Setia Bersama Misai Tanglooong

Saturday, February 20, 2010

Kayuhan Longgar Kepala Lutut,,,

18/2/2010

Menara Lake View Dan Bukit Scot,,,


Dah hampir 3 minggu tak berkayuh,,, kayuhan terakhir diLangkawi tempohari,,, sesak jugak nafas kayuhan hari ini,,, untuk longgarkan kepala lutut,,, takut nanti tersangkut kat Jamboree Sri Iskandar pada 21/2/2010,,, yang mengujakan teman,,, jamboree kali ini akan turut disertai oleh Apie,,, bujang teman,,, kira jamboree yang pertama bagi Apie la,,,

So,,, Apie pun dah lama tak berkayuh dan juga baru sembuh dari demam campak,,, kayuhan santai jer petang tadi,,, tarmax jer,,, naik ke menara Lake View dan juga Bukit Scot,,, betul ker ni,,, Ayahcho,,, kalau salah eja Bukit Scot tolong perbetulkan yer,,,



Apie kat Menara,,,


Puncak Bukit Scot,,,


Berlatarbelakangkan Pekan Kamunting,,,


Berlatarbelakangkan Pekan Taiping,,,


Menuruni Menara diLake View,,,



16/2/2010

Kayuhan Bukit Ma Ka Tiong,,,


Patutlah ramai riders dok maki Jamboree Taiping tempohari,,, teman dan VZO Jamil sebelum buat kayuhan ke Pak Bara, Satun,,, ada cuba trek yang kat menara Lake View jer,,, rupanya cabaran kat Bukit Ma Ka Tiong lagi HAMPEHHH,,,

Masalahnya nak turun ke Bukit Burmese tu,,, tak de trek yang sesuai,,, tu yang kena heret basikal masa downhill,,, tak der upah langsung,,, teman cuba nak rasa kembali macamana keperitan riders masa Jamboree tu,,,

Bersama VZO Jamil, ONK Ongah, DMG Megat, Along ( anak Jamil ) dan Apie mula berkayuh dalam pukul 5.30pm,,, mula panjat Bukit Ma Ka Tiong dalam pukul 6.00pm,,, dah panjat separuh,,, Megat dok gatal turun balik nak beli roti dan air bagai,,, tunggu tak sampai-sampai,,, baru nak berkayuh lagi,,, terdengar suara Megat dan Ongah dah sampai,,, jadi teruskan kayuhan ke sempadan pokok getah,,, selepas itu adegan menyeret basikal bermula,,, hari pulak semakin gelap,,, lampu pun tak bawak,,,

Kalau semua riders dewasa,,, teman tak kisah,,, tapi bawak budak,,, kat dalam hutan dan suasana semakin gelap,,, membuatkan teman risau,,, dah la anak sorang je,,, akhirnya setelah menempuh kesukaran,,, berjaya keluar ke Bukit Burmese dalam pukul 8.30pm,,, Alhamdulillah,,, semua selamat dengan 4 rider bercalar lengan dan lutut akibat terjatuh,,,



Along, Apie dan Jamil,,,

Jamil dan Apie,,,


Along, Jamil dan Apie,,,


Tengok perut teman,,,
3 minggu jer tak kayuh,,,
semakin membesar,,, he,,,he,,,he,,,


Megat kat dalam hutan dok menyumpah ,,,


Kesabaran dan ketahanan mental penting,,,

No comments:

Post a Comment