Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, February 2, 2010

Kayuhan Riadah,,, Pulau Langkawi,,,

29/1/2010

Taiping - Kuala Perlis

Kayuhan kali ini adalah kayuhan separa ad-hoc,,, bermula dari menerima undangan dari grop cikgu-cikgu diTaiping,,, setelah bertemu pada hari Rabu malam Khamis,,, pada mulanya hampir tertunda atas sebab-sebab tertentu,,, tetapi setelah mendapat nasihat dan rangsangan dari rakan Cycling Ham Malaysia ( riders-riders durjana ) he,,,he,,,he,,, akhirnya tercapai kata sepakat untuk meneruskan program kayuhan ini,,,

Hari Jumaat pukul 6.30pm sepatutnya berkumpul di Tol Kemunting Utara,,, tetapi teman dan rakan-rakan Cycling Ham Malaysia iaitu VZO Jamil, DMG Megat dan ONK Ongah agak terlewat kerana DMG dot,,,dot,,,dot,,,

Setelah bergabung di RnR Bukit Merah,,, kami berkonvoi menuju ke Kuala Perlis,,, perjalanan lancar kerana kedua-dua kenderaan mempunyai alat komunikasi untuk berhubung,,, memudahkan kalau ada apa-apa masalah dan juga untuk bersembang semasa dalam perjalanan,,,

Sebelum sampai ke Juru kereta yang dinaiki oleh Shah, Yus, cikgu Mie dan adik beliau mengalami masalah,,, basikal diatas bumbung hampir terjatuh ke lebuhraya,,, mujur ada basikal Shah yang digantung dibonet menyelamatkan keadaan,,, kalau tak,,, lebur 3 buah basikal berterabur atas lebuhraya dilenyek lori dan trailer,,,

Nanggis tak Berlagu bro,,, he,,,he,,,he,,,

Singgah lapik perut kat RnR Gurun,,, sebab dah janji nak bawak cikgu-cikgu kita ni nak merasa nasi lemak Royale kat Alor Star,,, Puas hati pekena nasi lemak Royale ni,,, sedap,,, he,,,he,,,he,,,
Setelah tu sambung balik perjalanan menuju ke Kuala Perlis,,,

Sampai ke rumah Cikgu Bad dalam pukul 11.30pm,,, turunkan basikal dan barang,,, dapat panggilan dari Abg Ronn ajak minum-minum,,, sambil berbincang program kayuhan untuk bulan 5 ni,,, pada rakan-rakan yang membaca ni,,, nak join boleh ler kumpul-kumpul RM,,, Program Kayuhan Ke Songkhla,,, harap ramai rakan Radio Amatur dapat bergabung,,,




B1N1 teman yang setia,,,
dah ditambah asessori,,, agak-agak jumpa marka kat tepi jalan,,,
beg tu boleh kasi turun,,, dah ada carrier,,, he,,,he,,,he,,,


Sampai jer kat rumah Cikgu Bad,,, VZO Jamil tak menang tangan,,,
Semua basikal dia dok check,,, takut ada masalah teknikal pulak,,,
nanti kena naik lori pulak,,, heboh 1 Malaya,,, he,,,he,,,he,,,



30/1/2010

Kuala Perlis - Pulau Lagenda Langkawi...



Awal pagi,,, bersiap sebelum memulakan kayuhan ke Jeti Kuala Perlis,,,


ONK Ongah dan DMG Megat,,,


Sampai di Jeti Kuala Perlis,,,
Bertemu dengan Blogger Perlis Power MTB,,,
Saudara Ari,,, yang juga menuju ke Pulau Langkawi,,,
sebelum menuju ke Puala Tuba dan Pulau Dayang Bunting,,, LINK



VZO Jamil dan teman,,,




Suasana di Jeti Kuala Perlis,,,
Masa ni DMG Megat tengah bergaduh/bertekak dengan pihak pengurusan sebab tak
bagi kami bawak basikal naik ferry,,,

Surat-menyurat dah di serahkan ,,, cuma berlaku miss comunication jer,,,


Teman, Ongah, Jamil dan Cikgu Bad,,,


Alhamdulillah,,, kami semua dapat naik ferry bersama B1N1 sekali,,,
kalau tak,,, hampehhh,,,
Thanks to DMG,,, mulut tarak insurans punya,,,
Habis semua orang dicabainya,,, he,,,he,,,he,,,


4 riders durjana Cycling Ham Malaysia,,,
he,,,he,,,he,,,


3 beradik,,, mak bapak lain-lain,,,
yang sama,,, PERUT JER,,, he,,,he,,,he,,,


Sampai di Pulau Lagenda dalam pukul 9.50am,,,
Berkumpul sebelum memulakan Kayuhan,,,

Kayuhan pertama,,, kayuh perut dulu la,,,
lapor,,, tak sarapan pagi lagi,,, Di Pekan Kuah,,,
he,,,he,,,he,,,



Ini merupakan kayuhan touring pertama bagi Ongah bersama Cycling Ham Malaysia,,,
Selalu berjanji,,, tapi,,, last minit,,,
ayat paling popular beliau,,,

Sory la beb,,, tak dapat ikut,,,
URUSAN SRI PADUKA BAGINDA,,,


Setelah selesai bersarapan,,, kayuhan untuk menakluk Langkawi bermula,,,

Dari Pekan Kuah,,, kami menuju ke Tanjung Rhu melalui Jalan Ayer Hangat,,, laluan yang santai,,, tak berapa panas sangat,,, di laluan ini,,, jumpa Komplex Sukan Langkawi,,,
dan juga Taman Hidupan Liar Langkawi,,, tak masuk pun,,, sekadar bergambar,,,


Ongah dan Teman,,,

Setelah bergambar,,, kayuhan diteruskan,,, tapi ada kata-kata panas dan menjadi bahan lawak sepanjang kayuhan selepas itu,,,

Woi,,, kayuhan riadah,,, bukan laju cam HARAM JADAH,,,

he,,,he,,,he,,,

BUKTINYA

Saksikan sendiri la,,,


Agak-agak anak sapa la,,,
yang tergolek kat kaki lima Komplex Air Panas yang baru dibuka ni,,,

Setelah berehat sebentar,,, mulakan kayuhan lagi,,, jumpa Galeri Perdana,,, selepas tu jumpa bulatan,,, ambik pukul 9 melalui Jalan Tanjung Rhu,,,sehinggalah sampai kat Pantai ni,,, rakan-rakan kata stop dulu,,, pantai ni cantik untuk bergambar,,, teman cakap kita belum sampai lagi kat Pantai Tanjung Rhu lagi,,,





Selepas bergambar,,, terus berkayuh untuk menuju ke check point pertama iaitu Pantai Tanjung Rhu,,, masa ni bahang terik matahari mula terasa,,, tapi disebabkan laluan menuju ke Pantai Tanjung Rhu menarik dengan pokok pain / rhu dikiri kanan jalan,,, berhenti dulu untuk bergambar,,,



Kalau ada salji,,, perghhh,,, sebiji cam Europe,,,
he,,,he,,,he,,, berangan jer la,,,


VZO Jamil aka Abg Vic,,,


Sampai kat Pantai Tanjung Rhu,,, Pantai nya cantik,,,
TAPI,,, Papan Tanda tu,,, menyakitkan mata,,,



Kat sini berehat agak lama juga,,, matahari tengah tegak atas kepala,,,
banyak pemandangan yang INDAH-INDAH,,,
he,,,he,,,he,,,


Dah tau tak sapa yang tergolek kat Komplex Air Panas tadi,,,
he,,,he,,,he,,,



Masih SETIA dengan Jersey Orange Apple Green,,,


Setelah berehat dalam 1 jam,,, kami berpatah balik untuk menuju ke check point kedua iaitu Stesen Kereta Kabel dan Telaga Tujuh,,, dari Jalan Tanjung Rhu jumpa balik bulatan,,, ambik pukul 3,,, menuju ke Jalan Teluk Yu,,, melalui Teluk Ewa,,, laluan ni best,,, laluan Roller Coaster,,, syok dok layan jalan ni,,, jalan jongkang jongkit,,, sampai ada yang hampir terjongket,,,
he,,,he,,,he,,,



Simpang 3 menuju ke Stesen Kereta Cable dan Telaga Tujuh,,,


Bergambar di Stesen Kereta Cable,,,


Selepas melepak sambil tengok-tengok gelagat orang ramai,,, kami berkayuh menuju ke Telaga Tujuh,,, 4 riders jer yang panjat ke atas,,, yang lain-lain,,, dok melepak sambil makan-makan,,, minum-minum,,, teman rasa rugi tak panjat ke atas tu,,, tengok gambar rakan-rakan menarik sungguh,,, kalau kata nak sampai lagi dengan basikal tak tau la bila lagi,,,


Geng lepak-lepak,,, makan-makan dan minum-minum,, he,,,he,,,he,,,

Selesai jer lepak dan memanjat Telaga Tujuh,,, kayuhan di teruskan lagi,,, terpaksa berpatah balik,,, jumpa simpang 3 masuk ke Jalan Pantai Kok,,, sampai kat The Harbour,,, lepas tu laluan pendakian,,, boleh tahan jugak Bukit apa entah,,, pastu dapat upah ler,,, layan downhill,,, sampai kat bawah tengok Jamil, ongah dan Shah tengah berehat sambil menanti rakan-rakan dibelakang,,,



Tunggu 4 riders lagi tak sampai,,,

Setelah semua bergabung,,, teruskan kayuhan,,, sambil tu mata dok tinjau-tinjau kedai mana yang boleh berhenti,,, jumpa pulak kedai ada jual ABC,,, semua dok pakat berhenti,,, balun dulu ABC sorang semangkuk,,,

Teruskan kayuhan seterusnya menuju ke Lapangan Terbang Langkawi kat Padang Mat Sirat,,, check point ketiga,,, sebab 9w2jml dok tunggu nak jamu Cendol Pulut,,, kayuh berhenti makan,,, kayuh berhenti makan,,, he,,,he,,,he,,,





Ni kat Jambatan kat mana entah,,, lupa la pulak,,,
Tapi sebelum sampai nak pekena cendol pulut,,,


Seterusnya berkayuh melalui Pantai Chenang,,,tengok ada rakan yang hampir kehabisan tenaga ataupun perut kekenyangan,,, teman tak pasti,,, berkayuh sambil menikmati kesibukan Pantai Chenang dengan pelancung asing,,, meriah kawasan ini,,, Megat ada terima panggilan dari Dr Anuar,,,lupa callsign,,, dok ajak pekena Char Kueh Tiow pulak,,, kena pukat lagi,,, sebab lalu kawasan jajahan Dr Anuar,,, Abg Wan XCO pun dok bergabung jugak,,,

Elok bebenor ler,,, waktu tu pun dah hampir Maghrib,,, so makan lagi,,, tapi Char Kueh Tiow Kerang tu memang power,,, terasa semua bahannya,,, lebih kurang 45 minit lepak,,, kayuhan diteruskan sambil Abg Wan XCO dok escort dengan cenopy beliau,,, ramai yang tak bawak lampu,,, mujur ada juga yang bawak lampu merah dok sangkut kat seat post,,, sekurang-kurangnya safety la jugak,,,

Semua dok layan kayuh jer,,, dah gelap,,, nak ambik gambar pun ramai dah tak berselera,,, he,,,he,,,he,,, ada yang kena kejar anjing,,, ada yang sesat,,, sebelum sampai kat Hotel Panorama
Bila sampai jer,,, wajah keletihan dah berubah menjadi wajah kepuasan,,, semua ceria jer,,,


Terpancar kepuasan diwajah riders ini,,,


Misi menakluk Pulau Langkawi,,, BERJAYA,,,


Berehat diLobi sambil menunggu rakan yang tak sampai lagi,,,
Agak-agak sapa yang akhir sekali sampai,,,

he,,,he,,,he,,,




Ni dia,,, membesar di Langkawi,,, kat kampung sendiri pun boleh SESAT,,,
he,,,he,,,he,,,



Nasib baik hang kayuh,,, kalau nampak hang naik lori,,,
ramai rakan dah tunggu dengan kamera nak tangkap gambar masuk kat goblog,,,
he,,,he,,,he,,, Ongah tengah mencurah minyak kat Megat,,,


Selepas mandi dalam pukul 10 pm,,, rakan-rakan lokalan Langkawi dok angkut kami bereyeball,,, MAKAN LAGI,,,

Puas BERKAYUH dan MAKAN,,,



Sebahagian rakan Langkawi yang sudi bereyeball,,,


31/1/2010

Pulau Langkawi - Kuala Perlis


Pukul 9 am,,, semua dah bersiap dan mengemas semua barang,,, kayuhan hari ini,,, tak jauh untuk sampai ke Pekan Kuah,,, jadi semua rileks jer dan santai,,, keluar dari hotel cari sarapan pagi dulu,,, ingat pagi tu nak sarapan pun kira santai,,, rupa-rupanya sarapan HEAVY CHAIN cam lagu Loudness,,, he,,,he,,,he,,,

Lupa lak nak bagitau,,, tempat penginapan kami berhampiran dengan Taman Rekrasi Lubuk Semilang,,, Selepas sarapan terus ikut Jalan Padang Gaong,,, menuju ke Pekan Kuah melalui Lebuhraya Langkawi,,, keluar kat Jalan Ayer Hangat terus kat tempat shopping,,,
he,,,he,,,he,,, kena beli jiwa bro,,, nanti tak dapat permit payah kengkawan,,,



Sabar menanti order tak sampai-sampai,,,


Siap macam makan tengahari,,, licin,,,


Bukit pertama,,,


Bukit kedua,,,


tu,,, hujung tu,,, Bukit ketiga,,,




Bergambar kenangan,,, berjaya menakluk bukit diLebuhraya Langkawi,,,


Selepas tu downhill,,, dan jalan rata jer,,,


Sampai kat Pekan Kuah,,,
diberi masa 2 jam untuk acara bebas,,,


MISI BERJAYA,,,


Ditengah-tengah Pekan Kuah,,,


Sempat singgah di kedai basikal yang selalu geng 99 Langkawi MTB lepak,,,

Setelah selesai shopping,,, berkayuh ke Dataran Helang,,,


Baru sempat interframe kat sini,,,
ingat nak ambik gambar boleh nampak Full patung Helang,,,
tengok rakan-rakan lain dah ajak keluar,,, kena halau dengan Baju Biru,,,
Tak boleh bawak basikal kat kawasan tu,,, panas jer hati,,,



Jadi la,,, bergambar kat sini,,,



Kat sini hati jadi sejuk balik,,, pasal dapat layanan VVIP,,,
pasal yang jaga pun rakan Ham,,,
orang lain tak masuk lagi,,, kami dah siap naikan basikal kat atas ferry,,,


Terima Kasih B1n1 teman,,,
tak meragam dan prestasi terbaik,,,


Masa ni kami 10 orang jer yang ada kat dalam ferry,,,



Terpancar kepuasan pada wajah rakan-rakan,,,

program yang pada mulanya nak ditunda,,,

AKHIRNYA,,,



BERJAYA,,,


P/S
Terima kasih kepada rakan Langkawi
dan juga Perlis yang membantu secara
langsung ataupun tidak langsung,,,
JASA ANDA HANYA ALLAH DAPAT MEMBALASNYA,,,

8 comments:

  1. TAHNIAH LAGI BUAT RAKAN2 KU.BANGGA.MASA DI ISI DENGAN AKTIVITI SIHAT.Tak dak pulak gambar nasi lemak Royale Alor Setar tu.

    ReplyDelete
  2. anda dan rakan2 memang hebat.. bravo2..
    gambar makan2 dan pinggan mesti ada juga hehe

    ReplyDelete
  3. Ayahchor,,,

    leka makan sampai lupa nak ambik gambor,,,

    sedap,,, klau mak mentua lalu pun,,,

    tak pandang belakang dah,,,

    he,,,he,,,he,,,



    zan-xray,,,

    thx xray,,,

    tu biasa la bg riders CYCLING HAM MALAYSIA,,,

    he,,,he,,,he,,,

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. syok berjumpa dgn riders semua...mai la kayuh lagi ke sini...

    ReplyDelete
  6. Wah baru jumpa goblog...best. maaf tak dpt melayan siang hari sbb saltmine. Nanti mai pula, kita beriadah d laluan baru...Gunung Raya & tido d puncaknya. Best!

    ReplyDelete