Setia Bersama Misai Tanglooong

Friday, October 30, 2009

Nak Tanya Group Chekedondon,,,

Sambil-sambil ngadap komputer dibilik teman,,, terjumpa satu zip file,,, di administrator ducument,,, teman unzip,,, terkeluarlah gambar-gambar dibawah ini,,, tak tau dari mana datangnya file ni,,, agak terkejut juga teman,,, tak pernah teman melihat spesis ikan ni,,, mula-mula ingat ikan parang,,, bila tengok gambar seterusnya ,,, salah sangkaan teman,,,
Geng-geng chekedondon mungkin boleh nyiasat kut berkenaan spesis ni,,,



Gambar ni tak menunjukan kelainan,,, jangkaan teman ikan parang ler,,,



Tang ni,,, nampak cam Belitung,,, tapi ada jambul pulak,,,



Tak pasti teman ,,, ni kat laut ataupun tasik,,,



Terkejut dengan kepanjangan ikan ni,,,




Diakhir sekali ,,, terselit gambar ni,,, yang menyerupai ikan diatas,,,

So,,, kalau ada rakan-rakan yang mengetahui jenis dan spesis ikan ni,,, boleh la dikongsikan bersama,,, mungkin Group Chekedondon yang aktif memancing dilaut maupun didaratan boleh tolong menyiasat,,,

Tuesday, October 27, 2009

Percubaan Pertama Bersama Apie



Ini adalah hasil dari camera cap ayam yang teman beli tempohari,,, sejak ada camera ni,,, teman tengok Apie agak berminat dalam photografi ni,,, macam-macam gambar yang diambilnya,,, so teman ajak Apie ke Pantai Tanjung Karang untuk menunjukan perbezaan waktu mempengaruhi hasil sesuatu gambar,,, mula-mula teman suruh Apie ambil gambar dulu,,, kemudian teman ambik gambar yang sama cuma berbeza dari sudut yang berlainan ,,, mudah bagi teman nak menerangkan kepada Apie,,,

GAMBAR MENCERITAKAN SERIBU KISAH


Bermula disini,,,


Gambar yang Apie ambik,,,

Gambar yang teman ambik,,, dari sudut berlainan,,,


Gambar dibawah ni,,, teman bagi idea kat Apie,,, dan diambik berbeza waktu,,, tapi masih fokus tempat yang sama,,,





Rasa-rasanya apa yang cuba teman sampaikan kepada Apie,,, dapat difahami sebab teman guna bahasa mudah dan terang sambil ambik gambar,,, kalau gambar tu tak cantik tak apa,,, janji kreativity yang cuba ditampilkan,,, dapat memuaskan hati sendiri,,,



Hasil dari Apie



Hasil dari teman,,,



Hasil dari Apie



Juga dari Apie setelah teman bagi idea,,,



Juga hasil dari Apie,,, sebab katanya cantik pemandangan waktu ni,,,



Hasil dari teman,,,


Puas hati jugak dapat beli camera cap ayam ni,,, sebab mudah nak dikendalikan,,, Apie pun dah faham cara nak mengendalikan,,, teman pun tak pandai sangat,,, dapat belajar sikit-sikit dari Ayahcho dan ZanXray,,, bab explosure dan ISO,,, kekadang jeles jugak tengok blog kengkawan hasil gambar yang cantik,,, mengunakan camera DLSR yang bagak tu,,,

Tengok la nanti,,, ada rezeki nak jugak sambor sebijik,,, tapi sebelum tu,,, kena cari ilmu photografi dari rakan-rakan,,, dari buku,,, dari internet,,,


DARI SESIAPA YANG SUDI BERI KOMEN YANG MEMBINA,,, THX

Monday, October 26, 2009

XTVY Hari Minggu


Walimatul Urus Anak Saudara


Dendangkan lagu khas buat pengantin
KEKASIH AWAL DAN AKHIR



Selamat Pengantin Baru
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT



Dah besar anak saudara teman,,, tapi masih manja dengan teman,,,
Kakak dan Adik


Syifa


Keluarga Pak Long teman,,,
Besor dah anak Kak Ani yang 2 orang tu,,,
duduk belah kiri,,,


---------------------------------------------------------------------------------

Hari Sukan Sekolah APIE



Apie dengan medal



Meraikan kemenangan



Penyampaian Hadiah



Apie bersama rakan-rakan rumah PLUTO


Apie,,, first of all,,, Abah nak minta maaf,,, pasal terlewat datang tengok majlis perbarisan dan lafaz ikrar sukan yang Apie lakukan,,, dengar cerita Apie ada sikit gigil masa memimpin lafaz ikrar tu,,, tak dapat Abah tengok keGIGILan Apie,,, he,,,he,,,he,,,

Ini merupakan Sukan Sekolah Rendah yang terakhir Apie sebelum melangkah ke Sekolah Menengah tahun depan,,, at least,,, Abah tengok Apie enjoy masa hari sukan tu,,, masuk banyak acara ,,, tapi tak menang,,,macam tahun lepas,,, dikhabarkan mengalami kecederaan kaki,,, tak pe,,, tahun depan boleh tunjuk bakat kat sekolah menengah pulak,,,

Tapi yang paling syok Abah tengok ,,, ramai aweks yang cun tegur Apie,,, he,,,he,,,he,,,
Cam Abah dulu-dulu lak,,, he,,,he,,,he,,,

Friday, October 23, 2009

9W2BTU di Taiping



Inilah wajah 9W2BTU ( Bini Tok Uban ) Kak Miah yang portable 2 hari di Taiping
pada 19/20.10.09,,, Sarapan pagi bersama teman dan Abu Pelamin 9W2ABV,,,
tergelak Kak Miah menceritakan kejadian diawal pagi he,,, he,,, he,,,




Kak Miah bersama dengan DMGarry menikmati makan tengahari di Restoren Chili Padi




Antara rakan Taiping yang hadir JTJ, GTA, VZO, ONK, DMGarry, OCC



Jamil Tok Janggut, Akmal, Abg Victor, Ongah, Dato' Megat, Kak Miah dan Teman
Meriah jugak eyeball ni,,, tak kering gusi dengan keramahan Kak Miah



Pada 16.10.09 teman menerima sms dari Kak Miah ( Kuala Rompin ) mengatakan beliau akan turun ke Taiping menemani kekanda beliau untuk menghadiri Perbarisan Tamat Latihan anak buah beliau di Pusat Latihan Penjara Taiping,,, kebetulan teman baru pulang dari Padang Indonesia,,, dan nak ke HS9 untuk program KPLR 09,,, teman bertanya kepada Kak Miah ,,, bila nak datang??? Kak Miah kata hari Isnin 19.10.09,,,

Teman agak teruja jugak nak menemui Kak Miah ni,,, maklum lah dah lebih 3 tahun berQSO diruang udara jer,,, tak pernah bertentang mata,,, Jadi teman bertanya 9W2TOU Tok Uban tak turun sekali ker,,, Kak Miah kata Tok Uban tak dapat datang kerana ada tugasan,,, agak hampa jugak,,, asal dapat bertemu dengan Kak Miah pun jadi ler,,,

19.10.09 Pukul 4 am terima panggilan dari Kak Miah mengatakan beliau Dot,,, Dot,,, Dot,,, sapa-sapa nak tau,,, jumpa didaratan nanti teman cerita,,, dalam mamai-mamai dan kepenatan selepas kayuhan ke Hatyai,,, terus teman gelak sorang-sorang,,, he,,, he,,,he,,, Kak Miah ,,, Kak Miah,,, camana la boleh jadi camtu,,, walau macamana pun Kak Miah selamat tiba ke Taiping pukul 9.30 am,,,

Teman dan Abu Pelamin 9W2ABV menjemput Kak Miah kat Kemunting Raya,,, terus bawak sarapan pagi di Selera Malam,,, dok sembang kejadian diawal pagi,,, ngekek teman dan Abu pelamin,,, lepas sarapan mintak tolong Abu Pelamin check in Kak Miah kat Hotel Panorama di Bandar Warisan,,, Teman kena lari masuk bertugas kembali,,,

Tengahari teman terima panggilan dari DMGarry ajak makan tengahari bersama Kak Miah di Restoren Chili Padi,,, sampai kat sana tenggok dah ramai rakan-rakan Taiping tiba,,, memang meriah tengahari tu,,, Kak Miah pun ramah,,, kena lak dengan keletah DMGarry, Ongah, Jamil Tok Janggut, Akmal, Abg Victor dan teman,,, kecoh dibuatnya kat Restoren tu,,,

Selesai makan DMGarry bawak Kak Miah ke PULAPEN untuk bertemu dengan anak buah Kak Miah,,, teman dan rakan-rakan sambung tugasan,,, maklum la tengah Saltmine,,, lari dari tugas,,, he,,,he,,,he,,,

20.10.09 Teman agak sibuk dengan tugasan,,, dalam pukul 3.30 pm baru teringat nak call Kak Miah,,, nak tanya dah selesai ker,,, Perbarisan Tamat Latihan anak buah,,, Kak Miah cakap la ni,,, dah dalam bas,,, tak kesampaian nak menemankan Kak Miah pusing-pusing Taiping,,, walau camana pun teman ucapkan selamat dalam perjalanan ke Kuala Rompin kat Kak Miah,,, dan tak lupa sampaikan salam teman kat Tok Uban,,,




Wednesday, October 21, 2009

Bukan Nak Tegak Benang Basah,,,


Kejadian berlaku semasa nak mula mendaki Bukit Wang Kelian
Rasa mau nanggis pun ada,,, baru dapat feel berkayuh,,, dah 2 bulan rehat,,,
Sanggup balik dari Padang Indonesia dan tinggalkan pasukan semata-mata mau kayuh beb,,,
Sila Rujuk [ LINK ]
Hanger yang memegang RD patah menyebabkan rantai putus dan RD bengkok



Terpaksa berpatah balik ke Pekan apa tah,,, tempat Refill 100+ dan roti
Cuma kat situ jer yang ada Kedai Basikal dan berhampiran dengan tempat kejadian
Masa gambar ini diambil,,, dah dapat agak apa yang bakal teman hadapi,,,
Tapi tak kisah ler,,, pasal rasa rugi kalau tak dapat teruskan kayuhan ke Hatyai
Daripada memandang jer rakan-rakan mengayuh,,, baik ambik risiko naik 4x4 untuk
cari spare parts,,,



Beginilah keadaan B1N1 teman masa tiba kat kedai tu,,,


Mujur ada Frame GT jugak kat kedai tu,,, jadi ambik dan terus pasang kat B1N1 teman
Yang jadi masalahnya Tokey kedai tu pun ikut program kayuhan jugak,,,
Yang ada cuma bapak tokey jer,,, tak tau nak repair,,,
,,,Rabak la 400 Baht,,,


Jadi ambik keputusan,,, daripada buang masa,,, dan takut jauh ditinggalkan olek rakan-rakan
Cycling Hams Malaysia,,, seret ler B1N1 teman untuk cari VZO @ coach untuk bantu
repair B1N1 teman,,, Alhamdulillah,,, rakan-rakan menunggu teman kat pintu Imigrasen
Wang Kelian,,,


Masa jumpa VZO,,, rasa macam nak peluk jer,,, ingat dah kena tinggal,,,


Syukur VZO dapat baiki kerosakan B1N1 teman dalam kekurangan peralatan,,,
Walaupun tak berapa sempurna kerana gear 7,8 dan 9 tak boleh digunakan,,, lepas jugak
sampai ke Hatyai dengan keadaan jalan yang ada pendakian,,, terjelir jugak lidah,,,

Abg Salehudin, Abg Bravo, teman dan VZO


Terima kasih yang tak terhingga kepada Abg Salehudin dari Perlis MTB Group yang membantu mencarikan spare parts dari mula sehingga selesai B1N1 teman siap diperbaiki,,, jugak kepada VZO yang dapat menyelesaikan masalah B1N1 teman dengan peralatan yang minima,,,

Tanpa bantuan mereka ini,,, mungkin teman frust nonggeng,,,
,,,tak dapat meneruskan kayuhan,,,

,,,sehingga ke Hatyai,,,




,,,DAN TAK MERASAI,,,

,,,APA YANG PARA PESERTA KPLR 09,,,

,,,RASAKAN,,,




Sila rujuk [ LINK ]

Monday, October 19, 2009

Kangar - Hatyai - Padang Besar - Kangar 1



Eyeball Bersama Rakan Kangar



Baru tiba diKangar,,, sewa homestay,,, disambut oleh rakan-rakan Radio Amature localan Kangar dengan juadah yang best,,, termasuk air nira nipah,,, sejuk badan,,,


Abg Bravo (9W2BPT) dan Mizi (9W2SWL)



Antara menu,,, tapi yang best bagi teman Kuih Qasidah tu,,,


Antara rakan Kangar yang hadir,,,


Baju putih tu la 9W2DBT Dato' Bahari yang dapat meluangkan masa menyambut ketibaan konvoi kami


9W2SWL, 9W2KRE, 9W2DMG, 9M2NNL dan 9W2VZO
Mizi, Bakry, Dato' Megat, Nasir dan Jamil


9W2OCC, 9W2SWL, 9W2KRE
Teman, Mizi dan Bakry


------- Keletihan dan terkapar didaratan-------


9W2DSI (Din ) dan Hamzah


Asik amik gambor kengkawan jer,,, teman pun nak jugak bergambor,,,

Gambor diambil sebelum okestra Cycling Hams Malaysia memulakan
,,,Concert Live In Kangar,,,

,,,Ayat yang patut diambil PERHATIAN,,,

,,,TIDOQ LA KAMU SEBELUM TEMAN TIDOQ,,,



---------------------------------------------------------------------------------------


Kayuhan Pecah Lemak Raya 2009

Kangar - Hatyai - Padang Besar - Kangar ( 223km )



Bersedia sebelum memulakan kayuhan



Coach ( VZO ) dan teman ( OCC )


Starting Point SMK Padang Katong Kangar


Cycling Hams Malaysia segak dan bergaya di starting point
dengan Jersey Orange Apple Green







Basikal teman meragam sebelum mendaki Bukit Wang Kelian,,,

Terpaksa berpatah balik ke CP1 untuk membeli spare parts ( Hanger )
Alhamdulillah ada barang yang dicari,,, kalau tak pasti teman frust nonggeng,,,
Rabak 400 Baht


9W2YR Pak Yob bergaya dengan basikal baringnya
menjadi perhatian di Hatyai


Pak Yob dan Hamzah layan downhill yang mencecah 75 km/h


Coach setting balik basikal teman,,, kat tepi pintu keluar Wang Kelian,,,


Kali pertama menjejakan kaki ke Negara Thailand


Syok layan kerenah DMGarry

Din Sri Iskandar dan DMGarry


Din, DMGarry dan Coach


Din, DMGarry, Coach dan teman,,,


Din, teman, DMGarry, Pak Yob dan Pak Nasir
Coach dan Mie


Melepaskan lelah ditepi jalan,,, masa ni mental down pasal terik mentari,,,

Masa ni semua orang happy,,, makan time,,,


Hamzah,,, PENGSAN,,,


Mie dan Pak Nasir,,, berselera sungguh,,,


Tiga beradik,,, kata Pak Zain ( 9W2ZAC )
Selalu kayuh tapi perut tak mau turun,,, he,,,he,,,he,,,


Melayan perasaan,,,


Teman cam biasa,,, semua sedap,,, dan murah makan disini,,,
Ulam satu tray depa hantar,,,

Coach dah berhenti,,, hujan ribut pun berhenti,,, teman terus sodok jer,,,
Hamzah pengsan tak bangun-bangun sampai ke Hatyai,,,
Apa lagi ,,, naik lori ler,,,


Terkejut kena tegur dengan DMGarry,,,
Potong stim jer,,,

Perhentian yang ke berapa tah,,, lagi 35 km sebelum tiba ke Hatyai
Coach Cramp,,, kepanasan melampau,,,


Sepanjang jalan ,,, kalau berhenti jer,,, DMGarry jadi tukang urut



Ditengah bandar Hatyai,,, pekena teh tarik,,, bersama rakan dari HS9


Dalam perjalanan balik ke Kangar melalui Pekan Sadao,,,
berhenti diBalai Polis Khlong Hgae
Dijamu dengan air kelapa dan cincau sejuk,,,


Selamat tiba ke bumi Malaysia,,,


Finishing Line di SMK Putra Padang Katong
Disambut olek rakan-rakan Hams Perlis

Alhamdulillah,,, dapat jugak teman tamatkan kayuhan ini,,, sebelum bermula agak berdebar jugak ,,, pasal dah hampir 2 bulan tak berkayuh,,,


-----------------------------------------------------------------------------


Program Menambah Lemak




Pekena bihun sop yang menyelerakan di Jitra,,,
Tengok kat belakang tu,,, 4 periuk besar kuah sop saja,,,



Terima kasih Pak Din Jitra (9W2DBS ) kerana menjamu kami,,,



Teman pekena 2 mangkuk,,, 1 mangkuk bihun sop,,, 1 mangkuk lagi layan sop campur,,,


Post mortem kayuhan ni,,, semua puas hati,,, bak kata DMGarry,,, 1000 macam cerita dan kerenah yang ada,,, kalau ada lagi program kayuhan jarak jauh ni,,, pasti teman dan rakan-rakan akan turut serta,,, tak sampai lagi ke bumi Malaysia,,, dah ada bunyi ,,, nak buat kayuhan ke Pak Barra pulak,,, dan seperti biasa ,,, semua rakan-rakan tak sabar nak ikut serta,,, yang ni mungkin khas untuk rakan-rakan Hams,,,

,,,ANDA BERMINAT,,,,

,,,TUNGGUUUUUUU,,,