Setia Bersama Misai Tanglooong

Tuesday, January 5, 2010

New Year Eve Mega Eyeball And DXing,,,

A4100 Khalid Naseer Ali Al Jardani
A41AA H.M Sultan Qaboos Bin Said,,, Sultan Oman

Sepatutnya malam tahun baru,,, teman sekeluarga sudah merancang nak turun ke Salak,,, last minit program berubah,,, program tersebut ditunda pada hari Jumaat malam Sabtu,,, jadi melepaslah teman sekeluarga nak merasa rusa panggang yang menjadi menu utama rakan-rakan di Salak,,,

Walau macamana pun,,, kehadiran tahun baru tetap meriah semasa meraikan bersama rakan-rakan dikawasan tengah,,, pelbagai program diatur bagi memeriahkan suasana diambang tahun baru,,, ada program keagamaan iaitu doa selamat,,, untuk anak-anak diadakan pertandingan melukis,,, dan yang paling meriah program DXing di 2 mtr, 10 mtr, 20 mtr, 40 mtr dan 80 mtr,,,

Yang terasa teruja sangat teman masa DXing apabila 9M2GTR dapat berQSO dengan anaknda Sultan Oman yang memegang callsign A41OO,,, untuk info Sultan Oman memegang callsign A41AA,,, itu membuatkan keseronokan dalam hobi Radio Amatur ni tidak mengira pangkat dan kedudukan dan juga protokol,,, cukup dengan S.O.P yang betul anda dapat berQSO dengan sesiapa sahaja dan dari negara mana yang dapat menerima audio dan pemancaran,,,

Kisah diatas mengingatkan teman dizaman sekolah yang menjadikan hobi Radio Amatur ini,,, sebati dengan jiwa teman,,, semasa JOTA tahun 1984 kalau tak silap teman ler,,, rakan teman yang sekarang memegang callsign 9W2OZZ dapat berQSO dengan Raja Hussien dari Jordan,,, callsign Raja Hussien teman dah lupa,,, tapi kata-kata dari Raja Hussien tak dapat teman lupakan sampai ke hari ini,,,

My name is Hussien,,, in my country,,, the people of Jordan call me,,, King Hussien,,, terkedu sekejap rakan-rakan pengakap yang mendengar QSO tersebut,,,
As a Radio Amature operator,,, we all the same,,

Itulah antara bait kata-kata yang masih teman ingat sehingga hari ini,,,





Sebelum keluar menuju ke Rejab Tomyam Shah Alam,,,
sempat interframe dengan baju sedondon,,,


Teman selaku Net Controller 2 mtr band Diambang Tahun Baru,,,
Disebelah adalah 9W2KMT,,,


9W2AJL pulak sambung selaku Net Controller kedua,,,


SWAL Kak Zaimah, 9w2??? Kak Liza, 9ws2CLS Lin dan XYL teman,,,


Diambang 2010,,,


3 beranak dengan baju sedondon,,,



Antara rakan yang hadir di Rejab Tomyam Shah Alam,,,



9W2BJS, 9W2FAS, 9W2APH, 9W2??? , 9W2???


9W2TDO dan 9W2JIZ
Khalid dan Iskandar


9W2??? dan 9W2RES,,,

9W2PSO, 9W2YR, 9W2???, 9W2BCT
Afiq, Pak Yop, ???, Aswadi



Sebahagian antenna yang digunakan,,,



entah apa yang diperkatakan oleh 9W2CYB,,,


9M2GTR dan 9W2MDY,,,


9W2MDY

Peralatan yang digunakan,,,


XYL-XYL yang menanti suami masing-masing,,,

5 comments:

  1. haha..baju sedondon kan~
    huhu..erm, selmat tahun baru..
    nampk best je smbut thun baru..
    ^___^

    ReplyDelete
  2. echam,,,

    begitulah cara rakan2 Radio Amatur menyambut thn baru,,, blh brtanya kat koi anak pahang tu,,, lesen besar,,, teman lesen kecik je,,,

    ReplyDelete
  3. orang kaya usj,,,

    patut nak g kat Salak,,,
    tak de rezki,,,
    selamat tahun baru,,,
    Apa azam thn ni???

    ReplyDelete
  4. sham,
    hehehe lesen besar? org kecik je sham...hehehe

    wahh dpt qso dgn anak sultan oman?? perhh best ar..betui kata king husein tu..mmg semua sama dlm radio amatur ni..xde gelaran dato atau Yb..gelaran tu kat luar je..

    apepun slmat tahun baru!!

    ReplyDelete