAP ROKOK LAGI` ABAH CAKAP`ITU OXSIGEN`. SAMPAI SAJA DI PUNCAK APIE NAMPAK ADA SORANG PAKCIK YANG SEDANG MENUNGGU RAKANNYA. KIRA-KIRA 20 MINIT KAMI BERSEMBANG,, KAMI MEMULAKAN KAYUHAN,,, APIE RASA MACAM DAH LEPAS BEBAN NAIK BUKIT LANGAT TADI.

KIRA-KIRA PUKUL 9.00 KAMI SAMPAI DI BATU 18,, KAMI NAMPAK BASIKAL PAKCIK JEN DAN RAKAN-RAKAN HAM SEDANG BERSARAPAN. SELEPAS BERSARAPAN BERSAMA KAMI BERTOLAK DALAM PUKUL 9.30 PAGI,, CABARAN SETERUSNYA KAMI MELALUI JALAN MENUJU KE AMPANGAN SEMENYIH,,BERKAYUH LEBIH KURANG 20 MINIT KAMI BERHENTI DI RUMAH KAWAN ABAH. NAMA TEMPAT ITU AA AGRO. TEMPATNYA SANGAT CANTIK,, TEMPATNYA SEPERTI KAMPONG YANG LUAS. DI KAWASAN RUMAHNYA ADA 3 KOLAM IKAN YANG BESAR. KAMI DI JAMU DENGAN NASI LEMAK,BEE HOON DAN AIR TEH PANAS DAN KOPI. SELEPAS MENJAMU SELERA KAMI MELAWAT KOLAM IKAN,, KAMI BERI MAKAN KEPADA IKAN. KAMI SERONOK MELIHAT IKAN YANG BANYAK DAN BESAR.

LEBIH KURANG 45 MINIT KAMI MULA BERKAYUH MENUJU KE EMPANGAN SEMENYIH, SEBELUM MENDAKI KAMI BERKAYUH SEJAUH 7 KM. SELEPAS ITU PENDAKIAN PUN BERMULA. BUKIT ITU MEMANG TINGGI DAN PANJANG PENDAKIAN KAMI SEJAUH 10KM. APIE RASA BUKIT INI MEMANG BEST . APIE DI DEPAN DENGAN PAKCIK YAZID DAN PAKCIK LAN LVR. ABAH BANTU PAKCIK SAIFUL YANG BARU MULA BELAJAR BERKAYUH.APIE NAMPAK PAKCIK JEN YANG TENGAH BEREHAT DI TEPI JALAN. APIE PUN TERUSKAN KAYUHAN TANPA BERHENTI. ABAH KEJAR DARI BELAKANG SELEPAS ITU KAMI BERSAING BEREMPAT. SEBELUM SAMPAI KE PUNCAK NAMPAK SORANG PAKCIK TERCUNGAP-CUNGAP BERNAFAS IKUT MULUT. APIE CAKAP KAT PAKCIK ITU JANGAN BERNAFAS IKUT MULUT NANTI CEPAT LETIH BERNAFAS IKUT HIDUNG BARU BETUL. ITU ABAH YANG AJAR APIE.

SAMPAI DI PUNCAK KAMI BEREHAT DAHULU. LEPAS ITU TURUN BUKIT. APIE RASA MACAM KAT LONDON SEJUKNYA SEBAB BAJU BASAH KENA HUJAN. SERONOK TURUN BUKIT ITU TERUS HILANG RASA LETIH MASA MENDAKI TADI. SAMPAI KAT BAWAH KAMI BERHENTI UNTUK MENUNGGU PAKCIK JEN DAN SORANG LAGI RAKAN.TUNGGU TAK SAMPAI-SAMPAI KAMI TERUSKAN BERKAYUH.

SAMPAI KAT BATU 12 KAMI BERPECAH DENGAN GROUP PAKCIK JEN. KAMI TERUS PANJAT BUKIT LANGAT BERTIGA. MEMANG APIE LETIH SAMPAI 3 KALI BERHENTI BARU SAMPAI PUNCAK BUKIT LANGAT. KAMI BEREHAT SEBENTAR SEBELUM MENURUNI BUKIT LANGAT HUJAN RENYAI-RENYAI MULA TURUN TAPI KAMI TERUSKAN KAYUHAN. APIE DAN ABAH BERPISAH DENGAN PAKCIK YAZID DI TAMAN PERMAI. APIE DAN ABAH TERUSKAN BERKAYUH SAMPAI KE KAMPONG CHERAS BHARU DALAM HUJAN LEBAT. KAMI SAMPAI PUKUL 2.40 PETANG. SAMPAI KAT RUMAH ATOK ABAH CALL PAKCIK JEN TANYA KENAPA LAMBAT. PAKCIK JEN CAKAP SORY PASAL DIA TERBERAK-BERAK MASA MENDAKI BUKIT EMPANGAN SEMENYIH. ABAH DAN APIE GELAKKAN PAKCIK JEN. PAKCIK JEN CAKAP APIE DAN ABAH PAKAI SUSUK.


Hasil penulisan di atas dari APIE,,,

sooo,,, nak tambah sikit,,, rasanya zaman sekarang tak perlu pakai susuk untuk kekuatan atau sebagainya,,, yang perlu ada dalam diri,,, adalah kekuatan mental,,, bila mental kita kuat,,, secara automatik,,, fizikal pun akan turut sama jalan seiring,,, latihan dan teknik yang betul juga perlu,,, lagi satu,,, jangan manjakan badan,,, push to the limit,,, tak tau la kalau ada lagi yang teman tertinggal,,, setakat tu la yang coach teman VZO ajarkan,,, dan teman turunkan sedikit kat Apie,,,

Satu lagi rahsia teman masa berkayuh ,,, KENAPA berkayuh bersama anak,,, JAWAPAN nya ,,, kalau berkayuh mendaki bukit,,, jika anak teman boleh lepas,,, tak ke tercalar KEEGOAN seorang bapa,,, dalam tak berdaya tu,,, redah la jugak,,, mau jaga EGO tu,,, he,,,he,,,he,,, orang lain teman tak tau la,,, tapi teman macam tu la,,,

tu la cara teman nak cari stamina,,, kalau setakat rakan-rakan dok kutuk,,, tak timbul lagi rasa malu,,, TAPI,,, kalau anak cakap macam tu,,, tak ke bernanah telinga,,,hee,,,he,,,he,,,




Jentera teman dan Apie,,,


Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Bukit Langat


Sesatu-satunya anak teman,,,



Teman la,,, macamana nak hilangkan pelampung kat depan tu,,,






Antara rakan-rakan yang turut serta berkayuh,,,



Apie dan teman,,,



Apie dan Jentera-jentera yang digunakan,,,



Owner AA Agro,,, layan memancing kolam sendiri,,,



Antara hidangan sarapan pagi yang disediakan,,, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK,,,



Sessi menjamu selera,,,



Cantik tempat ni,,, ada 3 kolam besar,,, dan 50 kolam kecik untuk ikan keli,,,



Berehat setelah perut kenyang,,,











Sessi memberi ikan makan pulak,,,



Turut sama bagi ikan makan,,,







Bergambar dihadapan AA Agro,,,sebelum berkayuh,,,



Dipertengahan Empangan Semenyih,,,



Rakan yang baru dikenali Yazid,,, jumpa di puncak Bukit Langat
rakan beliau tak datang,,, jadi teman ajak berkayuh sekali,,,



p/s Kenapa masa teman nak update blog ni
gambar tak kelihatan,,, cuma tulisan saja
yang ada,,, jadi payah,,, untuk centrekan
tulisan pun tak de,,,

Maaf entry kali ni berterabur,,,

ADA SESIAPA YANG BOLEH BANTU,,,


DAH OK,,, BETUL KATA VZO,,, CUMA 1 CLIK BOLEH SELESAI MASALAH,,,

Friday, November 20, 2009

Bila Senja Melabuhkan Tirainya,,,



Pemandangan Dari Base Station Teman,,,




Di sebelah kiri,,, HUJAN,,, Disebelah kanan,,, CERAH,,,



Pemandangan waktu senja,,, ke arah North Port,,,



Hari semakin gelap,,, baru kelihatan gondola pengangkut kontena di North Port,,,



Baru jelas kelihatan ,,,



Bila lampu terpasang,,, terserlah keindahan,,,



Semakin gelap,,,



Betapa indahnya bumi ciptaan Allah,,,


Sewaktu berehat hujung minggu lepas,,, saja teman lepak kat coridor rumah teman,,, dalam seminggu,,, cuma 2 hari saja,,, dapat menikmati keindahan panorama dimalam hari,,, secara spontan dapat idea untuk merakamkan panorama tersebut,,,

Nikmati lah hasil dari Camera Cap Ayam teman,,,


Monday, November 16, 2009

Kampong Cheras Baru - Gunung Nuang,,, 62km


Kayuhan Nostalgia


1) Tempat permulaan,,, Kampung Cheras Baru,,,
Dikiri adalah rumah dimana teman dibesarkan,,,


2) Makan / sarapan penting,,, kalau tak nanti tak ada tenaga untuk pendakian,,,


3) Selepas menikmati sarapan mula berkayuh,,,

4) Menikmati suasana pagi di Bukit Langat berlatar belakangkan
Bandaraya Kuala Lumpur,,,


5) Bagitau kat Apie,,, dulu Abah dan Mama selalu dating kat sini,,, he,,,he,,,he,,,
Teringat kenangan lama masa kayuh kat sini,,,


6) Wajah kepuasan dan keletihan,,,Tiba dipuncak Bukit Langat,,,


7) Melepaskan lelah selepas pendakian yang panjang di Bukit Langat,,,
Nama baru,,, Ampang Hills dan Ampang Saujana,,, baru perasan dah ada taman
perumahan dikawasan ini,,,



8) Anak dan bapak tak lepas peluang bergambar di jalan masuk ke Menara Tinjau,,,

9) Puas panjat Bukit Langat,,,

10) Berehat sebentar di simpang masuk Sungai Perdek,,,


11) Tempat ni dah jadi resort la pulak,,, dulu tempat ni la jadi tempat teman
cari ETAK/ETOK,,, bukan kat Kelantan jer ada tau,,,


12) Ada aweks baik ke,,,


13) Teynang/skodeng sapa tuuuu,,,


14) Jentera B1N1 teman dan Apie pun kesejukan di Kaki Gunung Nuang,,,

15) Kesian Apie,,, basah kuyup dan kesejukan,,,


16) Menumpang khemah rakan V47 dari kesejukan hujan,,,

17) Bersama rakan V47 Alam Damai Community,,,


18) Bergerak balik dalam keadaan hujan ,,, sejuk waktu ni,,,


19) Tak lepaskan peluang merendam kaki untuk menghilangkan kelengguhan,,,


20) Kolam air panas BT 12 Ulu Langat,,,

21) Berhenti ambik gambar sebelum berkayuh dalam hujan semula,,,



Kayuhan kali ni,,, merupakan kali pertama teman berkayuh ditempat sendiri,,, kalau ikut perancangan 9M2JEN Saiful,,, nak mula dari pekan Bt 11,,, tapi bila difikir kembali,,, alang-alang nak berkayuh,,, baik bermula ditempat sendiri,,, sekurang-kurangnya dapat menjenggok orang tua teman yang tak sihat di rumah,,,

Bermula diKlang,,, Saiful call pukul 6.10am menyatakan beliau dah bergerak ke Kuala Lumpur,,,
teman baru jer balik dari Taiping,,, rasa macam baru jer tidur,,, dah kena kejut,,, tapi muskhil dan ada tanda ??? kenapa kejut bila dah bergerak,,, he,,,he,,,he,,,

Bangun,,, kejutkan Apie,,, bersiap dan mengemas jentera yang nak dibawa,,, ikat belakang kereta,,, rasa-rasa teman pukul 6.45am baru bergerak dari Klang menuju ke Kuala Lumpur,,,
setelah mengisi minyak dan pelbagai,,, teman tiba diCheras lebih kurang pukul 7.20am,,,
dah sampai tak boleh ler nak terus kayuh,,, jenggok dulu orang tua,,, takut merajuk pulak,,, kalau tak singgah,,,maklum la,,, jiwa sentitif,,, mungkin bila tua nanti kita akan merasai pulak perasaan begitu,,,

Selesai jer,,, baru nak mula berkayuh,,, tak silap teman,,, dalam pukul 7.45am,,, Apie mengadu ,,, Abah tak sarapan dulu ker,,, kayuh dulu,,, kat bawah tu nanti kita akan jumpa satu kedai nasi lemak best punya,,, kayuh tak sampai 15 minit,,, berhenti,,, sarapan dulu la,,, takut tak de kederat nak mendaki nanti,,, gebebak-gedebuk bagai,,, pukul 8.20am sambung berkayuh kembali,,, time management fail,,, kata kawan teman,,, he,,,he,,,he,,,

Cabaran pertama teman dan Apie,,,mendaki di Bukit C,,, pastu masuk ke Taman Seraya,,, mendaki kali kedua,,, tak berapa tinggi pun,,, sampai kat Petronas Taman Muda,,, singgah dulu,,, beli air dan oksigen teman,,,belok ke kanan,,, terus berkayuh ke arah Jalan Bukit Belacan,,, jumpa trafic light kedua,,, Cabaran pun bermula,,, pendakian Bukit Langat,,,

Alhamdulillah,,, cuaca pagi tu mendung jer,,, ditambah pula dengan ketinggian tempat tersebut dan suasana dingin ,,, rasa nyaman jer badan,,, dalam nyaman tu peluh tak henti mengalir,,, teman dan Apie berkayuh dan target kat puncak nanti baru berhenti rehat,,, kalih-kalih kat belakang ,,, teman tengok Apie makin jauh ke belakang,,, jalan pulak masa tu banyak kenderaan berat,,, jadi seriau pulak,,, sampai di simpang Ampang Saujana,,, teman berhenti,,, tunggu Apie,,, kalau ikutkan memang boleh one shoot sampai ke puncak,,, risau punya pasal,,, anak dah ler sorang,,, berhenti la jugak,,,

Sambil berehat tangkap gambar (4+5) sembang dengan Apie,,, dulu Abah dan Mama dating kat sini ler,,, patut tajuk taruk KAYUHAN NOSTALGIA,,, pasal tempat ni banyak tinggalkan kenangan pada teman,,, dulu tak berkayuh,,, tapi banyak XTVY mendaki,,, Bukit pertama yang teman tawan BUKIT BOTAK,,, korang cari la kat mana bukit tu,,,

Setelah berehat,,, sambung balik kayuhan untuk menawan puncak Bukit Langat,,, Alhamdulillah lepas 3 selekoh sampai la teman dan Apie ke puncak Bukit Langat,,, teman rasa boleh buat 1 shoot dari bawah ke puncak,,, InsyaAllah minggu depan akan berkayuh lagi disini,,, trill, keseronokan dan cabaran dapat menawan puncak Bukit Langat,,, perghhh,,, sukar diterjemahkan dengan kata-kata,,,

Lepas tangkap gambar (6-9),,, Teman call Saiful,,, tanya dah sampai mana,,, dia bagitau dah tukar route,,, masuk kat Bt 18 keluar ke Bt 12,,, teman fikir,,, kang kalau ikut depa ni,,, dah sah teman kena tinggal,,, maklum la,,, rasmi Roadbike baru,,, teman setia pada MTB,,, sooo,,, ambik keputusan teruskan kayuhan ke Gunung Nuang,,,

Selepas pendakian,,, apa lagi,,, dapat upah ler,,, downhill,,, tak ingat dunia,,, cecah 70km/h jugak ler,,, nasib baik sebelum berkayuh dah check brake,,, kalau tak,,, mau jadi superman,,, sampai kat simpang Bt 12,,, ambik ke kiri,,, teruskan kayuhan ,,, sempat singgah berehat kat simpang Hulu Perdek,,, tempat favorate camping masa dulu-dulu,,, kat atas tu ada kebun durian kawan teman,,, dan ada pondok,,, pastu yang bestnya,,, tempat tu laluan napuh dan landak bukit,,, tak tau la ada lagi ke hidupan hutan yang masih tinggal,,,

Sebelum sampai ke kaki Gunung Nuang,,, teman teringat satu tempat yang ada sungai,,, tempat teman mencari etak/etok kata orang Kelantan,,, tapi tempat tu,,, dah dibangunkan menjadi kawasan resort (11),,, Tangkap gambar dan teruskan kayuhan,,, sampai kat Kampung Orang Asli Pangsun,,, hujan turun dengan agak lebat,,, teman dan Apie teruskan juga perjalanan,,, hingga sampai ke kaki Gunung Nuang,,,

Sampai dikaki Gunung Nuang,,, nampak banyak kereta ada antenna panjang(ekor Pari),,, sah ada rakan radio buat program disini,,, dok usha-usha,,, nampak ada khemah yang ada antenna,,, apa lagi singgah ler,,, rupa-rupanya ada rakan radio dari lokalan V47 Alam Damai Community(12-17) ,,, buat kursus cara guna kompas dan membaca peta,,,yang dikendalikan oleh 9W2BCT abang Aswadi,,, tumpang berteduh sambil curi-curi dengar ilmu yang diajar,,, dekat 1 jam jugak ler menunggu hujan berhenti,,, bila reda sikit mula berkayuh untuk balik ke Kampong Cheras Baru,,, sempat juga ambik gambar di jalan masuk ke Taman Rekreasi Gunung Nuang,,,

Sampai kat Sungai Pangsun ,,, hujan mula lebat balik,,, teruskan kayuhan,,, sampai kat Bt 12,,, Apie mengadu kaki rasa nak cramp,,, kebetulan tak jauh dari kolam air panas,,, terus bawak Apie ke sana,,, dapat jugak rendam-rendam kaki,,, pelurus urat,,, lepak dalam 45 minit,,, mula balik kayuhan,,, sampai trafic light Bt12,,, belok ke kanan,,, bermula pendakian Bukit Langat kembali,,, cabaran pun bermula,,, kat sini teman ajar la sikit berkenaan gearing yang betul pada Apie,,, sebab teman nampak ada kesilapan pengunaan gearing masa mendaki,,, Coach guna ilmu anda untuk ajar anak ,,, tak pe kan Coach,,, berhenti 2 kali,,, sehingga sampai kat Kampong Cheras Baru,,,

Jarak kayuhan dalam 62 km,,, 8.20am mula,,, 2.40pm tamat,,, laluan ni memang best,,, sebab redup dan penuh dengan kehijauan,,, insyaAllah nak repeat lagi laluan tu,,, kalau ada rakan-rakan nak ikut,,, tak de masalah,,, mungkin ubah sikit ikut jalan 9M2JEN pulak,,, tapi Bukit Langat TETAP ada dalam route tu,,,