Kayuhan Nostalgia
5) Bagitau kat Apie,,, dulu Abah dan Mama selalu dating kat sini,,, he,,,he,,,he,,,
Teringat kenangan lama masa kayuh kat sini,,,
7) Melepaskan lelah selepas pendakian yang panjang di Bukit Langat,,,
Nama baru,,, Ampang Hills dan Ampang Saujana,,, baru perasan dah ada taman
perumahan dikawasan ini,,,
11) Tempat ni dah jadi resort la pulak,,, dulu tempat ni la jadi tempat teman
cari ETAK/ETOK,,, bukan kat Kelantan jer ada tau,,,
Kayuhan kali ni,,, merupakan kali pertama teman berkayuh ditempat sendiri,,, kalau ikut perancangan 9M2JEN Saiful,,, nak mula dari pekan Bt 11,,, tapi bila difikir kembali,,, alang-alang nak berkayuh,,, baik bermula ditempat sendiri,,, sekurang-kurangnya dapat menjenggok orang tua teman yang tak sihat di rumah,,,
Bermula diKlang,,, Saiful call pukul 6.10am menyatakan beliau dah bergerak ke Kuala Lumpur,,,
teman baru jer balik dari Taiping,,, rasa macam baru jer tidur,,, dah kena kejut,,, tapi muskhil dan ada tanda ??? kenapa kejut bila dah bergerak,,, he,,,he,,,he,,,
Bangun,,, kejutkan Apie,,, bersiap dan mengemas jentera yang nak dibawa,,, ikat belakang kereta,,, rasa-rasa teman pukul 6.45am baru bergerak dari Klang menuju ke Kuala Lumpur,,,
setelah mengisi minyak dan pelbagai,,, teman tiba diCheras lebih kurang pukul 7.20am,,,
dah sampai tak boleh ler nak terus kayuh,,, jenggok dulu orang tua,,, takut merajuk pulak,,, kalau tak singgah,,,maklum la,,, jiwa sentitif,,, mungkin bila tua nanti kita akan merasai pulak perasaan begitu,,,
Selesai jer,,, baru nak mula berkayuh,,, tak silap teman,,, dalam pukul 7.45am,,, Apie mengadu ,,, Abah tak sarapan dulu ker,,, kayuh dulu,,, kat bawah tu nanti kita akan jumpa satu kedai nasi lemak best punya,,, kayuh tak sampai 15 minit,,, berhenti,,, sarapan dulu la,,, takut tak de kederat nak mendaki nanti,,, gebebak-gedebuk bagai,,, pukul 8.20am sambung berkayuh kembali,,, time management fail,,, kata kawan teman,,, he,,,he,,,he,,,
Cabaran pertama teman dan Apie,,,mendaki di Bukit C,,, pastu masuk ke Taman Seraya,,, mendaki kali kedua,,, tak berapa tinggi pun,,, sampai kat Petronas Taman Muda,,, singgah dulu,,, beli air dan oksigen teman,,,belok ke kanan,,, terus berkayuh ke arah Jalan Bukit Belacan,,, jumpa trafic light kedua,,, Cabaran pun bermula,,, pendakian Bukit Langat,,,
Alhamdulillah,,, cuaca pagi tu mendung jer,,, ditambah pula dengan ketinggian tempat tersebut dan suasana dingin ,,, rasa nyaman jer badan,,, dalam nyaman tu peluh tak henti mengalir,,, teman dan Apie berkayuh dan target kat puncak nanti baru berhenti rehat,,, kalih-kalih kat belakang ,,, teman tengok Apie makin jauh ke belakang,,, jalan pulak masa tu banyak kenderaan berat,,, jadi seriau pulak,,, sampai di simpang Ampang Saujana,,, teman berhenti,,, tunggu Apie,,, kalau ikutkan memang boleh one shoot sampai ke puncak,,, risau punya pasal,,, anak dah ler sorang,,, berhenti la jugak,,,
Sambil berehat tangkap gambar (4+5) sembang dengan Apie,,, dulu Abah dan Mama dating kat sini ler,,, patut tajuk taruk KAYUHAN NOSTALGIA,,, pasal tempat ni banyak tinggalkan kenangan pada teman,,, dulu tak berkayuh,,, tapi banyak XTVY mendaki,,, Bukit pertama yang teman tawan BUKIT BOTAK,,, korang cari la kat mana bukit tu,,,
Setelah berehat,,, sambung balik kayuhan untuk menawan puncak Bukit Langat,,, Alhamdulillah lepas 3 selekoh sampai la teman dan Apie ke puncak Bukit Langat,,, teman rasa boleh buat 1 shoot dari bawah ke puncak,,, InsyaAllah minggu depan akan berkayuh lagi disini,,, trill, keseronokan dan cabaran dapat menawan puncak Bukit Langat,,, perghhh,,, sukar diterjemahkan dengan kata-kata,,,
Lepas tangkap gambar (6-9),,, Teman call Saiful,,, tanya dah sampai mana,,, dia bagitau dah tukar route,,, masuk kat Bt 18 keluar ke Bt 12,,, teman fikir,,, kang kalau ikut depa ni,,, dah sah teman kena tinggal,,, maklum la,,, rasmi Roadbike baru,,, teman setia pada MTB,,, sooo,,, ambik keputusan teruskan kayuhan ke Gunung Nuang,,,
Selepas pendakian,,, apa lagi,,, dapat upah ler,,, downhill,,, tak ingat dunia,,, cecah 70km/h jugak ler,,, nasib baik sebelum berkayuh dah check brake,,, kalau tak,,, mau jadi superman,,, sampai kat simpang Bt 12,,, ambik ke kiri,,, teruskan kayuhan ,,, sempat singgah berehat kat simpang Hulu Perdek,,, tempat favorate camping masa dulu-dulu,,, kat atas tu ada kebun durian kawan teman,,, dan ada pondok,,, pastu yang bestnya,,, tempat tu laluan napuh dan landak bukit,,, tak tau la ada lagi ke hidupan hutan yang masih tinggal,,,
Sebelum sampai ke kaki Gunung Nuang,,, teman teringat satu tempat yang ada sungai,,, tempat teman mencari etak/etok kata orang Kelantan,,, tapi tempat tu,,, dah dibangunkan menjadi kawasan resort (11),,, Tangkap gambar dan teruskan kayuhan,,, sampai kat Kampung Orang Asli Pangsun,,, hujan turun dengan agak lebat,,, teman dan Apie teruskan juga perjalanan,,, hingga sampai ke kaki Gunung Nuang,,,
Sampai dikaki Gunung Nuang,,, nampak banyak kereta ada antenna panjang(ekor Pari),,, sah ada rakan radio buat program disini,,, dok usha-usha,,, nampak ada khemah yang ada antenna,,, apa lagi singgah ler,,, rupa-rupanya ada rakan radio dari lokalan V47 Alam Damai Community(12-17) ,,, buat kursus cara guna kompas dan membaca peta,,,yang dikendalikan oleh 9W2BCT abang Aswadi,,, tumpang berteduh sambil curi-curi dengar ilmu yang diajar,,, dekat 1 jam jugak ler menunggu hujan berhenti,,, bila reda sikit mula berkayuh untuk balik ke Kampong Cheras Baru,,, sempat juga ambik gambar di jalan masuk ke Taman Rekreasi Gunung Nuang,,,
Sampai kat Sungai Pangsun ,,, hujan mula lebat balik,,, teruskan kayuhan,,, sampai kat Bt 12,,, Apie mengadu kaki rasa nak cramp,,, kebetulan tak jauh dari kolam air panas,,, terus bawak Apie ke sana,,, dapat jugak rendam-rendam kaki,,, pelurus urat,,, lepak dalam 45 minit,,, mula balik kayuhan,,, sampai trafic light Bt12,,, belok ke kanan,,, bermula pendakian Bukit Langat kembali,,, cabaran pun bermula,,, kat sini teman ajar la sikit berkenaan gearing yang betul pada Apie,,, sebab teman nampak ada kesilapan pengunaan gearing masa mendaki,,, Coach guna ilmu anda untuk ajar anak ,,, tak pe kan Coach,,, berhenti 2 kali,,, sehingga sampai kat Kampong Cheras Baru,,,
Jarak kayuhan dalam 62 km,,, 8.20am mula,,, 2.40pm tamat,,, laluan ni memang best,,, sebab redup dan penuh dengan kehijauan,,, insyaAllah nak repeat lagi laluan tu,,, kalau ada rakan-rakan nak ikut,,, tak de masalah,,, mungkin ubah sikit ikut jalan 9M2JEN pulak,,, tapi Bukit Langat TETAP ada dalam route tu,,,
Memang best bro.... Laluan bro ikut tu laluan saya untuk ke Empangan Semenyih... hehheheh
ReplyDeleteecham,,,
ReplyDeleteya betul tu echam,,, kawasan tu dari hutan teman dah redah,,, memang tinggal kat bukit A kg cheras baru tu,,, dr thn 1969,,,
k,,, Bukit Botak yg teman sebut kat atas adalah sebahagian dari Kg Semerah Padi,,, dah bagi klue,,, cari pulak kat mana kedudukan Kg Semerah Padi pulak,,, kat kl jer
ReplyDeletesalam bang sham,
ReplyDeletecemburu aku tengok ko kayuh dgn harmonik,hehehe..harmonik aku kecik sgt lagi..bagus aktvt camni,sihat dapat anak sama ayah lg tambah+tambah ngam..alhamdulillah.
mmg like father like son la ni abg sham..all the best bro!
mazru,,,
ReplyDeletetu la sorang jer harmonik teman,,, dia la madu,,, dia la racun,,, agak2 klau nak tambah harmonik,,, kena tambah xyl ker mazru,,, he,,,he,,,he,,,
kalo mampu ape salahnye...kes kes kes kes kes...
ReplyDelete