Setia Bersama Misai Tanglooong

Thursday, November 26, 2009

Kayuhan Gulai Semilang,,,



Pukul 4:30 petang abah telefon apie tanya nak kayuh ke BUKIT MERAH ke gulai semilang? Apie cakap kayuh ke gulai semilang. Apie dah lama tak makan .. Tengok blog abah ada macam-macam jenis makanan. Tu yang ajak kesana ….. Pukul 5 petang abah balik dari kerja . Kira-kira pukul 5:20 petang bergerak ke rumah Pakcik Jamil.
Sampai kat rumah Pakcik Jamil pukul 5:50 petang. Kami jumpa Pak Kecik (DLG). Pakcik Jamil tengah bersembang dengan Pak Kecik. Pukul 6 petang kami mula berkayuh ke gulai semilang. Mula-mula kami melalui Kampong Boyan,, menuju ke simpang, Sampai traffic light Taman Kaya. Tiba-tiba tayar abah pancit,,, Pakcik Jamil cakap nanti berhenti kat kedai basikal kat depan tu. Abah dan Pakcik Jamil nampak ada buah Rambutan kat dalam plastic putih. Mereka ambil sebijik buah rambutan dan rasa. Abah dan Pakcik Jamil cakap buah ni manis macam buah Laici. Abah tak berhenti makan.
Kira-kira 20 minit kami berhenti,,, kami meneruskan kayuhan Matang Gelugok . Abah menelefon kedai semilang untuk order hidangan yang selalu abah pesan. Pakcik Jamil dan Abah semakin laju,,, apie kejar mereka. Mereka tak boleh tinggal kan apie. Kelajuan masa tu 35 km/h. Kira-kira pukul 7 malam kami sampai ke gulai semilang. Kami duduk dan berehat sehingga menunggu hidangan sampai. Kira-kira 15 minit kami berehat ,,, Pakcik Jamil nampak kereta pesona yang ada ekor pari di belakang kereta. Rupanya ,,, Cikgu Bob(BPT) dan Cikgu Mizan(XPT).
Kira-kira 20 minit kami bersembang ,,, hidangan pun sampai… Kami baca doa makan dulu baru makan. Selesai saja makan kami berehat untuk menurun kan nasi,,, kalau kami terus berkayuh nanti muntah sebab kami makan banyak masa tu. Pukul 8:20 malam bersalam dengan Cikgu Bob dan Cikgu Mizan sebelum mula berkayuh. Sebelum kami berkayuh pulang ke rumah,,,, kami membaca bismilah dulu sebelum mula berkayuh.
Kami berkayuh dengan jalan yang sama. Kali ni kami berkayuh dengan kelajuan 27 km/h. Kira-kira 35 minit berkayuh,,, saya dan Pakcik Jamil berlumba siapa sampai dulu ke rumah Pakcik Jamil. Memang dah terbukti Pakcik Jamil memang makan muntah. Kami berehat dulu di rumah Pakcik Jamil. Abah hendak betul kan basikal dan tukar RD yang baru. Jadi abah tinggal kan basikal di rumah Pakcik Jamil. Apie dan abah pulang kerumah menaiki kereta. Masa kat dalam kereta apie dah pengsan dah waktu tu. He,,,he,,,he. Jarak kayuhan kami kali ni ialah 30 km.
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Apie petang ni dah balik ke klang,,,, tak tahu bila nak datang sini lagi. Insyallah nanti apie datang lagi tapi tak tahu la bila. Pada Pakcik Jamil terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkayuh dengan Apie dan memberi tunjuk ajar pada Apie teknik berkayuh dengan betul. Kayuhan semalam memang seronok.



Cikgu Bob BPT dan Pakcik Jamil VZO


Apie dan Cikgu Mizan XPT


Basikal Abah dan Apie


Cantik kedai tu. betul-betul tepi sungai


Gambar kenangan Apie


Makanan yang Abah order


Pakcik Jamil VZO


Hasil Nukilan Apie

1 comment:

  1. apie,
    abah dah tak mo menulis lagi ke?kekekkeke....

    apepun apie mmg pandai menulis,abg pun tak boleh celen apie..

    bagus keep it up..

    slm aidiladha dari abg sekeluarge..

    ReplyDelete