Setia Bersama Misai Tanglooong

Wednesday, February 17, 2010

Eyeball, Walimatul Urus dan,,,

13/2/2010

Eyeball Di Kerayong

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak bertemu dengan 9M2MZR dan 9M2FRD serta rakan-rakan lokalan Kerayong,,, pada 13/2/2010 yang lalu,,, itu pun kerana sepupu teman dapat orang Kerayong,,, he,,,he,,,he,,, kalu tak entah bila lah dapat bersama mereka,,, kalau dah jodoh bertemu jua,,,

Terlebih dahulu ribuan terima kasih teman ucapkan untuk 9W2JOP Cikgu Joe kerana mencarikan homestay untuk keluarga teman,,, dan tak lupa juga untuk 9W2PLG Pak Lang kerana membantu kereta sepupu teman yang mengalami kerosakan sebelum tiba ke Kerayong,,,

Setelah selesai membaiki kereta sepupu teman,,, kami dok minum kat De Green Cafe yang juga rakan radio amatur,,, kemudian muncul rakan-rakan lokalan Kerayong satu persatu,,, lupa pulak teman,,, petang semasa teman sampai ke Kerayong,,, teman disambut oleh Mazru, Firdaus, Azam ( 9M2AZM ) Maza ( 9W2AZA ) dan Pak Lang,,, terharu ler kejap,,, dapat berpelukan dengan Mazru dan Firdaus,,,

Malam tu pulak tak sangka dapat bertemu dengan 9W2MEZ dan 9W2REJ Rudy,,, ramai la jugak yang sudi bereyeball dengan teman,,, antaranya 9M2AZM Azam, 9W2EHM Didi, 9W2TWH Saidin dan Tokey kedai PR GRC Arif,,,



Ayahnda teman, Firdaus, Mieza,Rudy dan Teman,,,


Pak Lang, Azam, Didi, Saidin,,,
kat depan tu sepupu teman,,,


Mazru, Apie dan Firdaus,,,
seronok Apie dapat jumpa dengan Mazru,,,

14/2/2010

Majlis Walimatul Urus

Pada sebelah pagi,,, teman dan keluarga sempat bersarapan di kedai Bonda Rudy,,, kat sini pulak teman berpeluang bertemu dengan 9W2RBY Kak Ruby Bonda kepada Mazru, Maza dan Firdaus,,, juga 9W2YBC Kak Ani,,, sedap nasi lemak dan roti canai kat kedai tu,,, terima kasih kerana membayarkan sarapan pagi teman sekeluarga,,,

Selepas itu,,, majlis Akad Nikah pun dijalankan,,, sepupu teman Shahir dan juga rakan kayuhan,,, selamat diijabkabulkan dengan dara pinggitan Kerayong,,, Alhamdulillah sekali lafaz jer,,,
termetri sudah ikatan zahir dan batin,,, semoga kekal hingga ke akhir hayat,,,


Majlis Akad Nikah,,,


Teman, Firdaus, Apie dan Didi,,,


Apie, Firdaus, teman dan Pak Lang,,,


Cumi, Shahir, isteri dan teman,,,


Teman sekeluarga dan pasangan Pengantin,,,


Sebelum bergerak balik ke Taiping,,, sempat singgah di Kerayong/Bera Water Front,,, untuk mengabadikan kenangan di Kerayong,,, bak kata Firdaus,,, kalau tak singgah kat sini,,, belum sampai kat Kerayong lagi lah,,,

Apie dan Mama,,,


Abah dan Mama,,,


Waris Walak teman,,,


Teman sekelurga,,,


Tenang dan damai Sungai Pahang,,,


Semasa kat Lebuhraya Pantai Timur,,, Apie nampak awan seperti orang sedang sujud,,, apa lagi,,, teman suruh ambik gambar lah,,, bukan senang dapat tengok tanda-tanda kebesaran Allah,,,


Nampak tak,,,


Teman suruh Apie ambik gambar Close up,,,
baru nampak jelas,,,

Selepas hantar Ayahnda teman ke Kg Cheras Baru kuala Lumpur,,, teman bergerak ke Klang,,, ambik baju yang dah dicuci dan mandi,,, teman sekeluarga bergerak ke Taiping,,, pkul 6.30 am baru sampai kata Taiping,,,
lena sampai tengahari,,,

3 comments:

  1. walamak.. banyak kenangan tu.. ok la bang sham.. tiba masa kita bertemu lagi k?! all the best ma friend

    de 9M2FRD

    ReplyDelete
  2. seronok dpt jumpe abg sham dan keluarge...insyaAllah kesempatan kite bertemu lagi..

    Kirim salam kat apie dan keluarge..nt senang dtg2 lah lg..pintu kerayong/Bera sentiase terbuka utk anda sekeluarge.. :)

    ReplyDelete
  3. Mazru & Firdaus,,,

    semoga tali silaturahim yang terjalin
    kekal abadi,,,

    ReplyDelete